Amru Fathullah dan Tok Ayah hari pertama ke sekolah.
Sekarang belajar on line di rumah.
Ramai keluarga besar saya yang terkesan akibat wabak Covid19 ini.
Kami pakat-pakat tolong menolong sekadarnya
mengikut kemampun yang ada.
Saya katakan pada ahli keluarga besar bahawa rintihan hati
kita luahkan pada Illahi yang sentiasa mendengari harapan
hamba-hambanya. Hanya pada Allah kita mengadu hal
yang sebenarnya dan hanya padaNYA sahaja kita menaruh harapan
yang sebenar-benarnya
.
Diumur tua ini saya meminta seorang anak
dan cucu-cucu tinggal bersama.
Saya dan suami amat memerlukan pertolongan dalam hidup harian.
Seorang cucu yang baru masuk tahun 1 di sekolah Rendah Precint 8
Putrajaya kini di rumah dan belajar on line.
Cucu yang ini lambat bertutur dan kekayaan bahasa
jadi sedikit masaalah.
Tetapi saya nasihat ibunya banyak bersyukur
atas apa jua kurniaan Allah.
Setiap ujian bersamanya ada kemudahan.
Alhamdulillah atas semua kurniaan Allah yang menjadi asabab kita
dapat menjalani hidup dengan keselesan yang kita usahakan.
Kita harus bersabar dan banyak berdoa semoga
Allah swt mudahkan segala urusan.
Sehubungan ini kekadang terlintas dihati saya yang belum sempurna
ini bertayakan mengapa ahli-ahli politk dan pemimpin politik dan
semua penyokongnya bertindak tidak bersabar menjalani hidup
berhadapan dengan Covid19 ini.
Seluruh dunia bermasalah.
Tetapi terlintas juga difikiran saya sama ada mereka ini
hanya mengguna asbab Covid19 sebagai alasan untuk
berjuang dan berkerja keras semata-mata untuk mendapat kuasa
kepimpinan politik yang dijangka dapat
membahagiakan hidup di dunia ini.
Saya tidak selesa dengan lintasan-lintasan dalam hati saya
kerana kata ustaz itu tanda Iman belum kuat di dada.
Masih mahu berburuk sangka. Cepat-cepat beristighfar.
Semoga Allah swt angkat segala masaalah yang ada dan rakyat
dapat hidup sempurna dengan tenang
dan tanpa stress. Tidak mengapa ada masaalah,
tetapi kita dapat menyelesaikannya.
Sekarang ini musim Allah swt menurunkan masaalah yang agak berat
yang tidak pernah kita alami dahulu. Namun saya sudah biasa
dengan hidup susah sebab bapak dan emak saya
pendatang dari Tanah Jawa.
Dahulu pernah makan ubi keladi keledek sahaja
dan nasi jarang-jarang sekali. Semasa di sekolah barulah agak selesa
sedikit sebab kakak-kakak saya dapat menjadi guru. Alhamdulillah.
Saya anak bongsu dari lapan adik beradik.
Dalam keadaan hidup agak susah ini saya minta keluarga besar saya
belajar berjimat cermat dan belajar makan seharian sekadarnya sahaja.
Kita cuba ikuti contoh-contoh orang-orang yag kuat berjihad
dan tetap bersabar. Saya dan keluarga besar belum sampai ketahap itu.
Namun dalam group Whatsapp Legasi Warisan kami cuba mendorong
semangat untuk bersabar dan hidup seadanya.
Dalam pada itu saya secara peribadi amat berharap dan berdoa
pemimpin-pemimpin Negara kita menunjukan contoh yang
luar biasa seperti sahabat-sahabat Rasulullah saw.
Jika dapat berbuat begitu semoga Allah mengasihani kita semua
dan mengangkat segala masaalah yang ada.
Kalau masaalah masih berterusan walaupun sudah berusaha
sedaya upaya, kita redha atas segalanya kerana Rahmat Allah itu
datang dalam berbagai bentuk dan rupa.
Kita berusaha meneruskan hidup tanpa stress dan kesedihan.
Semoga Allah mendengari rintahan dan harapan hati ini
semoga dalam umur yang sudah amat sedikit ini Allah kurnia
kasih sayang yang tidak terhingga.
Aamiin ya Rabbal aalamiin.....
No comments:
Post a Comment