"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, April 24, 2019

Kehilangan cucu .......

Baru terbaca kisah seorang teman terasa amat tersedih kerana cucu sulungnya
 yang tinggal bersama dari sejak lahir hingga hampir  2 tahun kini terpaksa 
berpindah rumah dan tinggal agak berjauhan. 
Walaupun cucu dia "anak orang",



Maka saya teringat cucu saya yang kini tinggal bersama.
Kelihatan di foto di atas. Sudah hampir 8 tahun tetapi masih 
minta dukong Abinya.
Saya ingatkan anak saya bahawa anak perempuan ada had 
menunjuk kasih sayang yang bersentuhan.
Mendengari cerita yang tidak sopan pernah terjadi maka
 kita harus berhati-hati.

Saya pernah menjaga cucu sulung dari lahir hingga 6 bulan dan apabila
 saya hantar ia tinggal bersama ibubapanya saya juga rasa amat tersedih.
 Kini sudah terubat. Tetapi apabila mendengari ceria yang sepertinya
 saya rasa simpati yang amat sangat.

Begitulah warna-warna hidup.
Semoga kita tidak dilalaikan dengan keseronokan yang sementara


..............

Monday, April 22, 2019

Sekilas mengenang sejarah @ Wilayah Pattani.......









Dalam umur dewasa tua macam saya dan suami, skop pengembaraan tidaklah luas. Namun kami berkesempatan berhenti sebentar melihat kesan sejarah Islam di sartu kawasan di Pattani. Seperti ramai yang telah maklum di Selatan Thailand hampir majorituy penduduk adalah orang Islam. Kami tiada masaalah berinteraksi dan mencari makanan tradisional yang sedap-sedap belaka.

Kami singgah di Masjid Kerisik. Saya tidak begitu minat mengenai sejarah semasa bersekolah. Maka apa yang saya dapat ialah maklumat dari pemandu kami, Zahron.



Masjid Krisik namanya.







 Saya membaca sedikit sejarah yang tertulis di papan maklumat yang saya rakam sedikit.
Dinamakan juga Masjid Sultan Muzaffar Shah.
Dan dibina dalam tahun 1514 AD.

Krue Se Mosque also called Gresik Mosque or Pitu Krue-ban Mosque, is in Pattani Province, Thailand. It was begun in about 1583, but was never completed due to a power struggle between the sultan of Pattani and his brother. The present structure is on the same site and dates to the 18th century CE. Wikipedia

(Di atas  dan di bawah ini sedikit maklumat dari Carian Google.)

Masjid Kerisik bukan saja dikunjungi pelancong tempatan dan asing disebabkan keunikannya, malah ia adalah satu tempat bersejarah yang menyaksikan pembunuhan beramai-ramai masyarakat Islam ketika baru selesai menunaikan solat pada 2013.
Sehingga ke hari ini, masih ada kesan tembakan di pintu masjid meskipun bahagian lain masjid sudah dibangunkan semula penduduk setempat.


(Saya petik berita ringkas di bawah ini dari Media Informasi News 
dari Carian Google untuk maklumat sahaja.)


MIN - Kami mengigatkan kepada seluruh Bangsa Melayu Patani dan dunia internasional supaya tidak lupa terhadap hari-hari bersejarah yang terjadi di Patani (Selatan Thailand), genap 12 tahun peristiwa pembunuhan kejam secara beramai-ramai dalam Masjid Kerisik Patani oleh tentera penjajah Thailand.
Peristiwa berdarah ini berlaku pada pagi 28 April 2004 di Masjid Kerisik Patani, sebuah masjid tinggalan kerajaan Melayu Patani dizaman kegemilangan.
Pembunuhan tersebut seramai 34 orang anak-anak muda yang berumur dari 16 hingga 34 tahun telah gugur syahid sebagai korban menandakan bermulanya dan bersemarak semula kebangkitan perjuangan pembebasan rakyat Patani, mereka di bunuh tanpa senjata oleh tentera penjajah Thailand dengan perentah yang datang dari istana raja Thailand melalui General Panlop Pinmanee.
Walaupun General Chaovalit memerentahkan supaya tentera hanya mengepung dan berunding dengan pemuda-pemuda tersebut, tetapi mereka engkar dan kejam sekali membunuh pemuda-pemuda tersebut dengan menggunakan berbagai jenis senjata termasuk senjata berat dan helicopter.

