Alhamdulillah. Allah masih kurnia kesempatan ikut anak-cucu bercuti-cuti Malaysia.
Foto di sebelah ini sedang naik train untuk putar-putar keliling The Lost World di Tambun. Kami tidak mampu jalan kaki. Yang berbaju T Shirt hijau itu anak menantu. Dialah yang urus suami saya.
Foto-foto berikut adalah apa yang saya dapat rakam dengan kamera yang tidak canggih. Sebenarnya ia lebih cantik dan agak mengkagumkan pandangan kerana keadaan alam dan hutan yang jarang-jarang kita dapat lihat dan hayati kecantikannya.
Sejurus selepas train berlepas dari station.
Tempat rehat bolih beli makan minum sangat hampir dengan station.
Mula-mula cuaca agak redup. Itu bukit tinggi sekeliling The Lost World.
Yang ini bukit-bukit kelihatan jelas.
Ada tasik yang cantik. Bolih berhenti melihat-lihat jika kita tidak bergantung pada train.
Ini antara yang dapat anak-anak lihat dan belajar nama haiwan ini.
Walaupun badak sumbu ini patung, ia nampak mengancam.
Saya suka lihat pokok-pokok besar.
Selain pohon-pohon menghijau, kita nampak juga limestone hills.
Mengancam kan?
Ada perumahan hampir dengan tasik.
Mengikut cerita-cerita lama, tasik ini ada haiwan seperti ular
yang dibuat raplika di sini.
Amat nyaman berjalan bagi yang punya kederat berjalan.
Malangnya kamera saya tak canggih. Pokok-pokok ini amat cantik.
Ada tempat khas bagi binatang haiwan yang bukan ukiran batu.
Megah sungguh Giraffe ini.
Juga burung ini. (Dah lupa nama) Ostrich?
Ada tempat berhenti berehat sembang-sembang.
Keindahan hijau boleh memukau......
Juga bunga puding ini. Membuat persekitaran nampak ceria.
Sampailah tempat mandi-manda. Ada juga yang airnya panas.
Saya melihat sahaja.
Sebahagian pengunjung. Sentiasa ramai berjalan, mandi dan sembang.
Pada petangnya saya berjalan kaki ke tempat "patting zoo".
Bolih pegang atau lihat dari dekat, beri makan dengan
pengawasan pekerja zoo.
Ini sudah amat hampir Maghrib. Ini suatu pemandangan yang amat indah.
Ini juga. "Mesmerizing" kata bahasa Inggeris.
Hiasan lampu malamnya amat menarik.
Saya hanya melihat tempat membela berjenis ular, yang bisa
dan yang tidak bisa.
Besarnya luar biasa. Kemudian saya habis kederat dan duduk rehat menanti
anak-cucu berkumpul untuk balik ke hotel.
Ini sudah jam 9 malam. Tempat ini tutup jam 10 malam.
Saya masuk jam 12 tengah hari. Daya ketahanan sudah menurun.
Harga tiket dewasa yang tidak on-line ialah rm85
dan rm75 untuk kekanak.
Saya berpendapat tempat rekreasi ini agak mahal.
Semua jenis makanan juga mahal.
Pengunjung tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman.
Tetapi tidak bererti mereka yang tidak mampu akan rugi
kerana tidak dapat berekreasi di sini. Banyak tempat lain.
Kita hanya perlu gunakan kerativiti berfikir
untuk mengoptimakan keseronokan hidup di dunia ini.
Tempat yang mahal bukan semestinya yang terbaik.
Eluk cari tempat yang lebih menepati syar'ie.
Bolih ? .......
.........................................
No comments:
Post a Comment