"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, July 12, 2016

Hanya kenangan......




Kira-kira sudah seminggu Syawal berlalu. Saya masih teringat-ingat aktiviti Ramadhan....bulan Barakah. Tidak sama dengan bulan-bulan lain. Tidak sempat berangan-angan panjang.....

Saya masuk kumpulan Tadarus di Masjid. Kami membaca terjemahannya dan berkongsi ilmu di mana sesuai. Hari-hari yang membawa ketenangan.

Kumpulan kami tidak tamat satu Quran. Tidak Khatam mengikut istilah biasa. Tetapi saya hadir juga Majlis Khatam al Quran atas ajakan teman-teman. Bersilaturrahim, katanya. Bagus juga...



Ini kumpulan kami. Saya ahli yang tertua yang sudah mencecah 7 series. Kami sentiasa ingat-mengingatkan. Maut tidak mengira umur. Maka apabila sudah melepasi umur enampuluhan, tindakan persedian untuk memasuki fasa seterusnya harus diambil serious. Yang termuda dalam kumpulan ini berumur 55 tahun.



Ini saya dengan teman setia sepanjang Ramadhan. Duduk baris hadapan. Saya berbuka puasa di Masjid dan pilihan tempat duduk mudah sahaja.
 Ini Kak Non. Saya pernah bekerja sekali
 di Kementerian Kerja Raya semasa beliau menjada Setiausaha pada Boss.
 Rasa sayu kini Ramadhan sudah berlalu....


Di Dewan Solat Masjid Kg Tunku.


Ini teman saya Datin Maznah dari sekolah rendah di Pontian Johor.
 Kini tinggal sekampung. 
Seronok bila dapat bercerita kisah-kisah lama di sekolah.


Menara Masjid Kg Tunku, Petaling Jaya. Semoga Allah kurnia umur yang
bermunafaat dalam bulan Ramadhan yang berterusan hingga
Saat bertemu denganNya dalam dakapan RedhaNYA.
Aameen ya Rabb..


......

No comments:

Related Posts with Thumbnails