Sekian maklumat ringkas. Semoga Allah mengganjari mereka yang berkorban tenaga harta dan nyawa menegakan Kebenaran. Aamiin.....


....................

Friday, April 19, 2019

Ajinda makan-makan @ Musafir Pattani......

Allahamdulillah, Allah izin musafir.
Kita bermusafir kerana Allah. Maka seharusnya bukan menjadi ajinda penting 
apa yang kita makan dan waktu bila kita makan. Fokus utama harus pada
 objektif musafir itu sendiri. Kami dalam kumpulan bersefahaman. Kami
 bincang santai penuh gelak ketawa.Walaubagaimana pun tidaklah
 menjadi kesalahan kalau kita teringinkan masakan
 tradisional Thailand. Kita bukan pun ke Thailand hari-hari.
Tak kan sama maskan Thai di Malaysia. Tidak Ori kata anak saya.


Maka hari pertama kami sampai di Pattani pemandu kami Zahron yang datang
 berasingan menunggu kami di hadapan rumah makan ini.
Rasa lega setelah berbagai peristiwa berlaku diperjalanan dan sampai kami sudah lewat petang.


Apa nama Rumah makan ini pun saya tidak catat. Cuma Zahron kata kita makan di tempat 
biasa tetapi hidangan makanannya amat luar bisa sedapnya.
Benar kata Zahron dan kami makan sepuas hati. Alhamdulillah. Malam itu
 kami tidak perlu makan malam kerana masih kekenyangan. 
Semoga kami tidak dikira keterlaluan.



Di hari yang lainnya kami cari tempat makan yang dikatakan amat sedap dan layanan pun baik.


Mencari tempat makan di Hatnyi mudah sahaja kerana kami ada Zahron,
pemandu setia. Nama tempat makan ini "KAITODDECHA" seperti
yang ketara dalam foto di bawah ini. Kelihatan di hadapan kedai bentuk
 hiasan yang kreatif untuk menarik perhatian pelanggan.
 Lihat di atas. Amat unik buat saya. 




Ramai sungguh pelanggan. Kami terpaksa menuggu sebentar untuk
 mendapat tempat duduk yang mencukupi bagi kami 6 orang.
 Kemudian masing-masing memilih menu sendiri.
 Kesemuanya tersenyum lebar kerana amat sedap dan saya rasa
seperti mahu makan di sini setiap hari.
Harganya pun amat berpatutan. Alhamdulillah. Rezeki itu dari Allah.



Ini satu lagi sudut panadangan rumah makan yang di atas tadi.
Nampak sibuk dengan kenderaan dan pakir sememangnya susah. Siapa yang
 berminat janganlah tidak sampai. Dijamin memuaskan, insyaAllah.
Semoga kesampaian.


Sehari sebelumnya kami memandu jauh untuk mencari
 satu tempat makan yang Zahron juga kata "biasa tetapi luar biasa."
 Zahron iklan pada suami saya ada 
tempat luar biasa yang memasak lidah lembu sedap sekali.
 Suami saya suka daging lembu, kambing dan paling ia suka ialah otak lembu. 
Arwah Emak suami saya melayan citarasa makan suami saya
yang saya tidak dapat mencontohinya. Saya keturunan pendatang tanpa izin. 
Maka  sebab itulah citarasa makan buat saya amat mudah sekali.
Saya tidak banyak karenah tentang makan.
Saya dan suami saya, kami banyak membuat penyesesuaian
 untuk mencapai keharmonian berkeluarga.
Alhamdulillah kami kini berumur 72 tahun dan suka kembara bersama.





Sambil-sambil makan kami teruja adanya pokok buah mata kucing
 dihadapan rumah makan itu. 
Ia jadi keserohokan sampingan. Bila musafir, orang dewasa tua 
pun rasa macam masih muda.


Nama kedai yang "biasa tetapi luar biasa" ialah Hamid Food Restaurant.


Kami makan santai diselang-seli dengan lawak oleh Zamron.
Dia seronok kami orang Malaysia suka makanan Thai.
Saya memilih tidak bercerita nama-nama masakan yang kami dihidangkan
 dengan lumayan. Rasa tidak selesa kerana ada orang di luar sana 
yang tidak dapat berkongsi makanan yang kami rasa
amat sedap. Saya sentiasa beringat jangan terlalu seronok makan
 kerana ada manusia yang tidak makan kerana kemiskinanan
 atau peperangan atau lainnya.
Semoga Allah memberi ganjaran juga pada mereka 
dalam bentuk yang hanya Allah maha tahu.
Allah itu maha adil dan maha kasih sayang.


Pada hari ketiga kami bermalam di Viva Hotel, songkhla. Kami berfoto di hadapan lobby hotel.
 Kecil sahaja hotel ini.Mujur ada kekosongan. Malam itu Hotel penuh kerana 
musim cuti dan ada perayaan hari main air seluruh Thailand.


Hotel ini tiada makanan halal untuk sarapan. Maka kami hanya makan buah dan minum kopi.


Selepas sarapan, pagi-pagi hari suami saya sudah minta Zahron
mencari buah durian.
Suami saya akan merentas perjalanan 500 kilometer jika perlu
 untuk makan sesuatu yang ia suka. Ajinda makan berlainan
 antara  seorang dengan seorang
 dan antara keluarga dengan keluarga dimana jua kita berada.
Saya bolih terima selagi mana ia tidak menggangu kesihatan badan.



Maka jumpalah kami lori jual durian.


Memula sebiji sahaj. Testing. Sedap lazat.


Penjual durian dengan riangnya menambah lagi.


Cuma kali ini durian dimakan tanpa pulut santan.
Kegemaran orang Kedah.
Saya surrender awal. Takut naik kiraan gula dibadan.
Suami saya bertambah lagi.
Alhamdulillah. Ia cuma rasa panas tekak keesukan harinya.
Alhamdulillah. Allah masih kurnia kesempatan dan kesihatan
untuk menguji kekuatan sendiri.
Saya berpesan pada anak. Makan biar berpada-pada.
Sedapnya hanya dari mulut ke tekak sahaja.
Lepas itu sama sahaja proses laluannya. Jika ada jimatan makan, kita infakan
pada yang lebih memerlukan.
Semoga Allah sentiasa memelihara pilihan-pilihan hidup dan semoga
 masih ada bekalan yang lumayan untuk kita bawa balik ke SANA.


......................

Wednesday, April 17, 2019

Nikmat kurniaan Ikan Bilis.... @ Pattani







Kami ke Pattani cuba meninjau kemungkinan boleh mendapatkan bekalan ikan bilis secara pukal sebagai ikhtiar mencari rezeki untuk hidup di bumi Allah ini. Ini idea rambang suami dan anak saya. Saya dan dua teman saya hanya membei sokongan moral disamping melawat sebagai pelancung.

Jalan menghala tempat yang diaturkan oleh Zahron melalui sisiran laut yang indah buat saya. Hari itu cuaca panas dan kelihatan langit yang membiru.


Di tepi pantai tempat mendarat bot-bot penangkap ikan amat luas.
Katanya kerajaan Thailand mengambil berat tentang
 pembangunan ekonomi terutamanya
yang melibatkan pertanian dan perikanan.





Saya melihat dan berfikiran seorangan. Dahulu semasa saya bekerja di awal tahun sembilan belas lapan pulihan, ada pihak yang mengatakan "agriculture is a sun-set industry in Malaysia."
Saya muda ketika itu dan kurang faham dasar-asar kerajaan. Cuma dikalangan kekawan sebaya mengatakan: Mana mungkin ini idea yang baik. Makanan adalah penting buat manusia.
Mengapa menuju senja. Kalau ada peperangan,
rakyat Malaysia nak makan apa?
Saya masih terfikir-fikir.



Di laluan jalan saya perhatikan banyak tanah yang dibangunkan untuk
 menjemur ikan.Saya pun mengatakan pada semua yang bersama bahawa
tindakan mereka membuat tempat jemuran
yang tinggi seperti di foto ini adalah langkah yang baik. Ini boleh 
menjamin makanan "halalan Toyiban" Jika kita imbas kembali di Malaysia 
kita selalu diperlihatkan dalam kiriman whatsapp tempat jemuran adalah 
di atas tanah dan mudah sahaja dicemari kebersihannya oleh anjing-anjing 
yang berkeliaran. Rakyat memerhati.


