Manakan tidak rasa bersalah...
.
Ini salah satu kucing yang saya bela tetapi tidak saya benarkan masuk ke dalam rumah kerana tidak ada kederat membersiah rumah jika ia mengotorinya dengan apa jua cara. Saya juga sudah tidak ada kederat melatihnya untuk mengikut cara yang semua peminat kucing akan melakukannya.
Saya hanya memberikannya makanan sebaik mungkin. Cuma jika saya berpergian dan anak-cucu saya tiada maka kadangkala akan keputusan makanan.
Rasa bersalah......
Saya akan cuba meletakkan makakan yang saya jangka lebih dari mencukupi, tetapi kekadang kecundang juga. Saya ada 3/4 ekor kucing yang biasa saya beri makan. Namun kekadang ada kucing jejiran yang berkongsi makanan yang tidak dapat saya jangka. Rasa tidak seronok jika tidak mencukupi. Bukan marah pada kucing yang lainnya, kerana prinsip berkongsi kesenangan itu harus kita terapkan di mana-mana jua. Seharusnya saya letakan lebih banyak makanan barang cukup untuk 10 hari atau lebih kurang begitu.
Saya cuba mengubah cara.
Semua makhluk Allah ada haknya masing-masing. Semuanya juga berzikir pada yang maha Pencipta. Cuma kita sahaja yang tidak tahu bagaimana.
AllahuAkbar....
Semoga Allah swt mengampuni segala kekurangan dan kelemahan.
Aamiin ya Rabb...
......
No comments:
Post a Comment