"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, April 11, 2019

Secebis ingatan di kedai makan keluarga......




Alhamdulillah. Kita orang Islam masih berpegang teguh dengan konsep berkeluarga. Saya ingat begitu walaupun sudah ramai juga yang mengatakan bahawa institusi kekeluargaan kini sudah mula retak dan ada unsur yang mahu menghapuskan sama sekali kewujudan institusi keluarga ini. Kita fikir-fikirkan.

Saya perhatikan dalam golongan orang Islam sudah sering kita dengari dalam berita ada orang yang tidak menjaga ibu bapanya. Mereka dihantar ke rumah orang tua-tua atau dibiarkan menderita keseorangan. Ada pula anak-anak yang tidak kenal langsung pada ibu-bapa  kerana sang bapa atau ibu meninggalkan anak-anak ini dalam jagaan orang lain atau jagaan rumah kebajikan atas berbagai sebab.

Keluarga adalah asas utama dalam menjana kesejahteraan hidup di dunia ini. Maka jika keluarga berpecah dan masing-maing nafsi-nafsi maka akan runtuhlah keharmonian yang kita dituntut dalam Islam untuk memeliharanya. Jika berpecah keluarga maka itu permulaan hancurnya agama. Ia itu dalam Islam fakta mentauhidkan Allah swt akan berkecai.(Na'uzubillah).

Maka saya selalu sahaja menitikberatkan isu berkeluarga. Harus ada kesabaran dan kebijaksanaan untuk memelihara institusi ini.

Antara yang saya dan kekawan rapat saya promosikan ialah gerakan menyokong dan membantu keluarga seberapa yang boleh dan sebarapa yang termampu. Maka itulah saya bawa tajuk entry saya ini mengenai menyantuni keluarga.... keluarga sendiri atau keluarga sahabat handai.

Semasa saya diTangkak baru-baru ini saya dan partner saya memastikan kami makan di kedai makan keluarga. Dalam foto di atas kami sarapan pagi di situ kerana ia berhampiran dengan tempat kami mengadakan mesyuarat dan latihan staff Tadika dan Taska SmarTop Subur Fitrah yang kami urus.
Alhamdulillah. Kedai makan ini kecil sahaja tetapi amat bermakna buat kami. Orang yang mengasaskan Rumah Makan ini sudah meninggal dunia dan kini ia diurus oleh waris yang setuju meneruskan usaha berniaga walau sekecil ini. Dari segi mencari Redha Allah, besar atau kecil tidak penting asalkan sahaja kita rasa bertanggongjawab dan ikhlas membantu kaum tua.

Sedikit sahaja cerita saya kali ini. InsyaAllah dikesempatan lain saya ingin berkongsi mengenai bagaimana anasir-anasir Dajjal yang sudah mula di rasai sedang memporak-perandakan Institusi keluarga dan Institusi-Institusi Islam yang lainnya di negara kita dan diluar sana. Antaranya ialah mereka memporak-perandakan sistem politik negara. Tujuan akhirnya ialah untuk memecahkan aqidah Tauhid yang sudah terbina.

Ini adalah tanda-tanda akhir zaman. Allahua'lam.


...................

No comments:

Related Posts with Thumbnails