"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, December 22, 2012

Jalan ini jauh....lopak dan sempit.



Ya Rabb !
Aku  dan teman sedang terpaku fikir...terpaku usaha
Mahu menjadi sebahagian dari hamba Mu yang berpenat berulang-ulang
membanting tulang...
Belapar dahaga di bawah mentari panas perit tidak terkira
Kesejukan hingga ketulang belulang kerana tugasan bukan ditilam empuk berpelukan
Semata-mata kerana mahu menegakan Kebenaran
Mahukan umat sejagat mengerti apa itu kehidupan berTuhan
Apa itu kasih sayang, apa itu kebahagiaan
Berpaksikan Tauhid mengEsakan Tuhan sekian alam.

Ya Rabb,
Aku dan teman sedang cuba membina jambatan anak-anak kecil membesar riang
Dewasa nanti mereka berilmu beriman beramal bertaqwa walaupun persekitaran penuh kekangan
Berjiwa besar, berjati diri berani mengatakan yang benar itu benar walaupun berseorangan
Berani menerajui perjuangan satu tamadun yang tidak menyimpang
Dari jalan yang satu, yang lurus menuju pangkuan kesejahteraan 
Redha Allah Tuhan yang maha pencipta maha menentukan

Ya Rabb,
Berilah aku dan teman kekuatan..berilah kami kebijaksanaan
Turunkan pertolongan Mu yang tiada had dan tiada sempadan
Semoga jalan yang jauh, lopak dan sempit ini menjadi mudah, ringan tiada rasa ketakutan
Tiada rasa bimbang, tiada rasa bosan
Tabah cekal menghadapi sebarang rintangan yang bertalu-talu mendatang.
 Kerana pasti Engkau tidak akan membelakangi permohonan permintaan
Kerana janji Mu demi menegakan kebenaran tidak akan Engkau persiakan.

Ya Rabb ...
Kami mengharap maghfirah Mu memohon jutaan keampunan,
 Usaha kami ini amat kerdil ibarat setitik air di lautan
Melutut sujud hingga gersang umur ini akan kami teruskan mencari keredhaan
Di penghujung jalan ini  sepenuh hati kami nantikan pertemuan
 Dengan para siddiqin syuhada' dan solihin sekelian
Di Syurga Firdaus tanpa hisab dengan kurnia RahmatMu yang berkekalan.
Bersama semua yang kami sayang....

Ameen,....Ya Rabb.


*Dedicated to SmarTop Subur Fitrah Integrated
Pre-School (SUFI) Tangkak, Johore.

........

No comments:

Related Posts with Thumbnails