Bukan hanya kanak-kanak yang suka bermain.
Remaja, dewasa, dewasa tua semuanya suka bermain. Cuma bentuknya berbeza.
Ada yang bermain dengan kekawan, ada yang bermain berseorangan dan ada yang bermain hanya di dalam mimpi. Bermain itu perlu kata sesetengah orang. Kita bermain untuk merelakskan minda, untuk kesihatan, untuk bertenang dan berbagai lagi.
Namun apa jua bidang mainan yang disukai ia boleh melekakan, boleh merugikan masa dan boleh merugikan keberadaan kita dalam kehidupan. Maka dalam alQuran Allah berfirman:
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
(Al-An'aam 6:32) Saya sendiri menyesali diri kerana saya tidak serious dalam menjalani kehidupan semasa umur muda kerana tidak menyibukan diri mencari ilmu yang Allah turunkan dalam alQuran dan apa yang jujungan besar Nabi Muhmmad sallahualaihiwasalam ajarkan.
Bermain tidak bererti hanya bersukan. Apa jua aktiviti manusia yang tidak menjurus pada aktiviti pengabdian pada yang Maha Pencipta adalah diiktiraf sebai bermain sahaja. Hidup ibarat dunia ini tidak akan berubah dan diri tidak akan tua. Bila diperingat ada yang marah dan ada yang bersahaja di dalam hati mengata-ngata kerana suka jaga tepi kain orang.
Tidak perlu saya berbicara panjang kerana Allah telah memberi intelek untuk kita berfikir dan melihat dunia ini dengan matahati dan bukan dengan sesuka hati.
Jom kita berhenti main. Kata ualamk dunia ini sudah tua dan tanda-tanda akhir zaman sudah amat dekat. Kita kembali pada Kebenaran.
Kita diperingatkan lagi:
Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu akan menyebabkan engkau (wahai Muhammad) berdukacita; (maka janganlah engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata).
(Al-An'aam 6:33) | Mohon keampunan Mu ya Rabb...
......
No comments:
Post a Comment