Saya berseorangan malam semalam dan saya mendengari bacaan-bacaan al Quran di UTube dengan harapan semoga tidak kesunyian. Bila sampai Sheikh Mishari Rashid Al Afasi membaca surah Hud dia menangis bila samapi ayat Nabi Nuh AS menyeru anaknya supaya turut sama menaiki kapalnya kerana Allah akan turunkan ribut dan banjir paling besar sebagai azab pada mereka yang engkar.
Saya ikut tersedih........
Pagi ini Saya buka semula ayat-ayat itu dan saya turunkan di bawah ini serta maksudnya kerana saya teringatkan diri saya semasa kecil/muda dan teringat juga anak2 dan cucu2 saya kini. Saya ingin ambil iktibar betapa susah proses mendidik hati tidak kira pada dewasa atau anak2 muda dan si Kecil juga.... semuanya. Ada sahaja alasan untuk cuba mengelakan diri tidak mahu mengikut apa yang disarankan atau apa yang diarahkan.
(Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: "Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir".
(Hud 11:42) |
Anaknya menjawab: "Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air". Nabi Nuh berkata: "Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya". Dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah ia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan.
(Hud 11:43) |Manakah seorang bapa tidak akan bersedih hati melihat anaknya terpisah sedemikian rupa. Tetapi janji Allah itu benar dan kuasa Allah itu mutlak. Kita harus ambil iktibar dari kisah2 dalam alQuran seperti ini.
Namun mendidik anak2, kecil atau besar atau dewasa, bukanlah suatu yang mudah. Saya sendiri sering kecundang dalam uasaha mahu mendididk atau mahu mentarbiah. Saya ambil contoh yang mudah. Bagaimana mahu mengawasi dan mahu menguasai anak cucu jagaan kita supaya patuh pada prinsip-prinsip dan nilai2 hidup. Ambil yang mudah......penggunaan alat komunikasi yang canggih sekarang ini. Alat ini memang baik jika dapat mengawal cara penggunaannya. Tidak perlu saya berhujah panjang kerana sudah sering diperkatakan di mana jua.
Alat komunikasi sekarang...Yang jauh mudah didekatkan. Maka ramailah yang mahir menggunakan teknologi ini. Alat ini bukan sahaja untuk berkomunikasi tetapi juga untuk hiburan dan pendidikan dan berbagai lagi. Tetapi pengisiannya tidak kesemuanya baik. Yang tidak baik mengikut tradisi Islam inilah yang dikhuatirkan. Tetapi bagaimana mahu menentukan hanya yang baik sahaja yang kita aplikasikan.
Ini foto cucu saya yang terbaru sebagai contoh. Sering berebut dengan kakanya kerana terpesona denagn "keajaibannya". Saya perhatikan ia hanya suka melihat berbagai warna yang terpancar dan alunan muzik yang didengarinya. Tetapi ia sering terpaku memegang dan melihatnya. Saya berpendapat ini bukan suatu yang baik. Saya tahu ramai yang berpendapat dalam kemelut kecanggihan IT kini, seseorang itu mesti bermula seawal mungkin.
Saya setuju pada dasarnya, tetapi bagimana mahu mendapatkan pengisian yang terbaik sahaja. Bagaimana mahu memelihara minda anak kecil seperti cucu saya ini supaya ia tidak melihat dan mendengar apa jua yang tidak baik baginya. Itu dilemma saya dan mungkin dilemma orang lain juga.
Saya tiada jawapan.....
Mungkin jika ada pendapat yang dapat dikongsikan, saya ingin mendengarinya. Saya sudah dalam zon umur yang tidak berupaya berfikir panjang dan mendalam dalam bidang ini. Tetapi saya tetap rasa khuatir......
Saya takut lebih banyak kemungkaran dari kemunafaatan. Saya takut terjerumus dalam kedurhakaan tanpa kesedaran.
Mohon perlindungan dari Mu ya Rabb.....
.....
No comments:
Post a Comment