"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, August 15, 2016

Sembang Olympics........







Saya ke majlis silaturrahim kejiranan tengah hari kelmarin.... hari Sabtu hujung minggu. Majlis ini kecil sahaja kerana tuan rumah kata ia inginkan jiran yang berhampiran benar-benar mengenali satu sama lain terutamanya yang masih berumur lima series dan awal enam series. Saya dan tuan rumah sudah masuk tujuh series dan rasa amat khuatir kalau tidak menghubung silaturrahim begini nanti tidak ada pelapis untuk meneruskan program dan aktiviti Masjid.

Alhamdulilah, hidangan enak sekali.

Kami duduk 6-8 orang semeja dan perbualan kami berkisar atas fakta umur tua dalam mengendali karenh cucu-cucu. Ada yang bercerita mengenai majlis perkahwinan, musim durian dan berbagai lagi termasuk cerita pergi melancung luar negara. Saya banyak mendengari sahaja kerana kebelakangan ini saya tidak ada cerita baru yang boleh dikongsikan.

Namun ada satu kisah yang menarik hati saya dari teman duduk disebelah kanan. Ia bermur lebih kurang pertengahan enam series dan suaminya sudah meninggal dunia dalam 4 atau 5 tahun yang lalu. Ia menarik perhatian semua cerita kejayan Malaysia di Sukan Olympics di Rio De Jenario tahun ini.

"Kita dapat satu gold. Sejarah negara."
Dia pun bercerita nama ahli sukan dan jenis sukan. Saya tidak ambil kisah akan ceritanya dan terus makan. Dia tidak puas hati kerana ceritanya tidak mendapat sambutan teteman.

"Apalah you all ni. Sejarah negara buat tak kisah..... Bukan senang nak dapat gold !....." dia menepuk bahu saya untuk menarik perhatian saya.

"Saya dah tak tenguk TV lah Mashitah....mana saya nak tahu apa ceritanya. Saya dah tak minat tenguk TV Malaysia sebab......(tak jadi sebut sebab dan saya gelak kecil sahaja)..." 

"Sebab tak ada masa lah Mashita..." saya cuba beri alasan.

"Hai!....Empat tahun sekali pun tak ada masa?"

"Betul lah macam tak munasabah... Tak ada masa...Tapi sebenarnya I dah tak minat sukan lah...." saya cuba membela diri, takut dia kecewa tidak melayan ceritanya...

"Kak Sobah ni di sekolah dulu lagi suka sukan. Kuat lari...apa pun boleh," kata teman sebelah kiri yang mengenali saya dari dulu lagi kerana kami jiran sekampung.

Saya hanya senyum dan cuba menutup topik yang pada saya tidak perlu sangat di ambil tahu oleh orang-orang warga emas ini.

"Kita dah umur masuk zon yang bila-bila bolih di panggil balik. Nanti tengah tenguk TV yang hanya membawa lagha, tiba-tiba tutup switch. Kan rugi. Menakutkan. Gitu kan Mashitah? Akak tak mahu ambik risiko."

Bukan tujuan asal nak jawab yang bolih menyinggong perasaan. Tapi apakan daya sebab teman saya ni tak mahu berhenti mengatakan kita ini tidak patriotik.  Tidak sayang negara.

Maka kami senyap....terus makan. Hilang cerita Olympik....biarlah.

Sebenarnya saya suka sukan dan baru 3 tahun yang lalu lebih kurang saya tutup buku sukan dalam minda saya. Last sekali yang saya amat menumpu ialah Grand Slam Tennis. Suami saya asyik sahaja marah2 marah kalu saya terpaku depan TV kerana sukan. Maka saya akur......alhamdulilah ada orang mengingatkan.

Masa bagi warga emas amat tipis sekali. Saya berdoa semoga saya tidak lagi lagha dengan sukan atau apa jua yang boleh merugikan.

Baru-baru ini tentu ramai antara kita yang membaca atau melihat cerita ahli tinjau Muhamad Ali terkenal didunia. Kini telah meninggal dunia dan bila di tanya apa yang ia akan buat bila bersara dari bertinju ia menjawab panjang lebar mengenai nilai masa yang Allah bagi pada hambanya. Yang saya amat ingat ialah..."I want to prepare myself to meet God!" Jelas terningiang2 di telinga saya. Ia membuat saya insaf dan berjanji pada diri akan tidak lagi gilakan sukan."


A059
Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.
(Al-An'aam 6:59
A060
Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.
(Al-An'aam 6:60) |
A061
Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).
(Al-An'aam 6:61) |

Semoga Allah dorongkan saya sentiasa ingat masa saya sudah amat hampir. Semoga Allah sentisa meletakan saya di landasan yang benar munuju pada NYA.

Ada bab sukan dan entertainment yang diperkatakan oleh Guru saya di Utube Shaikh Hamza Yusuf. Insya Allah satu hari saya dapat kongsikan inti sari saranannya.

Mohon keampunan Mu Yaa Rabb.....
Mohon kami terpelihara hingga ke akhir hayat.
Aameen yaa Rabb....


....

No comments:

Related Posts with Thumbnails