Pada petang 1 Syawal saya dan suami akhirnya menaiki kereta untuk ke kampung Pontian Johor. Alhamdulilah Allah anugerah umur untuk berhari raya dengan keluarga kakak-kakak saya.
Ini di muara sungai Pontian. Pemandangan yang mengundang nostalgia. Mesti rakam walaupun cuaca pagi itu amat muram. Saya ke pasar bersama kakak saya untuk membeli segala keperluan yang sudah kehabisn dan ramai lagi anak-anak buah dan saudara mara yang mahu menziarahi kakak saya.
Sayur-sayur segar menjadi tumpuan utama selepas membeli ikan dan udang. Di pontian harga makanan laut segar amat berpatutan dan saya membeli ikan parang yang besar untuk bawa pulang ke Petaling Jaya. Alhamdulilah. Ekonomi negara merosot tetapi Allah masih kurnia banyak rezki yang harus kita mensyukurinya. Semoga dengan menerima apa yang ada dan berdoa semoga negara boleh bangkit dengan kepimpinan yang berwibawa, rakyat akan dapat merasai kekayaan dengan lebih saksama.
Tidak lupa saya membeli ikan bilis yang yang cantik dan segar dengan harga yang rendah berpatutan. Setiap kali balik Pontian Ikan bilis pasti jadi agenda utama.
Saya tidak dapat merakam semua kesibukan melayan kedatangan tamu jauh dan dekat. Sibuk tolong kakak masak di dapur. Asam pedas jadi menu utama dan sayur pecal dedaun kampungan tidak ketinggalan. Alhamdulilah.
Hanya foto di atas yang di sdaat akhir dapat saya rakam.....kakak saya dan beberapa orang cucu sahaja. Yang lain sibuk di dalam mengikut karenah masing2. Saya pulang ke Petaling Jaya pada hari raya ketiga dengan rasa sayu, entah bila dapat balik kampung lagi dalam umur yang sudah hampir ke penghujung ini.
Saya rakam bunga di halaman rumah kakak saya untuk kenanagan. Seperti emak saya, kakak saya suka tanam bunga.........
Semoga Allah kurnia umur yang dapat dimunafaatkan dan akan balik kampung lagi. Semoga sentiasa dalam perlindungan Allah dan semoga pulang dalam Redhanya.
Aameen ya Rabb....
....
5 comments:
Kenangan itu memang tiada nilainya
Memori hari raya meninggal cedera dihati(rindu)..insyaallah kalau umur panjang akan kembali berulang di tahun hadapan
Terima kasih dear Aziela singgah blog saya. Cerita pasal kenanagan saya dulu lihat Aziela singgah di Blog Al Manar. Kini dia sudah pergi dulu. Rindu padanya kan....?
Betul Wati. Saya terus berdoa umur saya akan kesampaian. Kakak-kakak saya pun berdoa begitu bila kita sembang-sembang. Bila balik kampung ingat kat emak dan bapak yang tidak mungkin luntur. Semoga bertemu lagi nanti di Jannatul Firdaus. Kita doa......
Post a Comment