Alhamdulillah, dapat memulakan semula usaha menulis blog untuk mengasah minda agar tidak lembab kini umur sudah larut senja.Kebelakangan ini berlaku peristiwa-peristiwa hidup yang selalu didoa untuk tidak berlaku tapi kini menjadi kenyatan. Pengalaman yang baru dilalui ini amat sayu untuk dikenang. Ada kalanya rasa marah, ada kalanya rasa khuatir dan ada kalanya rasa kecewa. Namun rasa hati sebegini tidak menafikan bahawa diri ini hak mutlaq Allah SWT dan sebagai seorang yang mahu diitiraf hamba harus muhasabah diri agar tidak keterlanjuran dalam memikirkan sesuatu dan tidak keterlanjuran dalam memperkatakan sesuatu.Doa ini sentiasa diulang-ulang semoga hidup ini sentiasa berada dalam landasan redha Allah.
Pernah didengari kata-kata hikmah "hidup ini terlau singkat untuk diguna untuk mengenang dan memikir hal-hal yang menyedih dan mengecewakan hati".Banyak perkara yang Allah suruh yang belum dilaksana dan terlaksana. Banyak janji-janji pada diri yang belum ditepati dan banyak cita-cita yang masih tersimpan dalam hati.
Sentiasa teringat pesanan guru jangan cepat rasa sedih dan kecewa, kerana apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kalau yang berlaku ini adalah merupakan kifarah dari Allah atas dosa-dosa diri, maka maghfirah Allah dipohon dipinta semoga segala yang pahit dan pedih berakhir di sini sahaja Jika yang berlaku ini merupan ujian Allah atas hambanya, maka dipohon semoga Allah kurnia kesabaran dengan harapan diri ini dapat mencapai maqam keikhlasan yang tertinggi adanya. Begitu juga kalau ia qadha dan kadar dari Allah maka diri ini memohon agar hati ini redha dan Allah meredhai segalanya.Jika ini adalah cara Allah maha Bijaksana untuk menunjukkan kasih sayangnya, maka setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadratnya kerana dapat menyedari betapa Allah "menzahirkan" kasih sayangnya berbeza dari cara makhluknya. Syurga Firdaus semoga menjadi tempat kembali untuk kesejahteraan yang abadi dan mulia.
Rasa marah, kechewa, hampa dan sedih sayu pada sesuatu yang agak tidak menyenangkan jika berlaku pastinya ada pada manusia biasa.Namun ia tidak seharusnya menguasi akal fikiran dan minda serta emosi hingga terhenti segala tindakan positif yang sedang dan akan dilaksana. Jika berlaku sedemikian rupa pasti kerugian akan menimpa dan akan hilang lenyap segala kekuatan untuk terus maju kehadapan. Nasihat guru terngiang-ngiang diingatan supaya sentiasa peka bagaimana iblis syaitan cuba menggoda, cuba memporakperandakan cara membuat pertimbangan akal yang saksama dan bijaksana. Manusia rata-rata mempunyai ego. Ini perkara biasa kerana setiap diri pasti ada rasa mahu mempertahankan harga diri seperti yang dikehendakkinya.Jika hilang rasa harga diri akan dikhuatiri ia akan menimbulkan rasa tidak bermaya untuk terus menjalani hidup ini dan akan menyembunyi diri. Ini adalah bentuk trauma yang selalu diperkatakan sebagai "depression". Sesaorang seharusnya tidak menganiaya diri dengan "self-pity", ia itu mengasihani diri sendiri. Fenomena ini akan menenggelamkan kita dalam dalam kehidupan yang hanya memakan diri dan berbagai penyakit yang zahir dan yang batin akan datang mengerumuni dan menghisap segala keceriaan yang ada pada diri. Akan timbul kemurungan yang membawa kita jauh dari rakan teman dan sanak saudara serta jiran.
Setiap kita harus membina benteng agar perkara seperti ni tiadak berlaku dan jika berlaku harus pandai memujuk diri agar tidak berlarutan kerugian seperti ini.Harus ada kesedaran bahawa rasa mahu sentiasa dihargai terutama dari orang yang kita kasihi seperti anak-anak dan suami timbul dari naluri tamak dihati.Kata guru rasa tamak bukan semestinya pada harta kekayaan semata-mata.Rasa mahu pengitirafan dari manusia lain adalah juga bentuk manifastasi rasa tamak kerana ego kita sentiasa mahukan pujian dan perhatian.
Cara kita membina benteng untuk diri semoga tidak terperangkap dengan fenomena ini akan kita catat dilain kali.Semoga Allah masih memberi ruang dan peluang untuk berbakti.Amin.

No comments:
Post a Comment