"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, November 21, 2019

Wanita ke Dapur ..... Kewajipan atau Pilihan?

Image result for tugas sebenar isteri dalam islam


Image result for free download of pictures of women in the kitchen
Foto-foto hiasan ehsan carian google.

A001

Beberapa hari dahulu seorang teman merungut dalam blognya mengatakan bahawa sejak kebelakangan ini ia merasai terperangkap dengan kehendak suami dan anak-anaknya supaya ia tidak perlu keluar berdakwah tetapi hendaklah lebih menumpu pada keperluan keluarga. Ia menarik perhatian saya dan ingin saya kongsikan sebuah pendapat.

Saya adalah antara orang-orang yang tidak berapa suka ke dapur. Sering saya salahkan kakak-kakak saya mengenai kelemahan ini. Saya salahkan kakak-saya secara santai sahaja kerana bukanlan salah mereka secara hakiki. Saya dilahirkan bongsu dalam keluarga. Saya ada 6 orang kakak dan hanya seorang abang. Maka semasa saya membesar saya tidak perlu diajar oleh emak saya untuk ke dapur sebab kakak-kakak saya sudah ramai di dapur. Oleh kerana saya bongsu maka saya selalu dimanjakan.

Sebebarnya kakak-kakak saya manjakan saya walaupu saya sudah berumah tangga. Bila balik kampung kakak yang masak dan bila datang ke rumah saya di Petaling Jaya pun kakak saya yang masak. Bayangkan.........

Saya sayangkan semua kakak-kakak saya. Sekarang saya hanya ada 2 orang sahaja yang tinggal dan mereka sudah amat lanjut umur. Namun mereka masih sihat dan masih boleh mengurus diri. Kedua-duanya sudah kematian suami dan masing-masing tinggal berseorangan. Tetapi ada anak yang tinggal berhampiran.

Bila saya berumah tangga saya mula bertukar gaya hidup. Saya ke dapur untuk keperluan keluarga dan anak-anak. Saya tidak minat mencuba berbagai jenis masakan kerana saya dididik oleh emak saya bahawa makan bukanlah sesuatu yang kita harus beria-ia sangat. Makan sekadarnya sahaja.   Tetapi suami saya datanganya dari keluarga yang saya katakan makan adalah ajinda penting. Maka saya sedikit-sedikit cuba menyesesuiakan dengan keadaan dan kewajipan. Ia bukan satu pilihan buat saya.........

Saya paparkan foto di atas sekali kerana itu suatu pendapat yang saya rasa amat wajar. Biarlah kelemahan saya buat diri saya sahaja. Saya mendidik anak perempuan saya berlainan sedikit dari cara emak saya mendidik saya. Keadaan berubah dan sering saya katakan pada anak perempuan saya bahawa "the way to a man' heart is his stomach". Anak saya sering gelakan saya. Kekawan saya yang bermati-matian kempen fakta itu pada saya. Saya terima tetapi jarang-jarang saya praktikan.

Saya katakan pada kekawan saya bahawa saya tidak akan berada di dapur lebih dari 2 jam jika saya perlu ke dapur. Saya amat minat membaca dan banyak masa teruang untuk itu.

Hidup kita ini bukan untuk makan..... tetapi makan untuk hidup. Arwah emak saya kata kalau kita boleh buat jimatan dari perihal makan, kita boleh tolong orang yang susah. Itu kata-kata keramat emak saya dan saya "pujuk" suami saya  supaya kita cuba bertolak ansur mengenai hal makan dan pemakanan. Suami saya ini "will travel 500 miles to get his favorite food". Saya selalu buat lawak-lawak dalam keluarga saya. 

Alhamdulillah hingga kami bertumur 72 tahun ini, saya dan suami dapat menyesuaikan keadaan. Semoga bermunafaat dan Allah redhai.

Itu sahaja peristiwa ringkas yang saya kongsikan kali ini. Masa makin singkat buat saya. Jangan ikut cara saya. Ikut kata ustazah dan ustaz yang mengatakan Redha suami itu amat penting buat isteri. Jika makan itu ajinda penting maka ikutkanlah. Saya  sudah mohon maaf pada suami dan dia senyum lebar sahaja. Semoga ikhlas memaafkan

Hingga lain cerita sama-sama kita berdoa Allah menunjuki jalan yang Benar dan kita sentiasa dalam Rahmatnya. Aamiin......


.................................

No comments:

Related Posts with Thumbnails