Rugi tidak pandai bahasa Arab dan tidak sangat bergaul dengan orang yang pandai bahasa Arab. Maka bila belajar sesuatu Ilmu, saya hanya dapat lapis atas sahaja....tidak mendalam. Kalau belajar dan menghafal sedikit-sedikit ayat Quran dan doa pun hanya dari segi makna umum sahaja. Sebab itu kekadang ia tidak meresap ke hati sepenuhnya yang boleh membuatkan kita rasa insaf dan menghayati hakikat bahawa Allah itu maha tinggi dan maha luas kebijaksanaannya.
Semalam saya mengikuti UTube Ustadh Nouman Ali Khan. Antaranya ialah mengenai Doa dalam alQuran yang amat disukainya. Ia seperti dalam al Furqan 25:74 yang saya salinkan di bawah ini.
Ustadh Nouman mengatakan antara lain, doa inilah yang kita harus amalkan setiap waktu dan sekerap yang mungkin kerana dalam pancaroba dan kemelut hidup di dunia kini, doa ini boleh memelihara keturunan kita hingga ke hari Qiamat. Usaha manusia amat kerdil dan dengan kerakusan manusia yang berkuasa kini di mana jua, umat Islam dalam bahaya.
Baca dan hayatilah......
asemoga Allah memberi IlhamNya untuk kita.
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
(Al-Furqaan 25:74) |Ayat yang berikut ini pula akan mengautkan azam kita. Semoga Allah kurnia kekuatan menambah Ilmu dan menambah Amalan.
Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,
(Al-Furqaan 25:75)Qurrata A'yun ertinya "penyejuk mata". Dengan erti lain kita berdoa semoga semua yang kita lalui dan kita perolehi memberi keindahan dan ketenanagn dalam hidup. Kata Ustadh Nouman Khan: Bayangkan bagaimana rasa Ibu Nabi Musa AS ketika melepaskan anaknya dalan sebuah bakul di Sungai Nile supaya selamat dari keganasan Firaun. Matanya ketika itu tidak "merasa sejuk" tetapi sebaliknya.
Dengan kehendak Allah dan perancanganNya, Ibu Nabi Musa dapat bersatu dengan anaknya dengan titah Firaun. Ini cerita ringkasnya. Alangkan sejuk matanya dan hatinya.
Maka begitulah kita disarankan berdoa setiap hari dan setiap masa. Semoga keturunan kita terus beriman dan bertaqwa dan menjadi khalifah yang memimpin ummah dalam apajua peringakat dan kategori. Semoga doakita kesampaian dengan Rahmat Allah yang maha berkuasa dan maha Tinggi. Apa jua yang di langit dan di Bumi adalah milikNYA dan hanya padaNYA kita bergantung harapan.
Di bawah ini saya suka kongsikan anak-anak kecil Qurrata A'yun, semoga dewasa nanti menjadi "Imam -imam ikutan kita"......Semoga kesampaian doa-doa kita.
Anak-anak Tadika SmarTop Subur Fitrah Tangkak Johor
Anak-anak Taska SmarTop Subur Fitrah, Tangkak, Johor
Cucu -cucu saya di Puchong bersantai dengan Ibu dan Neneknya.
Ammani Farissa, cucu yang tinggal bersama saya.
Aameen Yaa Rabb.....
.....
No comments:
Post a Comment