"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, November 29, 2019

"Apik" aka Hafiz..... keluarga dekat yang jauh.


A001





Alhadulillah baru-baru ini saya dapat terasa mahu bercerita berkaitan dengan anak saudara suami saya yang bernama Hafiz. Ia anak adik perempuan suami saya. Keluarga besar memanggil nya 'Nyah" sahaja. Pada kami semua Hafiz kami panggil Adik Apik.

Sahaja tergerak ingin bercerita halnya sedikit yang saya kagumi. Dia anak muda yang pintar tapi pandai menyantuni orang tua-tua.

Semasa ia kecil saya sering ke rumahnya di Subang Jaya. Keluarga kami amat rapat dan saling menziarahi satu sama lain.

Waktu itu ia berumur lebih kuran 4/5 tahun dan ia suka "berinteraksi" dengan kami mengikut caranya sendiri. Biasanya ia akan menunujukan permainan yang ayah ibunya beli. Satu ketika waktu itu saya lihat Apik menarik sebuah bag yang agak usang. Mungkin bag ibunya yang sudah menjadi tempat simpanan mainannya. Saya tanya : Apa dalam bag itu,  Apik. Spontan ia menjawab ada "masaalah". Lantas kami tergelak mendengari jawapannya. Apik pun tergelak sebab kami tergelak. Umur sekecil itu sudah sebut "masaala". Entah apa dalam fikiranya..........

Peristiwa itu saya tetap ingat hingga hari ini......
Maka bila Apik ziarah kami 2 minggu lepas saya kata di hati akan bercerita dalam blog saya. Dalam usia persaraan ini saya suka mengimbas kembali cerita-cerita keluarga yang saya tetap ingat....... saya ingat kerana saya suka melihat perkembangan hidup mereka semasa kecil dan apa yang berlaku sekarang ini.

Ini "past time" orang bersara seperti saya. Kekadang saya cerita balik pada anak-anak saya sendiri dan atas sesuatu yang agak lawak, kami tergelak sama. Saya lihat ini sebagai satu jalinan kasih dalam keluarga........

Foto di atas kelihatan Apik/Hafiz duduk menghadap kamera berbaju T-Shirt hitam. Dikirinya  ialah Ijan adik bongsunya. Ia hanya 3 beradik sahaja, semua lelaki. Foto ini diambil semasa Apik menziarahi keluarga Ayah Tam, adik lelaki suami saya yang tinggal di Cyberjaya.

Di bawah ini pula foto Apik bersama suami saya. Rumah saya tiada pembantu rumah pada hari itu maka kami ajak Apik makan di sebuah restauran kecil kegemaran kami hampir dengan rumah kami di Putrajaya Precint 8. WARONG MENGOPI namanya. Bagus, saya rekomen....



Suami saya ialah "Ayah Long" dalam keluarga besar Legasi ben Hassan.
Selalu disantuni kaum keluarga. Alhamdulillah.


Ini suami saya dan Nyah, ibu pada Apik. Ceria  semuanya kerana Apik ada.



Di hujung foto di atas di sebelah kanan sekali ialak Apik. Foto ini dirakam oleh anak perempuan saya yang dihadapan ini berbaju biru. Di peringkat anak-anak mereka juga rapat dan suka "ambil tahu cerita-cerita hidup dan kehidupan". Silaturahim dalam keluarga amatlah rapat. Alhamdulillah.

Seperti dalam tajuk entry saya kali ini saya kata Apik adalah keluarga yang amat mesra dan rapat. Tetapi ia tinggal jauh....... Di Australia. Ia belajar ilmu perubatan dan sejak lulus dan menjadi doktor ia menetap di Perth buat masa ini. Dia sudah menjelajah Australia, katanya seronok. Dan sekarang sudah pun mendapat status Penduduk Tetap Australia. Suami dan saya menziarahinya semasa ia di Adelaide dan Melbourne empat tahun yang lepas. Tahun lalu kami ke Perth tetapi berselisih perjalanan kerana kami sangka dia tidak ke mana-mana. Kami dilayani oleh sahabat kami dari Turkey yang pernah kami ceritakan dahulu di blog ini.

Apik belum mahu berumah tangga. Nanti dulu, katanya. Ia mahu menjelajah dunia dahulu hingga rasa puas. Bila saya tanya puas macam mana..... dia senyum lebar. Bila pulang ke rumah ibunya di Bangi dan kami bertemu mesra ia akan bercerita juga peristiwa-peristiwa ia menjelajah banyak tempat yang saya sudah tidak dapat mengira. Ia suka berjalan bersama teman-teman yang sama minat dan menjelajah tempat-tempat yang jarang-jarang di jelajah oleh mereka yang hanya menjadi pelancung biasa. Apik pada saya berfikiran lain sedikit. Hidup di dunia bukan sekadar berkerja , bergaji lumayan dan berumah tangga dan berkeluarga. Saya dapat baca fikirannya. Rasanya begitu tetapi ini firasat saya sahaja. Mungkin bukan begitu.

Saya cuma rasa begitu kerana tahun depan ia kata ia akan mengerjakan amalan Fardhu Haji melalui  quota Australia. Alhamdulillah. Apik ingat pesanan orang-orang tua...pesanan Ibu terutamanya. Mungkin lepas itu ia akan mula berfikir berumah tangga pula. Siapa yang tahu...... Itu harapan semua keluarga, terutamanya Ibunya. Kami doakan doanya dan doa ibu dan bapanya kesampaian juga akhirnya. Mana ibu yang mahu anaknya berjauhan.......

Aaminn ya Rabb.....
Kami juga mendoakannya.


.........................................

No comments:

Related Posts with Thumbnails