Setelah memandu lebih kurang sejam, sampailah kami ditempat yang dicari.
Lelaki yang berbaju biru itu adalah wakil tuan punya gedung ini.


Kawan saya bertanya banyak soalan. Dia berminat untuk meninjau 
jika koperasi keluarga SmarTop bolih menggunakan kesempatan ini 
untuk memperluas aktivitinya.



Saya melihat-lihat sahaja dan dalam diam-diam cuba membandingkan
 kualiti ikan bilis di situ dengan apa yang saya biasa membeli di kedai runcit
 di bandar Pontian Johor, di kampung saya.
Amat jauh beza harga di tempat ini dan
ditempat pasarraya biasa di Malaysia.


Kami melihat juga "cold room" yang terletak di tempat lain, tidak berjauhan.
Ini perlu untuk menentukan mutu bilis sentiasa terjamin kesegarannya.


Ini pemandang dari luar.


Ini  dari pandangan sudut lain di "cold room" tersebut.


Diakhir tinjauan dan perbicangan ringkas kami diberi hadiah
 dua bungkus ini dengan harga yang amat mura. 
Walau apa pun kos bergantung pada jenis ikan bilis.



Dalam perjalanan p[ulang ke hantnyi saya rakam contoh tempat pengering ikan masin.


Suami saya membeli ikan masin buat ole-ole keluarga dan teman-teman.


Sempat juga kami ke tempat satu lagi hampir dengan Songkhla.
Kebetulan hari itu cuti umum kerana ada perayaan main air di seluruh negara.
Maka saya ambil foto lori-lori kegunaan mereka.

Perniagaan mereka amat berjaya, kata Zahron, pemandu lawatan kami.
Kita harus belajar darinya sebelum kita mencuba bidang ini.

InsyaAllah anak saya akan follow up denagan Syarikat ini  dalam masa terdekat.
Semoga Allah memudahkan segala urusan.


.......................

Tuesday, April 16, 2019

Musafir ke Pattani.....@ yang susah dan yang mudah





Alamdulillah.... tidak saya terfikir untuk musafir ke Pattani pada tahun ini. Pada awal pagi 12 April suami dan saya dan dua orang teman akrab menaiki Starex menuju ke Thailand melalui Kuala Kangsar, Gerik dan Betong. Rasanya seperti ini suata kembara yang mudah dan saya lepaskan segala perancangan pada suami saya. Anak bongsu saya telah bersetuju untuk memandu kereta.

Mengapa pilih lalu Betong / Sadao. Saya ikut sahaja. Suami saya kata kenalan dari Naratiwat akan turun dari Bangkok (sedang bercuti) untuk menjadi pemandu kami di Thailand nanti kerana kami ingin juga ke Hatnyi dan songkhla sebelum pulang ke Putrajaya / Shah Alam.

Tetapi kekeliruan telah berlaku. Kenalan kami bernama Zahron telah menunggu kami di  Danouk. Bincang-punya- bincang kami bersetuju untuk berjumpa di Pattani di sebuah Hotel yang telah ditempah.

Dengan kekeliruan yang timbul kami lupa mengisi minyak kereta. Bukan ini sahaja masaalah yang tiba-tiba timbul. Saya telah dan anak dan teteman telah melepasi Immigration dan menunggu dalam kereta sementara suami saya mengurus kelulusan membawa kereta masuk ke Thailand.

Lama kami menunggu tetapi suami saya tidak muncul-muncul. Saya suruh anak saya bantu ayahnya kerana merasakan pasti ada masaalah. Tidak lama kemudian Suami saya suruh saya berada dengannya mengurus kemasukqan kereta.

Aduh!..... terkejut saya.

Rupanya kereta kami (anak perempuan saya punya) tidak selesai urusan pertama kali kawannya membawa kereta itu masuk Thailand. Kami katakan mustahil ada kes sebab kereta itu telah pun slesai diurus dan sudah keluar ke Malaysia pun. Kalu tidak masakan kami dapat bawanya masuk kali ini.

Aduh!..... terkejut lagi saya kerana katanya dalam komputer Kastam Thailand kereta kami itu seharusnya masih ada di Thailand. Semak-punya- semak nampak seperti kesalahan kami walhal kami percaya mereka yang tidak update maklumat setelah anak saya dapat selesaikan masaalah nya 2/3 bulan yang lalu.

