"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Tuesday, August 23, 2016
"Saya selesa berusaha sendirian"....
Kelmarin dulu saya bersetuju dengan seorang teman untuk bersama-sama berbincang dengan seorang ahli qariah Masjid yang lantang memberi pendapatnya dalam hal-hal membangunkan orang Melayu khusnya dan negara Malaysia umumnya.
Saya rasa teruja ingin mencabar minda saya sendiri.
Ini tajuk yang amat sensitif dimana jua ia diperbincangkan, bukan sahaja di kedai kopi tetapi di serambi masjid juga. Walaupun sudah ramai yang faham bahawa dalam Islam hal-hal politik juga adalh fakta inklusif, namun masih ada yang tegar mengatakan bahawa Masjid adalah tempat beribadah khusus sahaja dan bukan tempat berpolitik. Ada juga diantara mereka yang suka melawak yang mengatakan bahawa kita boleh bercerita politik tetapi hendaklah dalam ruang lingkup menyokong kepimpinan yang memerintah sekarang. Benar ke?
Kita tanya diri kita sendiri pendirian seorang Muslim Mukmin yang sebenarnya.
Saya hanya ingin kongsikan sedikit di sini cara berfikir dan sikap seorang ahli perniagaan yang juga ahli qariah yang saya duduk bersama membincangkan bagaimana seorang individu Muslim boleh menyumbang dalam proses pembangunan Ummah tanpa dicampur-adukan dengan hal pembangunan Melayu dan pembangunan negara. Matlamat pengabdian akhirnya ialah bagaimana kita dapat memakmurkan dunia ini tanpa sempadan dengan wasilah yang Allah gariskan untuk mendapat kurnia Redhanya dan di akhirat nanti mendapat kurnia Syurga Firdaus tanpa hisab dengan RahmatNya jua.
TPastinya tidak mudah tanpa panduan dan pertolongab Allah, tetapi kami ingin mencuba. Kami yakin atas fakta yang disebut dalam alQuran bahawa tidak dijadikan manusia dan jinn melainkan untuk mengabdikan diri padaNya. Kita harus berbuat sesuatu dalam ruang lingkup paradigma Tauhid supaya kita tidak terkandas dalam pemikiran, dalam perancangan dan dalam tindakan.
Ini berat, kata seorang teman saya. Saya setuju.
Tidak mengapa, kita ambil yang mudah dahulu dan berdoa di hati kita semoga mendapat panduan dari Allah yang akan menolong hamba-hambanya jika ia ikhlas, beriman dan bertaqwa.
Teman kejiranan kami yang berniaga sendiri ini adalah dalam lingkuman umur pertengahan lima-pulahan dari pandangan saya. Ia bijak berhujah dan kami dapat gambaran bahawa dia seorang yang tetap berdikari dan tidak mahu bergantung pada sesiapa, terutamanya orang-orang politik dan pegawai tinggi kerajaan.
"Saya selesa berusaha sendirian walaupun ada kalanya saya terkandas kerana ditipu teman perniagaan. Tidak mengapa pasti ada gantinya asalkan sahaja kita tidak menipu dan kita tidak mengambil hak kawan.Kita harus jujur," katanya jelas, "Saya tidak mahu keluarga saya memakan rezki yang Allah tidak halalkan."
Saya mendengari hujahnya penuh minat kerana jarang-jarang sekali ada ahli perniagaan yang tidak mahu "terhutang budi" dengan sesiapa pun terutamanya pimpinan politik di peringkat apa jua pun.
Kelmarin adalah pertama kali saya ke rumahnya dan saya merasai hasilnya. Rumahnya besar dan cantik dalam definasi sederhana dalam lingkungan kumpulan 'middle class' yang agak tinggi.
"Saya belum merasai keuntungan perniagaan berjuta-juta ringgit tetapi saya bersyukur dengan apa yang ada." dia menyelitkan cerita. "Saya membatu mereka yang kurang berkemampun ikut kehendak Islam, terutama pada pelajar-pelajar melayu yang miskin tetapi berpotensi tinggi. Dan saya suka membantu ibu-ibu miskin yang mengandung kerana nanti dari situ lahirnya bayi-bayi yang sihat yang berpotensi untuk dididik dan dan dibangunkan untuk menjadi anak-anak muda yang boleh dilatih untuk menjadai lebih cemerlang.....dan solih. Tetapi saya membantu ikut kemampuan sahaja. Tidak banyak..."
Sedikit dan ringkas ceritanya tetapi saya sudah dapat gambaran akan fikrahnya.
Kami berbicang hampir 2 jam dalam gelak ketawa yang sederhana dan minuman petang yang menyegarkan. Diakhir perbincangan teman ini sebagai "pengerusi kumpulan" meminta kami berfikir dengan lebih lanjut dan berjumpa lagi di akhir September sekembalinya dia dan keluarga dari luar negara. Sementara itu ia setuju memberi sumbangan sebanyak rm10,000 untuk langkah-langkah permulaan....Alhamdullillah....
Kalau setiap kami dapat mencari rm2,000 seorang, insya Allah kita sudah bolih mula bergerak. Semoga Allah menurunka rezki yang tidak disangka-sangka.
Seronok saya dengan sikapnya. Dia berjiwa kental.....Katanya kita jangan asyik bercakap menyalahkan orang tetapi lambat dan sambil lewa dalam tindakan sendirian. Alhamdulilah. Dia seorang yang bolih dicontohi.
Semoga kumpulan kecil ini seramai 7 orang akan bergerak cergas tanpa membuang masa dan tenaga berbincang tanpa hasil. Semoga Allah memberi taufik dan hidayahNya, menurunkan rezki yang tidak di sangka-sangka dan kami dapat menyumbang amal jariah sebagai bekalan di Sana nanti.
Mohon Pertolongan Mu yaa Robb........
........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment