"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, August 6, 2021

JANGAN SIBUK SANGAT SIAPA SALAH, SIAPA BETUL BERKUASA DI MALAYSIA .....@BERSIAPLAH | Inilah TANDA KIAMAT yang sudah Terjadi ??? Perbanyak Ibad...


Bismillahgreen.jpg


Alhamdulillah, kita sampai lagi Hari Jumaat, hari yang Mulia dalam Islam.
Alhamdulilah kita sentiasa bersyukur dan pagi ini kita masih melihat
 matahari terbit di tempatnya dan insya Allah kita sampai
 ke petang dan semoga dapat mengikuti Video yang saya kongsikan di atas.

Video ini amat panjang seperti tidak ada penghujungnya.
Jangan risau. Ikuti sahaja selama setengah jam dan insya Allah
 kita akan dapat gambaran yang comprehensif
 megenai fakta akhir zaman.
Ikutilah. Saya yakin ia lebih munafat dibanding asyik
 mendengari video pergaduhan antara pemimpin politik
 di negara kita dan diluar sana.
 Di luar sana adalah mengenai siapa yang
 harus berkuasa di dunia dan ada negara Islam yang berpendapat kita harus berbaik-baik dengan Israel kalau mahu berjaya
 menguasai kemewahan dunia.
Di Malaysia para Pemimpin dan pegikut-pengikut yang setia
 masih mahu "berkelahi", masih mahu berhujah dan
 masih mahu menegakan 
fakta yang belum pasti kesahihannya.

Saya berpendapat kita fahami dengan serious fakta Akhir Zaman
 supaya kita tidak ghairah bertengkar sesama Islam
 siapa yang patut berkuasa memerintah negara dalam keadaan
 kemelut wabak COVID19 yang belum dapat dikawal sepenuhnya. 
Saya yakin (insyaAllah) kemelut Covid 19 ini akan ambil masa
 setahun dua lagi untuk betul-betul dapat di atasai.
Maka saya berpendapat mengapakah kita asyik
 sahaja bercakaran hari-hari 
cuba memenangkan pihak yang sama pemikiran di akal sahaja.
Berfikaran dengan akal sahaja tidak mencukupi jika kita tidak
 indah lagsung dengan kesucian dan keikhlasan hati
 bahawa perjuagan kita adalah semata-mata
 kerana Allah dan bukan selain itu.

Maka saya rekomenkan kita semua lihat video di atas untuk
 mengimbangi perasaan hati kita menjalani hidup di dunia hari ini.
Kita semua akan mati,
 sekarang atau semasa kemelut Akhir zaman yang lebih dahsyat 
atau pun di hari Qiamat yang tepat pada tarikhnya
 yang sudah amat hampir tetapi kita tidak tahu detik sebenarnya.
 Itu atas kuasa Allah swt sahaja yang amat mengetahui 
dan amat berkuasa atas segalanya.
Maka JOM kita bertaubat dan muhasabah diri dan semoga 
Allah menurunkan pertologanNYA dan kita lebih rasional dalam
 pemikiran kita dan tidak semata-mata mengikut apa yang
 kita lihat dan mengikut logik fikiran sahaja. 
Tidak semua yang logik itu benar. Percayalah. Jangan keliru.

Sudah banyak video yang terbit dalam berbagai Channel.
 Namun tidak rugi mengikuti yang ini semoga kita sentiasa menginsafi diri 
dan sentiasa ingat bahawa hidup ini adalah suatu ujian dan
 ada banyak fitnah yang tersebar yang boleh
 menyesatkan kita dan menyukarkan hidup kita.
Kata Ustaz kita harus banyak beramal, bermunajat untuk mendapat kurniaan
Taufiq dan Hidayah Allah swt  dan semoga selamat sejahtera
di dunia hingga ke akhirat.
Aamiin ya Rabb....


No comments:

Related Posts with Thumbnails