"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, July 4, 2016

Rasa sayu di hujung Ramadhan.......




Saya merakamaknrasa kesyukuran yang tidak terhingga Allah beri peluang sampai ke hujung Ramadhan. Hari ini kuliah Subuh di Masjid Kg Tunku menyarankan untuk pulun sesungguh beramal hingga ke 1 Syawal dan kemudian barulah merayakan Hari Raya Eidulfitri mengikut sunnah.

Semalam baru sahaja saya terfikir-fikir untuk pulang ke Pontian Johor berhari raya bersama kakak-kakak saya yang masih ada dan alhamdulillah masih sihat-sihat kiranya. Namun saya rasa tersayu mengingatkan arwah anak saudara saya seperti di foto yang telah kembali ke Rahmatullah tahun lepas. Ini pertama kali saya tidak menziarahinya bila beraya di Pontian dan Kota Tinggi kerana seorang kakak pun sudah tiada lagi bersama kami.

Dia adalah seorang anak saudara dan teman akrab dari kecil lagi kerana beza umur kami tidak sampai setahun. Bila saya ziarah ke rumahnya pada bila-bila masa pun ia akan masak nasi dan lauk pauk kegemaran saya terutamanya sambal goreng Jawa dan sambal tumbuk ikan bilis bercampur terung. Itu makanan kami dari semasa kami bersekolah nuuuun jauh di kampung Parit Semerah, Pontian. Dia bersara sebagai Bidan Kerajaan dan berkhidmat di kawasan Felda Air Tawar 2. 

Apakan daya sudah suratan begitu. Ia mengidap diabitis dan berbagai sakit lain dan saya hanya sempat menziarahinya di hospital untuk beberapa jam sebelum ia ia di jemput pulang menemui Khaliknya. Doa saya semoga Allah ampunkan dosa-dosanya dan sedang beistirihat tenang di Alam Barzah.

Saat-saat akhir Ramadhan sememangnya saat-saat suka duka buat saya. Saya rindukan kampung dan telah berjanji kali ini saya akan cuba menziarahi teman-teman pangkat muda pada arawah emak saya di Penerok Pontian Johor. Ia dekat dengan Kukup. Khabarnya mereka juga sudah uzur. Mengikut contoh Rasulullah, baginda menziarahi dan menyantuni teman-teman isteri kesayangnya saidatina Khadijah sebagai tanda ia masih diingati dan disayangi. Semoga Allah memberi saya peluang dan ruang dalam umur saya yang sudah senja ini.

Rasa sayu.....
Semoga rasa seperti ini akan mendekatkan kita pada Allah jua dan semoga kita akan membuat persiapan sebaiknya untuk bertemu denganNya.

Mohon keampunan Mu ya Rabb.....


......

No comments:

Related Posts with Thumbnails