Allah turunkan alQuran sebagai panduan hidup.....dari sebelum lahir hinggalah ke liang lahad....hingga lah proses masuk ke Neraka atau ke Syurga. Allah mempunya sifat-sifat yang amat Mulia. Allah punya sifat marah dan kecewa tetapi sifat-sifat kasih pada hamba ciptaanNya jauh melebihi sifat-sifat yang menggambarkan kemurkaanNya. Allah tidak menzalimi siapa jua dan apa jua. Allah maha Pengasih, maha Penyang, maha Bijaksana dan maha Adil. Rahmatnya mengatasi segalanya.
Dengan sedikit latar belakang itu saya ingin bercerita perjumpaan saya dengan sorang teman akrab yang sama kerja di Kementerian Pendidika di akhir tahun sembilan puluhan. Saya mengenali suaminya dan bermula persahabatan kami dari sejak saya bekerja pada awal tahun tujuh-puluhan.
Kini suaminya berumur 81 tahun dan sudah beberapa tahun ia uzur dan lupa-lupa. Kelmarin saya bertemu dengan mereka semasa menghadhiri Hari Perjumpaan EidulFitri di Dewan Makan NGO Pakatan di Kg. Tunku Petaling Jaya. Kami menjadi ahli NGO tersebut dan setahun sekali biasanya kami bertemu. Namun kali ini saya rasa sebak dan sedih bertemu dengan mereka. Sudah dua tiga tahun saya tidak bertemu atas sebab-sebab kesibukan. Rupanya kini sakit Alzimer yang dihidapnya sudah agak meruncing. Subhanallah.....
Dahulu pun dia sudah tidak mengenali saya. Waktu itu saya tidak sangat sebak kerana saya sudah biasa menjaga orang tua (ibu mertua saya) yang lupa-lupa juga. Tetapi kali ini suami teman saya ini sudah tidak mampu bercakap dan tidak mampu senyum. Saya peluk isterinya dan saya katakan saya amat sedih kali ini sebab isterinya ini yang hanya 5 tahu muda darinya pun sudah menampakan keuzurannya. Namun ia masih steady dan ceria. Allah maha bijaksana dan maha Adil. Seorang sakit dan izur tetapi yang seorang lagi dikurniakan kesihatan dan kemampuan. Saya panggil dia Kak Pah sejak mula kenal. Dia seorang pesara pegawai Pendidikan. Dia menyuapkan makan hidangan Hari Raya kerana suaminya sudah tidak mampu makan sendiri kerana tangan kanannya amat lemah akibat cel-cel diotaknya sudah tidak aktif.
Saya kagum kerana dia seronok membawa suaminya ke majlis untuk menghiburkan atau menceriakan hatinya dengan di bantu seorang cucu lelaki yang sedang belajar di University. Alhamdulllah. Allah mudahkan. Tetapi dia kepenatan juga katanya bila setahun ia tidak punya pembantu rumah. Dia kelihatan amat kurus dari biasa walaupun sihat. Alhamdulillah kini sudah ada pembantu part-time....siang sahaja. Kini agak susah mendapatkan pembantu full time. Allah maha Mengetahui dan maha Mengasihani. Anak-anaknya sentiasa membantu.
Bila saya dan suami minta diri untuk pulang, ia menghulurkan tangan kirinya untuk bersalaman. Kami sambut dengan rasa sebak. Sudah tidak ada jenaka dan lawak dalam perbualan. Dia diam sahaja dan tidak mampu senyum. Namun saya melihat matanya bersinar bila bersalaman. Allahuakbar......
Begitulah.....
Saya insaf. Ibu mertua saya dahulu pun begitu. Tidak mengenali kami dan berbagai lagi ragamnya yang jarang-jarang diketahui oleh mereka yang tidak biasa dengan fenomena ini. Saya redha menjaganya dan semoga Allah meredhai saya.
Maka sama-samalah kita musabah diri. Kita ingat yang ustaz ajarkan. Buat yang lima sebelum datang yang lima. Isterinya pun semalam menyebutkannya pada saya.....muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, sihat sebelum sakit, kelapangan masa sebelum kesempitan masa dan hidup sebelum mati.
Ayat alQuran jelas memberi peringatan:
Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada); kemudian Ia menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya), dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan), sehingga menjadilah ia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
(Al-Nahl 16:70) | Saya sendiri sudah dalam lingkungan warga emas dan bila-bila masa boleh berangkat pergi. Kami dalam kumpulan ini selalu mengatakan: Kami sekarang dalam Dewan Berlepas di Lapangan Terbang. Tunggu panggilan menaiki Pesawat ke Destinasi amat istimewa. Mungkin 'flight delay' maka tertangguhlah sebentar..... tetapi sebentar sahaja. Tidak sesaat awal dan tidak sesaat lewat bila Allah sudah tentukan.
Namun orang muda pun Allah boleh beri jemputan Istimewa. Maka sama-samalah kita munafaatkan hidup kita dan semoga nanti kita bertemu di Syurga Firdaus tanpa hisab dengan Rahmat Allah semata -mata....
Aameen ya Rabb....
......
No comments:
Post a Comment