"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, April 24, 2012

MAKA TIDAKKAH KAMU MELIHAT?





Kembara untuk bersantai di hati, melihat keindahan bumi ciptaan Allah yang jarang sekali mendapat peluang untuk menghayatinya adalah juga suatu yang mencemaskan fikiran, terutamanya diusia ini. Teringat laluan-lauan hidup yang dahulu yang tidak pernah terlintas di hati betapa Allah melimpahkan kasih sayangnya melalui ciptaannya yang terbentang luas dihadapan mata kita. Tidak teringat Allah dalam ciptaannya.Sekarang hanya mampu memohon keampunan semoga tertebus segala dosa  kelalaian.  Segala puji hanya bagiNya dan maha suci Dia dari segalan penyekutuan.

Allah kurnia segala rahmatNya di atas  muka bumi ini berbeza. Namun kurnian Allah ada yang sama walaupun tidak serupa, dan ada juga yang terus berbeza. Bila melihat ciptaan Allah yang mengkagumkan dari permulaan pengembaraan hingga keakhirnya saya ingat-ingat apa yang Allah turunkan dalam Surah Ar Rahman.


Kami dibawa keberbagai tempat peranginan. Cantik-cantik belaka untuk berjalan-jalan santai walaupun kadangkala agak sukar bagi saya kerana mendaki jalan yang kearah bukit. Tetapi itu nikmat Allah kerana ia baik bagi saya yang perlu mengaktifkan badan kerana masih banyak tanggongjawab yang belum sempurna. Takut masa tidak mencukupi. Hanya doa yang kami panjatkan pasti semoga perjalanan hidup ini membawa ke destinasi yang diredhai.


Surah Ar Rahman ayat 1-13 adalah seperti berikut dengan maksud yang jelas. Namun untuk mendapat menafaat sepenuhnya kita harus mendapatkan tafsiran dari Guru yang mursyid.



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Dialah yang telah mengajarkan Al Quran
Dialah yang telah menciptakan manusia,
Dialah yang telah membolihkan manusia memberi dan menerima penyataan.
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
Dan tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu kayan, masing-masing tunduk menurut peraturannya.
Dan langit dijadikan tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan;
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta jangan kamu mengurangi barang yang ditimbang.
Dan Bumi pula dijadikan rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhluk yang lain;
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang,
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun dan terdapat lagi bunga-bunga yang harum.
MAKA YANG MANA SATU DIANTARA NIKMAT-NIKMAT TUHAN
 YANG HENDAK KAMU DUSTAKAN?



Alhamdulilah, dalam pengembaraan ini kami sentiasa berdoa untuk sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah telah kurnia. Kita diuji dengan kesenangan dan kesulitan kerana ia mahu menempatkan kita di tempat yang tinggi di sisiNya. Semoga kami dapat bersabar dengan segala ujian. Kami diingatkan untuk sentiasa bertaubat atas segala kelemahan dan kekurangan dan semoga pengalaman di bumi Seoul ini akan dapat meninggikan  rasa kesyukuran kami dan terus bertekad untuk berbuat amalan yang baik dan meninggalakan yang buruk. Semoga Allah memudahkan perjalanan hidup yang seterunya dan sentiasa dalam Rahmatnya.
Kami berdoa semoga nampak dengan mata hati semua yang kami lihat dan dapat menghayati hakikat sebenarnya akan Kebenaran Allah yang maha besar dan maha berkuasa.
Semoga kami tidak lalai dan dilalaikan dengan keindahan dunia dan semoga menyedari hakikat bahawa dunia hanya tempat membuat persediaan untuk akhirat yang kekal selamanya.

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
And We have certainly created for Hell many of the jinn and mankind. They have hearts with which they do not understand, they have eyes with which they do not see, and they have ears with which they do not hear. Those are like livestock; rather, they are more astray. It is they who are the heedless.

Dan sesungguhmya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari Jin dan Manusia yang mempunyai hati yang tidak (mahu) memahami dengannya (ayat-ayat Allah) Dan mempunyai mata yang tidak (mahu) melihat (dengan bukti keesaan Allah) dan mempunya telinga yang tidak (mahu) mendengar dengannya (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; Mereka itulah orang-orang yang lalai.

....

8 comments:

Temuk said...

Assalamualaikum
Terima kasih di atas entri yang indah itu. Semoga soalan agung dalam surah ar-Rahman itu terus mengiang-ngiang di cuping kita, sepanjangan - soalan "yang mana satukah nikmat Allah yang mahu kita dustakan". Semoga yang indah berterusan kita endahkan.

Werdah said...

Assalamu'alaikum kak

Semoga kak sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya.

MasyaAllah n subhanallah.. sungguh indah penciptaanNya, segala-galanya menunjukkan betapa kamal, jamal dan jalalnya Allah SWT.

Saya tumpang menghayati keindahan itu.. terima kasih kak.

Ya kak, hidup kita adalah ujian, semoga kita dapat menjalaninya dengan keimanan yang teguh.

Surah Ar-Rahman.. di sana ada 31 ayat yang Allah ulang tanya kita (satu jumlah yang bukan sedikit), mana satukah nikmat yang kita dapat dustakan?

Semoga kita sentiasa ingat akan nikmat yang diberikan dan sentiasa mensyukuriNya.. amiin

Makbonda Hasimah Hj Zailani said...

Assalamualaikum,

Walaupun saya tak sempat komen pada post yang lepas,saya tetap mengikuti.

Saya juga mendapat tempiasnya seperti juga Kak Werdah.

Sangat bermunafaat dan memunafaatkan.Terimakasih Allah yang membawa saya ke sini.

ngasobahseliman said...

Terima kasih Pak Temuk sudi mamper. Sejuk hati mendengari komen Pak Temuk. Sama-sama kita doa kita sentiasa di jalanNya. Salam.

ngasobahseliman said...

Salam Werda. Semoga Werda pun sihat-sihat belaka.Ketenanagan hati tidak semestinya dirasai ketika kembara santai jalan-jalan makan angin. Semoga hati-hati kita terpaut padaNYA di mana jua. Saya suka baca entry dalam Bankit kembali. Saya tak mampu tulis seperti itu. TQ berkongsi ilmu.

ngasobahseliman said...

Salam Hasimah. Terima kasih singgah. Cuma nak tambah cerita. Kalau Simah suka mengembara, buat sekarang masa muda badan kuat lagi. Jangan tunggu umur macam saya. Letih selalu. Sampai hotel terus tidur sahaja. Tak ada ronda-ronda. Hee, hee....

Makbonda Hasimah Hj Zailani said...

Masa muda? Azam,keinginan,semangat,perasaan,tenaga semua ada, tapi peluang dan ruang yang masih belum. Itulah yang selalu dipohon.Semoga termakbul.

ngasobahseliman said...

Ia Simah. Semoga doa Allah makbulkan. Melihat dan menjelajah bumi Allah pun digalakan.Allahu Akbar.

Related Posts with Thumbnails