Tetapi oleh kerana kami tiada bukti yang konkrit kami terima sahaja verdict mereka dan membayar denda jika mahu membebaskan kereta itu. Kami dikenakan denda Rm 1,340 bersamaan 60,000 Bahts.
Maka selesailah masalah dan kami dapat meneruskan perjalanan.

Dalam pada itu suami saya minta anak perempuan saya semak semula dari pihaknya.

Apa pun kami bersabar, bersyukur ada ujian dan terus menuju Pattani. Kami belajar redha atas segala ketentuan Allah.


Sebelum sampai Betong kami lalu Lenggong.
Saya foto dari kereta untuk mentetenteramkan rasa hati yang sedikit tersedih.
Tersedihlah juga sebab kena batalkan rancangan shopping  Hehee.




Tiga foto di atas adalah urusan Immigration dan Kastam.
Di sebelah Malaysia licin sahaja urusan.
Maka nampak saya dan teman tersenyum.

Anak lelaki saya ambil video urusan kami di Kastam Thailand untuk
 tunjuk anak perempuan saya sebagai ingatan untut lebih teliti
 dalam apa jua urusan.
Saya tidak dapat kongsikan di sisi.


Ini antara bandar yang kami lalui. Tidak ingat namanya.


Kami diberi tahu oleh seoran teman lain yang biasa ke Pattani mengikut jalan 
yang saya ikut bahawa jalan itu amat banyak selekoh curam.
Alhamdulillah. Suami saya memandu ok. 


Selepas melalui jalan yang amat merbahaya bagi pemandu yang
 kurang pengalaman lebih kurang sejam  maka sampailah kami ke sebuah 
sungai seperti dalam foto ini.


Kami merakam foto-foto dan hilanglah segala rasa kepenatan dari
 pengalaman di Kastam Thailand tadi.


Foto ini untuk suami saya yang malas keluar kereta.



Amat cantik alam yang belum dirosakan Manusia. Di atas ini nampak bot laju
 yang lalu di situ. Tetapi kamera saya tidak dapat rakam keaslian cantiknya.


Kami singgah disebuah Masjid baru dibina. 
Alhamdulillah Allah masih beri peluang 
terus memohon doa musafir kami diberi laluan mudah.
Kelihat difoto suami saya sedang pakai kasut.


Perjalanan jauh lagi dan hari pun hampir senja.



Kami tiba di Pattani barulah kami makan tengah hari / makan malam sekali.
Tidak mengapa kerana sepanjang kami makan bekalan dari rumah.


Dan saya rasa lega Alhamdulillah.


Lepas itu kami check in di C S Hotel Pattani.
Kelihatan suami saya menguruskannya dengan dibantu oleh Zahron
yang membantu kami.


Anak saya berlegar menanti bilik.
Hotel ini cantik buat saya. Hanya Rm 130 semalam termasuk sarapan pagi.



Kami ambil kesempatan merakam kenangan.


Ini bilik kami. Saya buat persedian solat sambil suami saya berbuat sesuatu
untuk program esuk harinya.


Ini sarapan esuk harinya. Malam sebelumnya suami saya bersembang dengan
kedua teman saya dan Zahron. Saya pilih untuk tidur.


Ini Zahron yang membantu kami.
Ia selalu datang Malaysia kerana belum selesai
 program PHDnya di University Malaya.
Kebelakang ini ia bermalam dirumah saya apabila berurusan di University.
Alhamdulillah dapat meluaskan Silaturrahim.


Sarapan pagi banyak pilihan yang sedap-sedap. "Halanan Toyiban"
Alhamdulillah. Nikmat Allah itu luas.



Kebetulan kami bertemu pengunjung lain yang tinggal di hotel sama. 
Mereka suami isteri dari Kota Baharu.
Panjang sedikit perbualan kerana sang suami itub dahulu
 bekerja di Kementerian Pendidikan.
Dunias kita semakin kecil.




Foto di atas adalah kawasan dalam hotel. Comel dan selesa.
Saya rakam untuk kenangan.


Esuk paginya kami berkemas-kemas untuk ke Songkhla pula.
 InsyaAllah saya sambung cerita.
Semoga sihat-sihat.


................................
Related Posts with Thumbnails