"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, April 16, 2019

Musafir ke Pattani.....@ yang susah dan yang mudah





Alamdulillah.... tidak saya terfikir untuk musafir ke Pattani pada tahun ini. Pada awal pagi 12 April suami dan saya dan dua orang teman akrab menaiki Starex menuju ke Thailand melalui Kuala Kangsar, Gerik dan Betong. Rasanya seperti ini suata kembara yang mudah dan saya lepaskan segala perancangan pada suami saya. Anak bongsu saya telah bersetuju untuk memandu kereta.

Mengapa pilih lalu Betong / Sadao. Saya ikut sahaja. Suami saya kata kenalan dari Naratiwat akan turun dari Bangkok (sedang bercuti) untuk menjadi pemandu kami di Thailand nanti kerana kami ingin juga ke Hatnyi dan songkhla sebelum pulang ke Putrajaya / Shah Alam.

Tetapi kekeliruan telah berlaku. Kenalan kami bernama Zahron telah menunggu kami di  Danouk. Bincang-punya- bincang kami bersetuju untuk berjumpa di Pattani di sebuah Hotel yang telah ditempah.

Dengan kekeliruan yang timbul kami lupa mengisi minyak kereta. Bukan ini sahaja masaalah yang tiba-tiba timbul. Saya telah dan anak dan teteman telah melepasi Immigration dan menunggu dalam kereta sementara suami saya mengurus kelulusan membawa kereta masuk ke Thailand.

Lama kami menunggu tetapi suami saya tidak muncul-muncul. Saya suruh anak saya bantu ayahnya kerana merasakan pasti ada masaalah. Tidak lama kemudian Suami saya suruh saya berada dengannya mengurus kemasukqan kereta.

Aduh!..... terkejut saya.

Rupanya kereta kami (anak perempuan saya punya) tidak selesai urusan pertama kali kawannya membawa kereta itu masuk Thailand. Kami katakan mustahil ada kes sebab kereta itu telah pun slesai diurus dan sudah keluar ke Malaysia pun. Kalu tidak masakan kami dapat bawanya masuk kali ini.

Aduh!..... terkejut lagi saya kerana katanya dalam komputer Kastam Thailand kereta kami itu seharusnya masih ada di Thailand. Semak-punya- semak nampak seperti kesalahan kami walhal kami percaya mereka yang tidak update maklumat setelah anak saya dapat selesaikan masaalah nya 2/3 bulan yang lalu.

Tetapi oleh kerana kami tiada bukti yang konkrit kami terima sahaja verdict mereka dan membayar denda jika mahu membebaskan kereta itu. Kami dikenakan denda Rm 1,340 bersamaan 60,000 Bahts.
Maka selesailah masalah dan kami dapat meneruskan perjalanan.

Dalam pada itu suami saya minta anak perempuan saya semak semula dari pihaknya.

Apa pun kami bersabar, bersyukur ada ujian dan terus menuju Pattani. Kami belajar redha atas segala ketentuan Allah.


Sebelum sampai Betong kami lalu Lenggong.
Saya foto dari kereta untuk mentetenteramkan rasa hati yang sedikit tersedih.
Tersedihlah juga sebab kena batalkan rancangan shopping  Hehee.




Tiga foto di atas adalah urusan Immigration dan Kastam.
Di sebelah Malaysia licin sahaja urusan.
Maka nampak saya dan teman tersenyum.

Anak lelaki saya ambil video urusan kami di Kastam Thailand untuk
 tunjuk anak perempuan saya sebagai ingatan untut lebih teliti
 dalam apa jua urusan.
Saya tidak dapat kongsikan di sisi.


Ini antara bandar yang kami lalui. Tidak ingat namanya.


Kami diberi tahu oleh seoran teman lain yang biasa ke Pattani mengikut jalan 
yang saya ikut bahawa jalan itu amat banyak selekoh curam.
Alhamdulillah. Suami saya memandu ok. 


Selepas melalui jalan yang amat merbahaya bagi pemandu yang
 kurang pengalaman lebih kurang sejam  maka sampailah kami ke sebuah 
sungai seperti dalam foto ini.


Kami merakam foto-foto dan hilanglah segala rasa kepenatan dari
 pengalaman di Kastam Thailand tadi.


Foto ini untuk suami saya yang malas keluar kereta.



Amat cantik alam yang belum dirosakan Manusia. Di atas ini nampak bot laju
 yang lalu di situ. Tetapi kamera saya tidak dapat rakam keaslian cantiknya.


Kami singgah disebuah Masjid baru dibina. 
Alhamdulillah Allah masih beri peluang 
terus memohon doa musafir kami diberi laluan mudah.
Kelihat difoto suami saya sedang pakai kasut.


Perjalanan jauh lagi dan hari pun hampir senja.



Kami tiba di Pattani barulah kami makan tengah hari / makan malam sekali.
Tidak mengapa kerana sepanjang kami makan bekalan dari rumah.


Dan saya rasa lega Alhamdulillah.


Lepas itu kami check in di C S Hotel Pattani.
Kelihatan suami saya menguruskannya dengan dibantu oleh Zahron
yang membantu kami.


Anak saya berlegar menanti bilik.
Hotel ini cantik buat saya. Hanya Rm 130 semalam termasuk sarapan pagi.



Kami ambil kesempatan merakam kenangan.


Ini bilik kami. Saya buat persedian solat sambil suami saya berbuat sesuatu
untuk program esuk harinya.


Ini sarapan esuk harinya. Malam sebelumnya suami saya bersembang dengan
kedua teman saya dan Zahron. Saya pilih untuk tidur.


Ini Zahron yang membantu kami.
Ia selalu datang Malaysia kerana belum selesai
 program PHDnya di University Malaya.
Kebelakang ini ia bermalam dirumah saya apabila berurusan di University.
Alhamdulillah dapat meluaskan Silaturrahim.


Sarapan pagi banyak pilihan yang sedap-sedap. "Halanan Toyiban"
Alhamdulillah. Nikmat Allah itu luas.



Kebetulan kami bertemu pengunjung lain yang tinggal di hotel sama. 
Mereka suami isteri dari Kota Baharu.
Panjang sedikit perbualan kerana sang suami itub dahulu
 bekerja di Kementerian Pendidikan.
Dunias kita semakin kecil.




Foto di atas adalah kawasan dalam hotel. Comel dan selesa.
Saya rakam untuk kenangan.


Esuk paginya kami berkemas-kemas untuk ke Songkhla pula.
 InsyaAllah saya sambung cerita.
Semoga sihat-sihat.


................................

No comments:

Related Posts with Thumbnails