Saya Sayang Malaysia.
Pada tahun 1969 saya masih menuntut di University Malaya, Faculty of Economics and Administration. Apabila tercetus peristiwa bersejarah yang semua warga Malaysia tahu, saya tidak rasa bingung dan takut.
Saya dengari sahaja nasihat abang saya yang semasa itu bertugas dalam Tentera DRaja Malaysia dan hanya cerita-cerita darinya yang membuat saya rasa tidak takut kerana katanya kita tidak perlu bimbang kerana tindakan Kerajaan teratur. Saya tidak ada pengalaman hidup maka saya akur.
Saya mula bekerja dengan Kerajaan Malaysia pada tahun 1972 dalam Perkhidmatan PTD. Saya tidak rasa bingung dan keluarga besar saya pun melalui kehidupan aman damai. Itu ingatan saya. Peristiwa-peristiwa perkauman tidak dibesar-besarkan dan secara umum rakyat rasa aman.
Peristiwa itu menukar Wajah Malaysia. Semua kaum dapat bertolak ansur. Saya tidak mendengari peristiwa negatif yang membuat Rakyat sakit jiwa dan stress.
Lima Puluh Tahun berlalu......
Hari ini peristiwa serangan wabak Covid19 pula. Kini saya berumur 76 tahun ikut kiraan Hijriah. Alhamdulillah saya masih sihat sekadarnya secara umur tua. Tetapi saya rasa agak bingung mendengari apa yang berlaku di sana sini, terutamanya kontroversi bagaimana mahu menangani wabak ini. Saya sudah dipinggiran tetapi saya masih sedikit-sedikit buat perbandingan cara kepimpinan Negara menangani masaalah ini. Kedua masaalah di atas tidak sama, tetapi saya rasa serupa kerana ia menyentuh kehidupan rakyat secara menyeluruh.
Kenapa agaknya kita merasakan kepimpinan tidak boleh bertolak ansur demi kemaslahatan rakyat, demi kesejahteraan negara untuk jangka panjang. Mungkin kerana Rakyat Malaysia sudah ramai yang bijak pandai, dan sudah ramai yang tahu hak masing-masing. Kebebasan bercakap dan berbagai kebebasan tidak dapat ditolak ansur kerana semua ada kepentinag yang harus di jaga.
Kalau kepimpinan paling atas pun bertukar, kita harus ambil kira juga bahawa bilangan dan kepakaran Perkhidmatan Awam masih yang sama. (Melainkan kita ada kewanagn yang besar yang boleh membuat perubahan yang segera dan signifikan).
Banyak yang saya ingin sebut, tatapi sampi disini sahaja. Siapa yang mendengari pendapat warga tua yang tidak ada gelaran penghormatan dari Istana. Saya tidak iri hati kerana saya berkhidmat dalam kerajaan kerana Allah dan sekarang saya tidak mahu rugi mengeluarkan pendapat yang hanya dari pinggiran. Apabila sudah tua, masa amat terhad dan semoga kita dapat buat pilihan yang terbaik di sisi Allah jua. Namun saya terus berdoa semoga Allah kurnia kepimpinan di semua peringkat yang akan akan berjuang kerana Allah dan bukan selain itu.
Allhu'alam. Dan kepada Allah sahaja kita mengharapkan pertolongan. Semoga kita semua sihat, kuat, berIman dan berTaqwa dan semoga Allah kurnia Syurga Firdaus tanpa hisab di akhir kehidupan ini.
Aamiin ya Rabbalaalamiin...
No comments:
Post a Comment