"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, April 23, 2021

رحلتي إلى الإسلام: ايفون ردلي -(Cerita Saya....@ My Journey to Islam: Yvonne Ridley)


Bismillah Calligraphy 54.svg


Alhamdulillah, saya pernah ikuti ceramah individu dalam video di atas ini semasa beliau di Malaysia. Izinkan saya bercerita sedikit di mana dan bagaimana

Saya baru bersara dari Perkhidmatan Awam ketika itu. Seorang teman akrab bawa saya menghadiri ceramah umum di University Antarabangsa Malaysia yang ketika itu berada di Petaling Jaya. Saya sudah tidak ingat tahun bila. Mungkin tahun 2004/2005. 

Amat seronok mendengari cerita beliau sebagai seorang journalist yang di hantar oleh majikannya ke Afghanistan. Sebagai seorang Journalist ia amat fasih bertutur dan punya 'sense of humour' yang amat saya sukai ketika bercerita.

Beliau masuk ke Afghanistan secara haram dan berpakaian wanita tempatan Burqah?.  Beliau bersama seorang lagi journalist menaiki keldai dan membawa bersamanya semua peralatan elektronik yang diperlukan. Mereka berikar kuat jika salah seorang tertangkap seorang lagi buat tidak tahu dan terus selamatkan diri. Nasib malang menimpa dan alat-alat itu jatuh dari keledai dan polis nampak dan temannya tertangkap. Beliau punya baik hati dengan teman itu juga mengaku bahawa mereka bersama. Keduanya ditangkap.
(Dalam interview di atas cerita ini tidak ada secara terperinci). Mereka berpisah.

Beliau di bawa ke penjara Taliban untuk dilapor pada ketua Taliban tentang apa nak buat atasnya. Yang seronok dia becerita ialah: " I am a prisoner, they put me in a room. But they gave me the keys to my room." Pelik kan? 

Seperti dalam video di atas beliau berlagak kasar, atas prinsip keselamatan katanya. Tetapi dia hairan mengapa kunci diserah padanya. Beliau mula melihat hakikat bahawa Taliban ini sebenarnya bukan seperti yang diceritakan dalam media.
Suatu malam ia diberi "warning" jangan berlagak kasar sebab Boss Taliban akan bertemu dengannya. Samapi ketika Boss mendatangi dan sebelum dia sempat berkata apa-apa dia terkejut dan rasa "hairan" sebab dia namapak Boss ini "Glides into the room". Kaki tidak jejak tanah.
Dia tergamam untuk berbuat apa-apa dan bila ditanya dia nak masuk Islam atau tidak dia kata mana boleh sebab dia tidak tahu Islam. Boss bagi Quran dan kata padanya jika mahu masuk Islam dia akan lepaskan dan bebas untuk pulang. Dia setuju dan keesukan harinya dia dipindahkan penjara jauh dari situ. Dia tak banyak soal. Rupanya tempat itu berdekatan dengan pintu keluar untuk bebas.

Ini saya cerita ringkas sahaja. Yang menarik hati saya dan terus ingat cerita ini sebab Taliban itu semuanya baik-baik katanya. Tidak pernah berkasar. Dia masih pegang kunci bilik dan dia selamat tidur dan mandi dan bertukar pakaian. Dia kagum dengan perangai baik Taliban-Taliban ini.

Beliau masuk Islam selepas peristiwa itu. Dia banyak cerita lawak. Dalam interview di atas dia serious mungkin kerana peristiwa dia di tangkap sudah amat lama.

Saya tertarik dengan cerita Boss Taliban itu "Glides into the room" penuh sopan. Seperti tidak jejak tanah, katanya. Pastinya orang Taliban ini banyak yang warak dan tentunya taraf Iman yang tinggi. Allahua'lam. Ini antara faktor beliau tertarik untuk mengkaji isi alQuran dan akhirnya jadi seorang Musilim.... dengan Izin dan kehendak Allah jua.

JOM dengari video di atas. Ini asas-asas perjuangan hidup yang kita bolih ambil Iktibar. Selamat berfikir panjang........


No comments:

Related Posts with Thumbnails