"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, July 13, 2016

Cerita saya dan Abang yang satu.....



Hari Raya seperti tidak sempurna tanpa menziarahi Abang saya pada awal pagi selesai Solat Eidul Fitri.Dia tinggal di Shah Alam, seksyen 8.  Di sini saya selfi dengannya. Dia berumur 74 tahun, empat tahun tua dari saya. Kami 8 beradik dan dia sahaja yang lelaki...

Beberapa bulan dahulu dia jatuh di longkang belakang rumah dan tidak mendapat pertolongan hingga beberapa jam. Panjang lebar dia bercerita dengan rasa sedikit kesedihan bila rasa tiada pertolongan. Alhamdulilah.... punya jiran yang peduli dan mereka menolongnya. Kakak Ipar saya tidak tahu dia jatuh di parit longkang kerana dia selalu berlamaan seronok  berkebun kecil di kawasan reserve tanah di belakng rumah.Itu terepi aktiviti kesihatan baginya.Terkejut bila jiran beri tahu abang saya tersadai di parit longkang sendirian. Dahulu abang saya seorang Major dalam angkatan tentera dan tidak boleh duduk diam sahaja.

Dia bercerita panjang dalam ziarah raya kali ini. Kini dia sudah semakin tidak cukup kederat. Dia tidak berapa sihat dan di pertengahan Ramadhan dia jatuh tersungkur kerana badan melayang semasa memeriksa "kebunnya" dalam berpuasa. Dia rasa rugi kerana tiada kederat Terawih di Masjid sepenuhnya. Nampak raut wajahnya yang rasa agak tersedih. Apakan daya, saya katakan. Masa kita sudah tinggal sedikit. Kita mohon sahaja keampunan atas segala kekurangan, kelemahan dan apa jua kesalahan yang kita buat, semoga Allah mengampuni kita dan melindungi kita dan menganugerah Taufik dan HidayahNya hingga kita dijemput pergi menemuiNya.Kita redha dan Allah redha menerima kita. Aameen ya Rabb......

Saya rasa sedih ingatkan emak dan bapak yang punya seorang sahaja anak lelaki. Saya tahu dia juga rasa tersedih mengingati mereka di Hari Raya. Kami tidak bincang rasa hati kami takut-takut "hujan lebat" pula. Semasa remaja saya amat rapat dengan abang saya. Tetapi sejak ia masuk Royal Military College dan memilih ketenteraan sebagai kerjayanya, saya mula jauh. Tambahan pula saya di luar negara buat beberapa ketika dan waktu itu komunikasi IT tidak seperti sekarang. Tidak ramai yang suka menulis surat. Cara pemikiran kami jauh berbeza dan kami mengambil masa untuk rapat semula.Seperti di ajarkan oleh Ustaz, saya akur mencari jalan meperteguh silaturrahim dalam keluarga. Kita harus mahu berkorban demi tautan kasih dan melihat sesuatu keadaan dengan sikap positif. Semoga Allah sentiasa memelihara.....

Dia nampak uzur kali ini dan tidak berapa berselera makan. Semoga Allah masih anugerah umur kami berjumpa lagi.....




Abang bersembang dengan suami saya.


Ini kakak ipar saya dan anak perempuan saya.
Semoga Eidul Fitri tahun hadapan
terus membawa bahagia, dengan Rahmat Allah jua.


.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails