"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, February 15, 2013

Jangan anak saya jadi kuli !


"Saya tak mahu anak saya jadi kuli', kata pembantu rumah seorang teman bila saya becerita-cerita santai dengannya mengenai berkerja di perantauan. Ternyata wajahnya sedih tetapi cuba disembunyikan.

"Saya kerja kuat, dapat sedikit wang saya hantar pulang untuk anak sekolah supaya bisa bergaji tinggi nanti bila dewasa supaya tak jadi kuli macam saya"., katanya sungguh-sungguh seperti hampir mahu menumpahkan air mata. Saya terkesan.

Pekerjaan petani...bukan 'kuli'.

Lantas saya teringat emak dan bapak saya semasa saya kecil-kecil dulu.
"Kita miskin tapi jangan samapai mintak-mintak". Itu pesanan bapak saya sering kali kami bercerita mengenai susah payah mencari sesuap nasi di negara orang.
Bapak dan emak saya berasal dari tanah Jawa. Warisan tinggalannya hanya pesanan -pesanan supaya jangan malas berusaha, jangan malu mencari kerja upah-upahan asal saja kita tidak mencuri.

Masih terniang-niang pesanan-pesanan itu dan itulah saya sering kata pada anak-anak dan anak-anak buah hinga ke cucu-cucu jauh dan dekat.

"Saya malu jadi kuli tapi saya tidak upaya yang lainnya," sambung luahan hati pembantu rumah ini.
"Kenapa perlu malu ?" saya bertanya seperti sedikit membentak kerana mahu menyedarkannya supaya jangan menhina diri.

"Bapak saya dulu pun datang ke mari , mulanya jadi kuli". Saya memberi tahu latar belakang saya.
Dia terkejut tidak percaya.

"Ia, bapak saya dulu kerja ambil upah apa saja untuk membesarkan saya. Saya pun anak kuli. Saya menolong Mak saya menoreh getak, menebang semak samun di kebun, jual gorengan pisang keladi keledek dan apa lagi saya kurang ingat." Saya bercerita supaya dia tidak rasa asing dengan saya.

"Tidak mengapa jadi kuli asalkan kita ada harga diri, punya maruah tidak mencuri."
Saya menegaskan lagi dengan agak sayu dan tersedih teringatkan emak-bapak saya. Tapi saya cuba berkata dengan nada tegas supaya rasa sedih saya tidak "menjangkit" padanya.

"Ani (namanya) tahu tak ?  Orang kaya pun boleh jadi pencuri. Dia mencuri kerana tamak harta. Tapi dia mencuri denagn menggunakan cara seolah-olah dia tidak mencuri, tetapi sepertinya di dikurnia harta."

Ani tercengang. Pastinya dia tidak faham. Bukan dia sahaja tidak faham. Ramai orang di sekeliling saya pun tidak faham walau pun dia anak tempatan. Istilah " mencuri ikut peraturan" tidak akan di fahami orang biasa-biasa. (Konsep "legally right but morally wrong, itulah istilah mencuri  di zaman teknologi kini.)

Ahh.....saya marah dengan diri kerana cuma cakap di belakang. Cubalah katakan pada yang berkenaan....
Semoga satu hari saya berpeluang mengatakan....

"Tak ape lah Ani. Kita buat kerja dengan jujur. Orang kata kita kuli pun tak ape. Allah cuma nilai iman kita. Anak Ani di Indon tak akan jadi kuli. Itu cuma istilah kaum penjajah, dan kaum yang  tidak kenal iman maka ia angkuh mendabik dada tidak kenal Tuhan."

Ani diam sahaja, dan terus bingkas untuk menyambung kerjanya. Teman saya senyum penuh erti dengan saya. Dia selalu mengatakan  saya ini keturunan Jawa pelampau.

Kalau bukan pelampau manakan bapak saya berani menyeberang lautan dalam kapal tongkang sebagai Jawa kontrak datang negara orang menggadai nyawa dan mempertaruhkan marwah Jawa. Betul lah saya ini Jawa pelampau. Kalau istilah sekarang agaknya bapak dan emak saya termasuk dalam kategori "Modern Day Slavery". Lihat saja pekerja-pekerja asing di sini dan di negara lain yang tidak diberi hak peri kemanusiaan.

Kiranya hebatlah juga bapak saya. Ia punya daya ketahanan yang tinggi, punya wawasan. Ini bumi Allah dan ia adalah hak semua insan.

Senyap-senyap saya bersyukur atas kurnia Allah dapat mewarisi jati diri yang tidak diajarkan secara lisan tetapi di pahat di hati seperti pahatan ukiran di batu pejal yang tidak mudah dipecahkan melalui contoh tauladan.

Tetapi saya rasa agak kecewa dengan diri saya kerana tidak dapat mewariskan kejituan hati yang sama pada generasi selepas saya. Tetapi saya belum berputus asa. Saya hanya usaha. Hasilnya adalah kerja Allah jua.

Semoga Allah meanugerah keampunan.
Ya Rabb....kurniakan lah ehsan.

...

2 comments:

Makbonda Hasimah Hj Zailani said...

Assalamualaiku Puan,

Saya terlepas musim mengikuti entry ini.

Ya,beritahunya beberapa kali agar jangan terlalu merendahkan diri.Dia juga perlu sering menyedarkan anak-anaknya agar jangan lupa diri. Nanti bila mereka telah berjaya jangan lupa kejayaannya adalah atas susah payah ibunya.Bukan mengungkit tapi agar mereka kenal diri.

Walaupun nenek moyang kita juga datang dari seberang,namun kedatangan mereka menymbang pada kemajuan negara ini.Pada ketika itu British memang mengalu-alukan kedatang orang dari seberang,kerana mereka rajin dan tekun.Membuka perkampungan baru dan menaikan hasil ekonomi.sedangkan penduduk yang lebih lama menghuni negara ini tidak mampu melakukannyanya.

ngasobahseliman said...

Betul kata2 Simah.Saya suka bercerita tentang asal-usul saya dengan harapan anak-cucu jauh dan dekat mengerti apa itu ketekunan dan apa itu pengorbanan dan apa itu erti bersyukur. Yang sama pentingnya ialah erti mera'i orang2 tua dalam keluarga. Pengalaman bukan penentu kejayaan tetapi pengalaman membina kebijaksanaan. Pandai sahaja tidak cukup kalau tidak ada kebijaksanaan.
Nanti bila satu hari kita bertemu kita boleh sembang panjang. Mana tahu Allah izin. Salam.

Related Posts with Thumbnails