Bila agaknya diri ini dapat memulakan catatan minda dan luahan hati dari generasi usang ke generasi mendatang.Sejak tahun 2000 berbagai peristiwa yang membuka minda dan mencuit perasaan telah berlaku, tetapi masih belum ada ilham yang dapat mencatat terus pengalaman-pengalaman yang mendidik hati dan melahirkan kebijaksanaan untuk dikongsikan dengan sesiapa pun yang hidup sealiran. Untuk hari ini dicatat satu sajak yang pernah ditulis semasa ibu tersayang dalam saat-saat terahir berada di alam nyata ini.Catatan ini sebagai interlude dari hati "kehati" satu generasi kesatu generasi.
Ibu Tersayang,
Hari ini ku katakan lagi
Betapa rasa bertuah punya Ibu tercinta
Betapa rasa terpilih puny Ibu teristimewa
Kan ku beritakan pada semua sedunia
Ibu ku tak secantik puteri di Istana Raja
Tak sepintar cendiakawan di rantau sana
Tak setangkas wanita gelaran juara.
Namun Ibu ku tetap punya cita-cita bagi anak-anaknya
Kelemahannya adalah kekuatannya
Punya jiwa pejuang yang berani menerima cabaran
Berani bertanya untuk mencari jalan
Berani berbicara untuk menegakkan kebenaran
Ibu Tersayang,
Hari ini ku katakan lagi
Betapa aku bersyukur punya Ibu
Yang sentiasa di sisi membelai kami
Walaupun dalam usia yang sebegini
Masih ku ingat pekikkan Ibu memarahi
Masih ku ingat telinga ku dipulas jejari
Masih ku ingat sebatan rotan ditubuh ini
Rupa-rupanya itu tanda kasih tak berbelah bagi
Ibarat terbina kubu penyelamat untuk hari nanti
Ibarat terbina benteng untuk tidak terjerumus rugi
Menjadikan hari ini sebenarnya bahagia
Memahami erti hidup sebenarnya
Menyedari akan hakikat kesudahannya.
Ibu Tersayang,
Walaupun tidak lagi kita berbicara dari hati ke hati
Kerana umur mu terlalu lanjut dan tenaga mu tiada lagi
Namun kehadiran mu tetap penuh bererti
Lambang berkat Rahmat yang Esa bagi kami
Kau masih teguh, masih jati, masih memberi inspirasi
Rangsangan mu masih membanjiri ingatan sanubari
Masih memancarkan dorongan untuk tidak mengenepi diri
Mencapai impian yang masih belum tercapai
Menyudahkan perjuangan yang masih belum selesai
Menyempurnakan kewajipan agar bahtera hidup tidak tersadai.
Ibu Tersayang,
Hari ini kau tidak lagi memarahi
Tidak lagi memekik teriak memanggil kami
Namun kami tahu Kau mahu kami di samping mu memerhati
Melalui sentuhan mu kita berbicara hati ke hati
Sentuhan selembut sutera yang menjalin seribu erti
Betapa akan kehilangan bila kau pergi
Akan kesunyian dan kesepianlah kami
Tiada lagi tempat mengadu dan hati ini akan sepi
Walaupun usia kami pun sudah lanjut sebegini.
Namun, Ibu Tersayang,
Ribuan nasihat mu yang dahulu tetap kami ingati dan turuti
Pusaka budi yang luhur tetap dihargai
Kan disimpan rapi di sudut hati ini buat warisan anak cucu bergenerasi
Akan kami ceritakan segala wasiat falsafah merantau diri
Agar tidak mengenal penat lelah, maki dan caci
Bumi ini milik Allah buat sesiapa yang tulus hati
Mengorbankan masa, tenaga dan membela maruah diri
Di Perantauan, di mana jua jika Allah disanjung tinggi
Hidup ini tidak sia-sia dan tidak rugi
Ibu Tersayang
Kami amat terhutang budi
Jasa mu unggul dan sentiasa kami sanjung tinggi
Kepangkuan Allah kami pasrah Ibu dalam doa kami
Tidak putus-putus walau pun longlai diri ini
Tidak akan terbalas segala penat lelah mu mengorbankan diri
Ibarat lilin membakar diri agar kami diterangi
Semoga Allah kurnia doa mu tidak putus untuk kami
Bekalan sepanjang hayat agar kami dapat berbakti
Dan ganjarannya untuk mu setakat yang mampu dari kami.
Ibu Tersayang
Tiada mu dari pandangan pun kami sudah rasa kerinduan
Apatah lagi nanti bila kau pergi bertemu Ar Rahman
Semoga Ibu mendapat tempat yang istimewa di Taman-Taman
Syrga ciptaan Allah dengan para Siddiqin dan Solihin sebagai teman
Semoga kami di iktiraf anak yang soleh dan doa kami kesampaian
Buat Ibu Tersayang...........

No comments:
Post a Comment