"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, April 2, 2019

Cuti-cuti bersama cucu-cucu @ Ipoh / Tambun Lost World.







Alhamdulillah hari Kamis yang lalu saya dapat ikut anak saya membawa anak-anaknya bercuti di musim sekolah berehat. Kami pergi ke Tambun "The Lost World"  Ini kali ketiga buat cucu-cucu saya tetapi kali pertama buat saya dan suami. Tujuan saya hanyalah untuk berineraksi dengan cucu-cucu dan melihat telatah pembesaran mereka.



Dua orang cucu saya adalah istimewa dan saya ikut memerhati proses
 mendidik mereka. Di foto atas mereka sudah "menghilang" sejurus sahaja
 masuk kawasan yang ditentukan. Saya bimbang tetapi 
anak dan menantu saya  sudah biasa dengan karenah mereka.


Ini saya beserta anak dan pembantu rumah. Untuk kenangan sahaja.
 Kami bersyukur mendapat pembantu yang amat prihatin
membantu  mengasuh cucu-cucu. Alhamdulillah.


Sejak menjalani pembedahan kecil jejari kaki, suami saya lebih mudah
 begerak di tempat yang luas ini dengan kereta rodanya.
 Cucu-cucu membantu dan semoga peristiwa seperti ini 
akan mendidik mereka  menjadi lebih prihatin dan peduli
 pada orang tua-tua siapa jua dan dimana jua


Ini antara acara yang diminati. Suami saya turut sama.


Saya tidak mengambil bahagian apa pun di Lost Worlad ini. 
Saya banyak berehat dan hanya meilhat-lihat antara citarasa pengunjung
 yang amat ramai.
Mata saya yang baru di bedah kecil ini pun belum pulih sepenuhnya.
Maka saya kurangkan bergerak renyah.


Cucu saya yang lapan tahun pun berani naik acara ini.
 Saya melihat cemas dan berdoa keselamatannya di hati sahaja.



Ini kawasan mandi- manda yang amat disukai semua. 


Persekiraran seperrti ini sememangnya memikat kaum muda.


Ini cucu saya berumur 10 tahun. Muncul sebentar hilang sebentar.
Cucu saya yang berumur 8 tahun terus menghilang dan ibunya sedar 
bila mendengar pengumuman awam mengatakan anaknya
 dirawat di tempat reception. 
Rupanya ia didapati pengsan dan dirawat selama hampir 2 jam barulah
 ibunya datang. Saya marahkan ibunya kerana
 terlalu memberi kebebasan pada anak.
Apakan daya ...... begitulah peri hal generasi sekarang.

Sampai di sini dulu catatan saya. InsyaAllah nanti sambung lagi.


..........................

No comments:

Related Posts with Thumbnails