"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Tuesday, December 27, 2011
ANTARA IMAM DAN MUDIR @ MASJID
Ini gambar masjid sebagai hiasan dan sebagai menghibur rindu, ..... muqadimah entry saya kali ini, cuma "thinking aloud".
Kita sering mendengar ada masjid yang aktif dari segi aktiviti bulan Ramadhan, aktiviti hujung minggu, aktiviti khas untuk belia dan remaja, aktiviti muslimah dan berbagai lagi. Ada pula masjid yang dikatakan seperti tiada semangat, suasana muram, sunyi, tidak bermaya dan programnya seperti melepas batuk ditangga. Maka ada kalanya kita berbincang-bincang sesama ahli qariah atau sesama teman-teman seperjuangan untuk mencari punca mengapa sesetengah masjid itu tidak seaktif jika dibanding dengan masjid yang lainnya.
Ada yang berpendapat bahawa Tuan Imamlah yang menjadi fokus utama. Jika Tuan Imam cergas, ilmunya luas dan mantap, peribadinya unngul dan mempunyai ciri-ciri keterampilan dan penampilan diri yang menambat hati, maka isu mengimarahkan masjid tidak menjadi masaalah. Tetapi jika Tuan Imam tidak seperti yang diharapkan oleh ahli qariah, iaitu Tuan Imam yang boleh memimpin dari hadapan dan dari belakang, maka suasana Masjid akan menjadi sunyi sahaja, hinggakan bilangan yang solat Jumaat pun boleh dikira tidak menggalakan.
Hari ini tahap kesedaran rakyat terhadap perkembangan ekonomi dan perkembangan politik amat tinggi dan mereka ingin tahu apakah repond para ilmuan agama dalam membendung pengaruh fenomena ini keatas kehidupan rakyat biasa. Maka masjid memainkan peranan yang penting untuk menjadi perantara dan menjadi tempat rakyat mencari ketenangan dalam menghadapi hidup yang penuh cabaran. Maka pihak masjid seharusnya berperanan bukan sahaja mengajar fardhu ain semata-mata tetapi seharusnya memberi pengertian bagaimana ilmu itu relevan dalam kehidupan yang serba mencabar dan serba canggih ini. Dalam hal ini maka saya berpendapat Tuan Imam seharusnya bijak mengatur program bersama-sama dengan pihak pengurusan masjid supaya semua usaha menjadi suatu yang berbentuk lengkap melengkapi yang boleh menarik sokongan ahli qariah dan masyarakat setempat. Maka Tuan Imam yang tidak dapat melengkapi diri (tidak kira ianya tua atau muda) untuk mengikuti peredaran masa dan kehendak qariah seharusnya menarik diri dan memberi laluan pada bakat-bakat baru yang mempunyai tenaga yang lebih cergas dan mempunyai minda yang lebih kompetatif dari segi boleh mengatur strategi bagaimana mahu mengimarahkan masjid, terutamanya bagaimana mahu menarik kaum muda dan kaum yang berada ke Institusi Masjid.
Saya pernah mendengar prestasi sebuah masjid dimana ia mengadakan aktiviti qiamulail dua kali sebulan dan tiap-tiap kali diadakan penyertaannya amat menakjubkan, iatu beratus walaupun ia hanya dimaklumkan semasa solat fardhu Jumaat. Yang menyertainya dari semua golongan, tua muda, miskin dan kaya. Kapasiti Masjid ini hanya boleh menampung seribu lima ratus orang jika benar-benar penuh. Bayangkan pengaruh Tuan Imam ini. Apatah lagi Qiamulail sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Ia boleh menggerunkan hati-hati orang yang berniat serong pada masjid dan pada komuniti Islam. Jika semua Masjid begini barulah musuh-musuh Islam gentar dengan umat Islam.
Jabatan Agama Islam yang bertanggongjawab menenai dasar-dasar penubuhan masjid dan yang bertanggongjawab menentukan peraturan perjalanannya mengikut undang-undang Islam yang termaktub dalam negeri-negeri, mungkin ia mahu memikirkan semula strategy bagaimana Masjid benar-benar boleh mengambil peranan mengembalikan semula mertabat orang-orang Islam. Saya berpendapatat seharusnya ada sedikit kelonggaran tentang pemilihan penceramah dan tidak semata-mata mengikut syarat tauliah yang ditentukan. Saya berpandangan demikian kerana ramai yang hebat-hebat tidak memohon pentauliahan. Ruang perjalanan mereka luas maka mereka tetap berdakwah di mana jua. Maka jika Masjid mahu penyertaan mereka, maka Masjidlah yang harus membuat initiatif yang boleh menerima mereka tanpa meletak banyak syarat.
Secara alternatif lain untuk mengatasi soal tauliah, masjid seharusnya memilih Tuan Imam yang benar-benar berwibawa, luas ilmunya supaya dengan sendirinya ia sudah boleh menggerakan semangat ahli qariah untuk cergas dalam mengimarahkan masjid dan terus mencerdikan masyarakat dalam usaha membangun ummah semoga pengaruh Islam disegani oleh semua golongan penduduk di negeri itu.
Saya lebih menumpu pada peranan Tuan Imam kerana Tuan Imam rata-rata adalah mereka yang berumur muda dari tuan Mudir Masjid. Sekarang ini dengan kenaikan umur persaraan dilanjutkan hingga 60 tahun maka pasti amat sukar untuk menepati syarat kerajaan supaya Mudir mestilah dibawah umur 60 tahun. Orang-orang kenamaan yang telah bersara biasanya dilantik menjadi Mudir. Ini harus difikirkan bersama dan pihak kerajaan harus lebih mendengar pada pendapat ahli qariah bagaimana masaalah seperti ini boleh ditangani. Dalam keadaan sekarang pun sesetengah mudir yang dilantik kurang aktif seperti yang diharapkan.
Maaf. Ini sekadar pemerhatian dan bukan dapatan sebuah kajian. Pemerhatian ini pastinyqa tidak seluas pemerhatian kaum bapa sebab saya tidak banyak melangkahkan kaki ke banyak masjid. Maka pemerhatian saya pasti banyak kelemahannya. Saya mohon beribu kemaafan pada yang terlibat dan keampunan dari Allah jua. Tujuan saya hanya untuk fikir-fikir jika relevan. Semoga Allah sentiasa menunjuki Jalan yang Lurus.
.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment