"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, August 4, 2016

Jeritan yang sepi....


Saudara ku,.....

Kini engkau Allah kurnia kemewahan
Allah kurnia segalanya seperti yang engkau mimpikan
Lebih dari itu, bukan lagi satu kemungkinan.
Aku takut engkau akan hilang perhitungan.
Aku takut engkau jadi rakus hilang panduan.

Rumah mu aku bayangkan lebih hebat dari Istana Nabi Sulaiman
Kenderaan mu berjenama dan tidak lagi perlu dibilang 
Di udara, di laut tiada siapa dapat membayangkan
Di bumi sudah tidak lagi kehairanan
Ibaratnya kuda-kuda nabi Sulaiman pun tidak dapat melawan bandingan.

Aku dan anak-anak ku melihat sahaja

Kerana aku orang biasa berasal jauh dari desa
Keturunan Jawa dari jiran tetangga datang meminta-minta
Merentas lautan ombak menggunung untuk sesuap nasi dan atap melindungi kepala.

Bapak datang mahu menumpang rezki yang ada.
Dahulu hidup keluarga ku melarat tetapi kini rasa dihati amat selesa
Berkat usaha gigih membanting tulang tidak kira masa, tidak kira cuaca.
Di tepi hutan pondok bangsal tertegak membenteng diri dari bahaya.
Alhamdulilah....kini Allah kurnia serba ada 
Walau sedikit kami terima penuh kesyukuran tanpa mengira
Kerana Bapak selalu berpesan jangan melampaui batas yang ada.
Batas yang Allah tentukan untuk manusia hambaNya.

Harta dunia jangan dikejar hingga hilang punca.
Takut nanti di Akhirat di hadapan mahkamah yang maha Agong tidak dapat membela.
Sangat bahaya.....
Kita di sini hanya sementara.
Ibarat musafir kelana mencari bekalan untuk destinasi yang lebih mulia
Apabila sampai masa, tidak sesaat dahulu tidak sesaat kemudian pasti tiba.
Jangan tamak jangan haloba
Semuanya ditinggalkan bila jasad terbujur dan tiada lagi nyawa.

Kita mencari kesenangan hidup untuk dikongsi bersama
Sanak saudara, jiran tetangga dan fakir miskin semuanya hingga ke hujung dunia
Semoga mereka juga hidup tiada kesempitan, aman bahagia.
Dapat menumpang kekayaan mu yang Allah kurnia. 

Allah maha Adil, maha kasih sayang pada hamba-hambanya

Aku berdoa buat mu..... saudara ku sebangsa seagama.


Kembalilah segera........
Tiada manusia yang sempurna tiada dosa. 
Kita contohi semangat dan sikap seperti zaman Nabi Sulaiman dahulu kala
Semua patuh padanya, Jinn dan manusia, angin, semut dan haiwan segalanya
Tidak ada yang rasa di aniyaya dan rasa ketakutan dan kesedihan jua
Kerana Nabi Sulaiman amat adil dan saksama.

Doanya hebat sekali, Ayuh kita dengari, kita hayati
Doa sahaja cukup sempurna, ikhlas dihati sanubari...
Tidak perlu tindakan perundangan yang menyakiti dan memakan diri

Ayuh...

قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لا يَنْبَغِي لأحَدٍ مِنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
 Artinya :
Ia berkata: "Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemberi" (QS. Shaad : 35)
Allah makbulkan doanya,
Allah maha yakin Nabi Sulaiman berjiwa mulia
Dikurnia baginya Kerajaan, semua makhluk mematuhi perintahnya

Ayuh.....
Beriman bertaqwa kita ikut sepertinya
Allah itu maha pengampun maha bijaksana
Jangan tangguh jangan mendengari pujuk rayu syaitan durjana
Dunia ini kecil dan tidak kekal untuk bersembunyi di mana jua.

Ayuuuh Segera !..... 

Biar apa pun terjadi, kita menginsafi diri
Melutut sujud di hadapan Ilahi.
Semoga Syurga menanti...










Saudara ku,
Ini sahaja pilihan untuk mu
Yang aku tahu.......


.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails