Alhamdulillah Ahad minggu lepas saya dapat ajak anak perempuan saya turun keSeremban untuk ziarah ibu mertuanya yang saya sudah lama tidak mengunjunginya. Dia tidak berapa sihat maka itu saya cari juga masa untuk menziarahinya.
Tetapi anak perempuan saya tersilap faham kerana sebehnarnya dia tiada di rumah kerana pergi ke Majlis Perkahwinan sanak saudara di Mantin. Rasa sedikit kecewa tetapi apakan daya. Bukan rezki silaturahim hari itu dan saya redha sahaja.
Dalam perjalanan pulang ke Putrajaya anak saya bawa saya makan di sebuah restaurant di Labu yang memasak masakan tradisional. Seronok tak kira kerana sudah lama tidak menjamu selera. Tetapi di umur senja ini tidaklah dapat berlebihan.
Sebelum itu anak saya bawa saya berhenti di hadapan sekolah lamanya seperti foto di atas. Sejak ia tamat saya tidak pernah lalu kawasan itu dan bila saya lalu kali ini saya hampir tidak mengenalinya. Sudah lebih 30 tahun lamanya. Dahulu semasa anak di situ setiap 2 minggu saya pergi menemuinya jika masa mengizinkan. Sebuah Nostalgia.
Setiap kali bercerita sekolah menengah pada anak-anak sering saya sebut penyesalan saya sebab anak saya ini tidak minat belajar bahasa Arab seperti minatnya berbahasa Inggeris. Sekarang ada penyesalan dan berusahalah sendiri. Bila saya ingat-ingat pada masa itu bila saya tanya mengapa tidak minat bahasa Arab berbagai helah diberinya. Antara lain katanya cikgu pun tak berapa kisah kalau tidak mencapai prestasi tinggi. Tetapi Cikgu bahasa Inggeris akan menentukan anak-anak didiknya merasai penyesalan jika tidak berusaha sekuatnya.
Semoga sikap guru sekarang ini sudah lebih positif kerana jika tiada bahasa Arab maka lemahlah kegemaran kita untuk membaca alQuran dan apa jua ilmu yang berkaitan dengannya.
Dengan lain perkataan, tiada bahasa Arab minat mencari ilmu dibidang itu amat rendah sekali.
Ini pemandang dari Gate hadapan. Lebih cantik sekarang.
Itu sahaja secebis ingatan membesarkan anak-anak. Semoga Allah berkati.
...........................
No comments:
Post a Comment