"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, April 22, 2021

MANIFASTASI KEGAGALAN........@ Masaalah keselamatan dalam masyarakat Malaysia kini.


Syria Tiles with Basmala.jpg

Hari ini saya ingin sepintas lalu memikirkan apa yang berlaku 
dalam kehidupan harian dan bagaimana ia dipengaruhi
 fakta yang berlaku di luaran yang sedikit sebanyak
 mempengaruhi kehidupan diri dan family.

Saya amat menghargai kumpulan individu yang tertara dalam video yang saya kongsikan di atas ini. Mereka menyentuh serba ringkas keselamatan individu/rakyat akibat sistem keselamatan sosial
 yang tidak jelas. Mereka amat prihatin melihat
 apa yang sedang berlaku di Malaysia kini dan mereka khuatir
 jika tidak ditangani dengan rasa ikhlas dan berintergriti
 Malaysia akan termasuk dalam perangkap yang akan 
memusnahkan keharmonian hidup Rakyat yang berbilang kaum.
Keharmonian ini harus dilandaskan atas satu dasar 
yang saksama seperti apa yang dituntut
 oleh yang maha Pencipta.

Siapa dia yang Maha Pencipta ?
 Saya rasa ada yang mahu mempertikai fakta itu.
Namun janganlah membuang masa diheret oleh anasir-anasir 
yang sememangnya mahu mengelirukan manusia kerana 
mereka itu adalah anak-anak Dajjal yang sudah mula muncul 
untuk menyesatkan.
Jom kita berdoa semoga suatu jalan yang saksama 
akan ditemui tanpa 
membunuh nilai-nialai yang sudah digariskan dalam
 alQuran dan Sunnah Rasulullah saw dan jangan mempertikai
prinsip Perlembagaan Negara yang tidak bercanggah
 dengan Prinsip alQuran danSunnah itu.
 Ini tugas amat berat dan siapa jua yang inginkan kejayaan sebelum mati dan sesudah mati harus bertindak bukan secara ikut-ikutan.
 Tindakan itu harus jelas dan kuat seperti
 menggegam bara api....biar samapai menjadi arang.

Jom sama-sama berdoa semoga Niat Murni ini kesampaian.
Disamping doa setiap kita harus juga berbuat sesuatu yang akan
 memperkuat tindakan mereka di atas mengikut kepakaran 
dan kemampuan yang kita ada.
Semoga kumpulan ini dapat mengkongsikan
 apa perkembangan seterusnya.
Saya berdoa siapa jua yang berbuat kebaikan mengikut
 jalur yang Allah tentukan akan
 mendapat kejayan di dunia dan di akhirat.
Aamiin ya Rabb.....


No comments:

Related Posts with Thumbnails