"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, April 19, 2019

Ajinda makan-makan @ Musafir Pattani......

Allahamdulillah, Allah izin musafir.
Kita bermusafir kerana Allah. Maka seharusnya bukan menjadi ajinda penting 
apa yang kita makan dan waktu bila kita makan. Fokus utama harus pada
 objektif musafir itu sendiri. Kami dalam kumpulan bersefahaman. Kami
 bincang santai penuh gelak ketawa.Walaubagaimana pun tidaklah
 menjadi kesalahan kalau kita teringinkan masakan
 tradisional Thailand. Kita bukan pun ke Thailand hari-hari.
Tak kan sama maskan Thai di Malaysia. Tidak Ori kata anak saya.


Maka hari pertama kami sampai di Pattani pemandu kami Zahron yang datang
 berasingan menunggu kami di hadapan rumah makan ini.
Rasa lega setelah berbagai peristiwa berlaku diperjalanan dan sampai kami sudah lewat petang.


Apa nama Rumah makan ini pun saya tidak catat. Cuma Zahron kata kita makan di tempat 
biasa tetapi hidangan makanannya amat luar bisa sedapnya.
Benar kata Zahron dan kami makan sepuas hati. Alhamdulillah. Malam itu
 kami tidak perlu makan malam kerana masih kekenyangan. 
Semoga kami tidak dikira keterlaluan.



Di hari yang lainnya kami cari tempat makan yang dikatakan amat sedap dan layanan pun baik.


Mencari tempat makan di Hatnyi mudah sahaja kerana kami ada Zahron,
pemandu setia. Nama tempat makan ini "KAITODDECHA" seperti
yang ketara dalam foto di bawah ini. Kelihatan di hadapan kedai bentuk
 hiasan yang kreatif untuk menarik perhatian pelanggan.
 Lihat di atas. Amat unik buat saya. 




Ramai sungguh pelanggan. Kami terpaksa menuggu sebentar untuk
 mendapat tempat duduk yang mencukupi bagi kami 6 orang.
 Kemudian masing-masing memilih menu sendiri.
 Kesemuanya tersenyum lebar kerana amat sedap dan saya rasa
seperti mahu makan di sini setiap hari.
Harganya pun amat berpatutan. Alhamdulillah. Rezeki itu dari Allah.



Ini satu lagi sudut panadangan rumah makan yang di atas tadi.
Nampak sibuk dengan kenderaan dan pakir sememangnya susah. Siapa yang
 berminat janganlah tidak sampai. Dijamin memuaskan, insyaAllah.
Semoga kesampaian.


Sehari sebelumnya kami memandu jauh untuk mencari
 satu tempat makan yang Zahron juga kata "biasa tetapi luar biasa."
 Zahron iklan pada suami saya ada 
tempat luar biasa yang memasak lidah lembu sedap sekali.
 Suami saya suka daging lembu, kambing dan paling ia suka ialah otak lembu. 
Arwah Emak suami saya melayan citarasa makan suami saya
yang saya tidak dapat mencontohinya. Saya keturunan pendatang tanpa izin. 
Maka  sebab itulah citarasa makan buat saya amat mudah sekali.
Saya tidak banyak karenah tentang makan.
Saya dan suami saya, kami banyak membuat penyesesuaian
 untuk mencapai keharmonian berkeluarga.
Alhamdulillah kami kini berumur 72 tahun dan suka kembara bersama.





Sambil-sambil makan kami teruja adanya pokok buah mata kucing
 dihadapan rumah makan itu. 
Ia jadi keserohokan sampingan. Bila musafir, orang dewasa tua 
pun rasa macam masih muda.


Nama kedai yang "biasa tetapi luar biasa" ialah Hamid Food Restaurant.


Kami makan santai diselang-seli dengan lawak oleh Zamron.
Dia seronok kami orang Malaysia suka makanan Thai.
Saya memilih tidak bercerita nama-nama masakan yang kami dihidangkan
 dengan lumayan. Rasa tidak selesa kerana ada orang di luar sana 
yang tidak dapat berkongsi makanan yang kami rasa
amat sedap. Saya sentiasa beringat jangan terlalu seronok makan
 kerana ada manusia yang tidak makan kerana kemiskinanan
 atau peperangan atau lainnya.
Semoga Allah memberi ganjaran juga pada mereka 
dalam bentuk yang hanya Allah maha tahu.
Allah itu maha adil dan maha kasih sayang.


Pada hari ketiga kami bermalam di Viva Hotel, songkhla. Kami berfoto di hadapan lobby hotel.
 Kecil sahaja hotel ini.Mujur ada kekosongan. Malam itu Hotel penuh kerana 
musim cuti dan ada perayaan hari main air seluruh Thailand.


Hotel ini tiada makanan halal untuk sarapan. Maka kami hanya makan buah dan minum kopi.


Selepas sarapan, pagi-pagi hari suami saya sudah minta Zahron
mencari buah durian.
Suami saya akan merentas perjalanan 500 kilometer jika perlu
 untuk makan sesuatu yang ia suka. Ajinda makan berlainan
 antara  seorang dengan seorang
 dan antara keluarga dengan keluarga dimana jua kita berada.
Saya bolih terima selagi mana ia tidak menggangu kesihatan badan.



Maka jumpalah kami lori jual durian.


Memula sebiji sahaj. Testing. Sedap lazat.


Penjual durian dengan riangnya menambah lagi.


Cuma kali ini durian dimakan tanpa pulut santan.
Kegemaran orang Kedah.
Saya surrender awal. Takut naik kiraan gula dibadan.
Suami saya bertambah lagi.
Alhamdulillah. Ia cuma rasa panas tekak keesukan harinya.
Alhamdulillah. Allah masih kurnia kesempatan dan kesihatan
untuk menguji kekuatan sendiri.
Saya berpesan pada anak. Makan biar berpada-pada.
Sedapnya hanya dari mulut ke tekak sahaja.
Lepas itu sama sahaja proses laluannya. Jika ada jimatan makan, kita infakan
pada yang lebih memerlukan.
Semoga Allah sentiasa memelihara pilihan-pilihan hidup dan semoga
 masih ada bekalan yang lumayan untuk kita bawa balik ke SANA.


......................

No comments:

Related Posts with Thumbnails