"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, February 4, 2016

Memberi perhatian pada semua.......





Memang menjadi hasrat saya dan dasar umum Pengurusan  untuk ambil peduli kepada semua keluarga guru, pengasuh dan staff Tadika dan Taska SmarTop Subur Fitrah. Saya selalu sahaja ketinggalan kerana tidak dapat menghadirkan diri di sekolah sekerap yang mungkin. Maka selalu sahaja saya miss meraikan kelahiran "cucu-cucu" baru.

Disebelah ini ialah Teacher Muz. Ia bersama SmarTop dari mula lagi dan kini sudah masuk tahun ke empat. Alhamdulilah. Keperhatinannya dan kesabarannya telah dapat menerajui kepimpinan guru pada yang lainnya dan SmarTop dapat maju kehadapan walaupun menghadapi berbagai masaalah. Cucu yang ini baru berumur 2 bulan dan baru minggu lepas saya bersua muka. 

Semoga ia membesar menjadi anak yang soleh. Kami amat mengharapkan ibunya Teacher Muz dapat lama bersama kami dan dia merupaka salah seorang yang kami harapkan untuk membimbing guru dan staff yang baru bila diperlukan.

SmarTop berprinsip luas dan terbuka dalam membina professionalisma dalam kerjaya dibidang pendidikan awal kanak-kanak. Dari masa ke masa kami adakan kurusus dalaman dan kursus yang di jalankan oleh NGO yang prihatin dengan pendidikan Islam, khusus untuk pendidikan awal kanak-kanak. Jika guru dan pengasuh berilmu dalam perihal tugasnya, maka kami percaya mudah untuk mendidik anak-anak. Tidak akan tercapai objektif jika mereka ini tidak punya ilmu dan keterampilan yang persis dalam bidang tugasnya.

Dan kami tidak 'kedekut' dalam program latihan kami. Jika mereka terpaksa melepaskan jawatannya atas sebab apa sekalipun, kami tetap berpuas hati kerana sekurang-kurangnya mereka akan jadi ibu yang baik dalam mengasuh dan mendidik anak-anak mereka sendiri. Objektif besar kami ialah menyumbang pada membina kesejahteraan ummah. Maka kami lihat usaha ini sebagai satu kesinambungan untuk kebaikan semua.

Semoga Allah meredhai usaha yang kecil dan kersil ini dan semoga ia menjadi amal jariah kami di akhirat nanti.
Aamiin ya Rabb.....


.......

No comments:

Related Posts with Thumbnails