Saya bersabar dan tawakal pada Allah dan berdoa semoga mereka
yang mahu sangat menerajui kepimpinan negara akan mendapat
taufiq dan hidayah Allah swt.
Dalam keadaan kemelut Covid19 sekarang ini agaknya
ramai yang "jam" berfikiran.
Allahu'alam.
Saya alihkan minda saya ke video yang saya kongsikan pagi ini.
Lihat santai dan dalam hati memohon semoga kemelut politik ini berakhir
dengan suatu yang terbaik buat Rakyat....terbaik di sisi Allah.
Lepas ini saya akan turun ke dapur semoga masih ada rezeki yang mencukupi.
Sama-sama kita berdoa semoga Allah swt tidak murka kerana
mereka yang sangat bising bicara politik agaknya tidak pernah merasai
apa itu kelaparan dan kesakitan.
Saya sangat takut dan sedih kerana teringatkan semasa saya membesar
dulu saya pernah makan nasi hanya sekali dalam sehari.
Alhamdulillah arwah Bapak saya rajin menanam ubi keladi keledek dan
kami tidak mewah tetapi mencukupi untuk hidup.
Rakyat Malaysia kini
(dalam keluarga besar saya sekarang ada juga yang perlu bantuan)
menghadapi kesulitan membeli bekalan makanan.
Saya senayap-senyap berdoa semoga masih ada
rasa kasihan di hati-hati kepimpinan negara untuk beralah dan berbaik-baik
sangka demi kesejahteraan rakyat.
Mengalah buka erti kalah. Orang yang bijaksana boleh mengalah
kerana dalam kehidupan ini tidak ada manusia yang
pandai dan bijak dalam semua hal.
Berkongsi dan tolong menolong itu akan lebih bermunafaat
dalam usaha menyelesai masaalah yang ada
terutama sekali masalah kehidupan rakyat yang serba fakir miskin.
Allahu'alam. Pada Allah kita mohon pertolongan dalam semua hal,
besar atau kecil.
Semoga Allah mengampuni segala kelemahan dan kekurangan kita
dan semoga Allah akan mendengari doa-doa kita
demi mencari Redha Allah swt jua.
No comments:
Post a Comment