"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, August 12, 2016

Talking to strangers....





Kata seorang "teman blogger"...  Strangers are friends we are yet to meet. Tetapi (saya suka tambah), dalam Islam kita bukan "total strangers". Kita ada hubung persaudaran dalam menghayati kalimah Tauhid Laillahailallah. Ia itu satu "comman bondage". Itu cantiknya persaudaraan dalam Islam. Sebab itu kita selalu menyebut akan seseorang sebagai brother atau sister, saudara atau saudari, ukhti atau akhi. Dan mudah sekali dalam persaudaraan Islam kita mengucapkan 'Assalamualaikum' bila berselisih dengan seorang Muslim atau bertemu dengannya untuk berurusan. Satu ucapan yang cantik kerana itu juga satu doa...'kesejahteraan untuk mu' atau 'peace be upon you'.......Masya Allah. Kita strangers pada zahirnya sahaja tetapi di minda dan hati kita tetap bersaudara. Dan kita tetap ada rasa mahu membela saudara kita jika keadaan memerlukan. Persaudaraan se Islam begitu rapat hingga dapat merasakan "cubit peha kiri, peha kanan sakit juga", walau pun mereka tinggal di hujung dunia dan kita tidak mengenali paras rupa mereka.

Hari ini ingin saya kongsikan pertemuan saya dengan seorang remaja dalam satu majlis membaca doa selamat dan kesyukuran seorang jiran saya sempena anaknya akan menunaikan Fardhu Haji tahun ini.

Dia bersalam dan tunduk seperti semua anak muda yang beradab halus akan menundudkan kepala sedikit. Senyumannya memikat hati saya kerana tersinar kemesraan walaupun baru berjumpa.

"Anak tuan rumah ke ni?" 
"Bukan...anak maccik tu",  sambil menunjukan arah pada ibunya.

Untuk pendekan cerita, ibunya pun muda. Baru 51 tahun. Gadis remaja ini baru 20 tahun. Padai memberi perhatian bila saya sebagai orang tua bertanyakqn beberapa hal seperti tinggal dimana, dan pernah ke sini dan sebagainya.

Gadis remaja ini hanya seorang sahaja yang saya perhatikan hadir dalam majlis itu. Semua yang lainnya sudah 55 tahun ke atas. Ramai sudah dikira warga emas yang senior seperti saya. Sebelum majlis bermula saya dapat sembang santai dan tahu ia masih belajar di UITM dalam bidang Mass com. 

"Wah bagus," saya kata. Bagus sebab anak saya pun suka mass com tetapi saya "paksa" dia buat Law.
Senyum lebar mendengari cerita saya dengan anak saya. Mass com juga subject yang baik. Mesti tinggi kemahiran bahasa.

Saya suka berceloteh dan saya katakan kalau hendak cepat pandai bahasa Inggeris mesti suka baca 'good advertisements' dalam majallah yang baik dan diterbitkan oleh penerbit yang ternama di dunia. Dulu saya dapat nasihat itu dari seorang yang mahir dalam bidang 'copy writing'. Bersama dengan icon Lim Kok Wing saya bertugas dalam satu projek yang dilancarkan oleh Tun Abdul Razak yang semasa hayatnya ia adalah Perdana Menteri Malaysia. Lim Kok Wing mengajari saya 'media creativity' walau pun secara tidak rasmi. The rest is history....

Remaja ini seronok mendengari cerita saya sebab dia suka hal-hal bahasa dan 'creative thinking'. Dia pernah duduk di luar negara buat seketika untuk fasih bertutur dalam bahasa Inggeris. Dalam perbualan itu saya cadangkan juga ia belajar teknik fotografi hingga keperingkat professional kerana ia akan meluaskan pilihan kerjaya dimasa depannya. Saya cadangkan buat kajian lanjut dalam bidang photographic journalism. Ia senyum sahaja. Semoga akan berfikir kearah itu. 

Apa jua bidang kerjaya, saya tegaskan padanya supaya mewajibkan diri belajar bahasa Arab. Ia akan dapat merasa seronok memahami alQuran dan seronok menjadi seorang Muslim Mukmin. Ia nampak tersenyum riang....

Saya bukan senghaja hendak bercerita hal-hal seperti di atas tetapi saya tidak mahu membiarkan dia keseorangan di kalangan orang-orang dewasa tua. Ibunya bertanya beberapa hal mengenai majlis ilmu dan kemuadian membiarkan saya bersembang dengan anaknya. 

Selepas tamat majlis dan diakhiri dengan doa, kami makan menjamu selera.... Tuan rumah sibuk dengan tetamu lain dan saya sambung bincang santai. Katanya inilah pertama kali ia bersembang betul dengan 'orang tua'. Bukan setakat bersalaman sahaja. Alhamdulilah. Saya seronok dan bersyukur Allah beri peluang bertemu remaja kerana setelah umur bersara saya jarang-jarang dapat bergaul dengan anak-anak muda. Saya memang suka berceloteh dan anak-anak dan anak-anak buah menjadi 'mangsa' kegemaran saya.

Sampai di sini cerita saya. Ibunya tahu no. telipon saya dan katanya akan bertemu lagi bila ada peluang. Saya pun beredar meminta diri.

Sembang santai itu mengingatkan saya pada ketika saya remaja jauh di perantauan. Tiada yang menasihati dan dengan cara yang terfikir baik saya cuba bergaul denagan "strangers". Semua ini membuat saya peka bagaimana seseorang boleh berhubung dan bermesra dengan "strangers."  Fakta Risiko  sangat tinggi jika fenomena sekeliling tidak kondusif dengan citarasa yang ada.

Sekarang, alhamdulilah, Allah lorongkan saya untuk mengikuti jalan yang Lurus dan alhamdulillah saya dapat berhubung dengan berlatarkan batasan-batasan yang ditentukan oleh Islam. Saya belum sempurna tetapi saya sentiasa berdoa Allah kurnia kesempurnaan.






Hari ini saya suka juga kongsikan foto ini dari ehsan google kerana saya melihatnya seperti dalam Islam kita tidak pernah keseorangan pada hakikatnya. Allah sentiasa bersama dan kita diingatkan untuk menghubungkan diri denganNya. Lihat insan ini ditemani oleh dua ekor burung atau mungkin itik jenis tempatan. 


Ini ibaratnya. Sebab itu kita ditarbiah supaya dapat memahami alam melalui proses taddabur alam untuk melihat kebesaran Allah dan bersyukur dapat merasai nikmat kurniaannya. Semoga kita tidak jadi manusia yang sombong dan tidak takut padaNYA.

Semoga kita sentiasa mendapat taufik dan hidayahNYA dan semoga dapat merasai dakapan redhaNya di dunia dan di akhirat.
Aameen yaa Rabb......


......

No comments:

Related Posts with Thumbnails