"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, November 23, 2019

Membina jati diri lalu sukan......dari kecil lagi.



A001

Ini kisah cerita Ammani cucu yang tinggal bersama saya. Umurnya lapan tahun dan belajar di Sekolah Kebangsaan Precint 8. Tahun lepas ia bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kg Tunku, Petaling Jaya. Satu perubahan buatnya. Di Petaling Jaya ramai juga murid bukan Melayu dan ramai yang bertutur harian dalam Bahasa Inggeris. Di Putrajaya ini agak kurang sedikit peluang untuk "speaking".

Ammani cucu saya yang berdiri nombor 3 sari kiri.

Saya seronok ia terpilih mewakili kelas dalam sukan Bola Jaring. Dia tidak hebat dari segi kebolihan tetapi dengan galakan ia menjadi lebih terdorong untuk menjadi pemain yang baik. Saya suka semua jenis sukan semasa bersekolah dahulu. Itulah sebabnya saya yang rasa teruja lebih darinya.

Sukan bolih membina jati diri. Ia melatih seseorang untuk menjadi lebih fokus dan bersemangat berusaha dalam pasukan. Seorang pemain akan dengan tidak disedari pandai membuat strategi bagaimana mahu melawan pemain "musuh" kita. InsyaAllah pemain akan lebih peka menjaga masa kerana untuk menang pasukan mesti masukan bola dalam jaring sebanyak mungkin dalam masa yang ditentukan.

Lebih hebat lagi melalui sukan seseorang itu bolih belajar menerima kekalahan dengan hati terbuka dan meraikan kemenangan tanpa rasa sombong dan bermegah diri.

Saya dapati mereka yang suka bersukan akan mudah berinteraksi dengan semangat setiakawan. Jarang sekali dia memilih untuk menyendiri dan menjadi penonton sahaja. Orang yang suka sukan akan sentiasa bergerak membuat sesuatu tanpa banyak soal. Bila dewasa nanti orang yang suka bersukan akan menjadi lebih mudah mengetuai sesuatu kumpulan. Dan mudah juga menjadi pengikut yang mampu membuat sumbangan.

Semoga Ammani berjaya dan bijak berkawan dan dewasa nanti mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang unggul. Aamiin ya Rabb......


................................

No comments:

Related Posts with Thumbnails