"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, March 26, 2011

GARUT, KAMI DATANG LAGI



Tugasan selepas umur enam-puluhan amat mencabar minda dan hati dan tenaga yang makin hari makin berkurangan. Itu yang saya renungkan dalam penerbangan ke Bandung pada 21 Mac yang lalu. Doa tidak putus-putus saya panjatkan pada Ilahi semoga sihat dan dapat melaksana tugas dengan selesa.

Saya renungkan kekuasan Allah yang membolehkan saya "terbang" ke Bandung. Sudah beberapa kali saya ke sana tetapi kali ini ia membuatkan saya berfikir dengan kesedaran yang menyentuh perasaan tentang cara kita memunafaatkan umur kita. Sering saya katakan pada anak-anak: Jangan bertangguh untuk berbakti pada orang lain. Jangan kita sentiasa memikirkan diri dan keluarga sendiri sahaja. Jangan kita takut untuk meluangkan masa, wang dan tenaga untuk membantu orang lain. InsyaAllah, Allah akan memberkati hidup kita dan akan mencukupkan kesemua keperluan kita. Dalam umur muda saya, kepedulian seumpama ini seperti tiada. Apa yang berlaku di sekeliling saya juga tidak membantu saya peka kepada hakikat hidup menyumbang pada yang tiada.

Alhamdulilah, sekarang ini Allah masih beri peluang pada saya untuk berbakti tanpa mengira kekurangan yang ada. Pada hari  itu saya dan dua teman seperjuangan mendarat di Bandung dan setelah berurusan ringkas di sana kami ke Garut untuk menyambung tugasan yang perlu dibereskan.

Perjalanan ke Garut dari Bandung mengambil masa 3 jam pada kebiasaannya. Jalanrayanya sempit dan berliku-liku dan tarafnya jauh lebih rendah dari yang ada di Malaysia. Sebab itulah orang di sana tidak terperangkap dalam zon selesa. Kami sampai lewat malam kerana keadaan jalanraya sesak disebabkan suatu kemalangan. Perjalanan malam itu dalam hujan  yang agak lebat mengambil masa hampir 6 jam. Ujian Allah bermula untuk saya terus yakin bahawa tugasan ini akan membawa munafaat yang tidak terkira nilainya. Inilah harapan yang disemat didada untuk terus berusaha.


Cuaca di Garut sejuk dan nyaman. Teringat semasa tinggal diluar negara semasa musim bunga. Hilang penat lelah perjalanan malam yang menguji kesabaran dan keyakinan. Maka selepas minum pagi saya segera mengambil foto untuk kenangan sebelum terus ke daerah Situwangi temapt tugas kami.

Ini pemandangan dari chalet tempat menginap selama di sana. Saya turunkan juga disini bunga-bunga yang saya gemari yang dijaga rapi oleh yang empunya, iaitu Sari Papandayan Resort yang di sekelilingnya pemandangan yang indah belaka. Tugasan kehadapan yang berat rasa ringan kerana keindahan suasana membantu memudahkannya.

Dua teman seperjuang di Chalet yang sama.

Matahari terbit dilihat dari tingkap tempat saya berada.









Walaupun tugasan kami agak rumit tetapi suasana sekeliling yang indah nyaman meringankan beban buat seketika. Minuman pagi kami pilih jus Strawberry  yang dicampur sesusu. Enak sekali, kata petugas kami di Garut. Majoriti penduduk di sini adalah keturunan Sunda dan makan mereka agak manis sedikit, walaupun ayam goreng. Tidak mengapa, ini mengayakan cita rasa dan pengalaman  mengembara.

Maka jika ditanya: NIKMAT ALLAH YANG MANA YANG MAHU KAMU DUSTAKAN?
Pastinya jawabnya: TIADA. SUBHANALLAH.(Maha suci Allah).
Setinggi-tinggi kesyukuran atas segala nikmat dan semoga pengabdian kami Allah terima sehingga akhirnya.


No comments:

Related Posts with Thumbnails