"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, February 1, 2016

Burung-burung @ sebuah therepy....




Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(As-Saff 61:1

Ini kumpulan burung merpati yang berada di sekeliling Puchong, pastinya juga bertasbih pada Allah dengan caranya yang maknusia tidak mengetahui.  Anak lelaki saya, Azrul suka memberi makanan dan kelihatan di sini burung-burung itu menjamu selera penuh kepuasan. Ini hobbynya setiap hari. Kekadang apabila dia di luar bandar isterinya akan memberi makan sama ada di halaman rumahnya atau di belakang atau di hadapan seperti kelihatan di atas. 

Anak-anak suka dengan aktiviti memberi makan burung dan pada Azrul ia merupa sebuah diri....therapy minda dan hati. Jika rezki dikongsi dengan burung pun ia yakin Allah akan menambah rezkinya yang ia tahu turun dalam berbagai bentuk dan warna. Ia bekerja sendiri dibidang Animasi dan cerita-ceritanya ada yang berlatarbelakangkan kehidupan haiwan.....juga makhluk yang Allah cipta yang menjadi alam ini lebih bermakna dan sempurna untuk insan semua.

Anak-anaknya dididik untuk sayang pada haiwan, terutamanya kucing. Kuching adalah haiwan kesayangan rasulullah sallahualaihiwasalam. Semoga kita semua dapat mencontohi sebanyak mungkin akhlak terbaik yang amat mulia yang ada pada baginda.


Semoga Allah memberkati sebuah hoby berteraskan tuntutan Ilahi.


.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails