SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA.
SEMOGA ALLAH SWT
SENTIASA MEMELIHARA KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN
RAKYAT SEMUA.
KITA MOHON BELAS KASIHAN DAN KASIH SAYANGNYA.
Allah Humma Aameen.
JOM kita menenongkan sejenak erti merdeka yang sebenarnya.
Mungkin kita jauh dari syirik nyata. Ampun Ya Allah.
Tetapi kita belum kenal Allah sebenar-benarnya dan kita tidak tahu
apa nilaian Allah swt keatas kita sebenarnya.
Rasa takut memikirkannya.
JOM kita ikuti ceramah-ceramah yang menjelaskan erti
Syahadah Tauhid
dan lain hal yang berkaitan dengannya.
Saya nak cerita dan menjelaskan pun tidak pasti kesahihan ilmu
di minda dan hati saya. Rasa sedih memikirkannya.
Semoga Allah masih kurnia ruang dan peluang untuk memahami lebih halus lagi siapa kita di sisi Kebesaran yang Maha Pencipta dan siapa kita di sisi Rasululla saw sejatinya.
Semoga Allah menunujuki jalan yang selama ini
kita tidak tahu jalan itu sebenarnya.
Kita hanya faham yang fisik2 sahaja.
Bertuahlah bagi mereka yang sudah sampai ketahap itu.
Saya masih tersekat-sekat dalam usaha dan rasa sedih
kerana usia sudah sangat jauh perjalanannya.
Semoga Allah swt mengurnia limpah RahmatNya yang tidak terhingga
dan semoga di akhir hayat kita bahagia hingga Allah Izin bertemu
denganNya melalui syafaat Rasulullah saw KekasihNya.
Aameen ya Rabbal Aalameen.
No comments:
Post a Comment