"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, April 8, 2019

Sehari di Tangkak ..... @ Rumah Ngaji




Alhamdulillah sejak Khamis malam minggu lepas saya dengan partner saya ke Tangkak untuk urusan Latihan dalaman Tadika SmarTop Subur Fitrah..  Seperti bulan lepas Latihan di kendali oleh jemaah kami, Hjh Norlida Md Top yang didatangkan khas dari Perlis. Syabas pada Hjh Norlida kerana dengan suka rela ia memandu jauh untuk membantu menyebar Ilmu pendidikan anak-anak yang berumur 5-7 tahun.

Kali ini saya teruja lebih kerana kami menjalankan kurus di Rumah Ngaji yang baru siap yang diusahakan oleh jemaah kami juga, iatu Hjh Nortipah Md Top yang menetap di Tangkak. Beliau juga mengetuai kumpulan mengaji alQuran di bawah naungan Mawaddah WarRahmah. Alhamdulillah dan kami doakan usaha dakwah ini berterusan hingga akhir hayat.


Ini sebahagian dari peserta yang hadir. Ia terdiri dari guru-guru dan
pengasuh Tadika dan Taska SmarTop Subur Fitrah. Kami juga menjemput
 peserta mengaji alquran untuk bersama kerana ilmu ini juga relevan
 bagi nenek-nenek yang membantu mengasuh cucu-cucu.
Selain taklimat khusus oleh Hjh Norlidah, sessi motivasi  juga diadakan oleh
 Datin Noraini Md Top. Kali ini Datin menekanan isu iman dalam
 tugas harian. Selain itu Datin juga menekankan fakta bahawa untuk berjaya 
kita tidak bolih ambil ringan akan tanggongjawab harian 
dan haruslah sentiasa berusaha kerana setiap masaalah itu ada penyelesaiannya
 jika kita sentiasa ikhlas dan berdoa mendapatkan pertolongan Allah.
Allah jua yang maha menentukan.
 Semoga Allah berkati usaha membangunkan 
ummah danmenjadi amal jariah untuk bekalan ke Akhirat.


Kami adakan sedikit minuman dan makanan ringan selepas kursus
 sambil besembang silaturrahim dengan peserta.


Ini perkarangan rumah di mana saya bermalam di Home-Stay
yang berwarna putih.
Rumah Ngaji berhadapan dengan komplex ini.
Alhamdulillah Allah mudahkan buat kami berurusan.

.............

No comments:

Related Posts with Thumbnails