Warisan yang Allahyarham bapak dan mak saya tanam ialah untuk sentiasa berkerja memperbaiki taraf hidup supaya kehidupan ini bukan untuk sendiri tetapi untuk orang lain juga. Kalau dalam istilah sekarang pastinya ia berkata : Kita harus berazam besar, bercita-cita besar dan berhati besar. Maka istilah besar sentiasa ada dalam sanubari saya.
Maka dalam musafir saya ke Melbourne dan Adelaide baru-baru ini saya rakamkan gambar-gambar yang membawa erti besar secara simboliknya. Saya kongsikan di sini secara santai dan semoga memberi pengertian yang bermakna dalam fikir zikir kita.
Ini pohon-pohon besar yang menarik perhatian saya selama musafir. Maklumlah saya membesar di pinggiran hutan maka pohon-pohon menghijau menjadi suatu nostalgia bagi saya.
Pohon-pohon di taman berhampiran dengan Hotel Downtowner
on Lygon Street tempat penginapan di Melbourne
Pohon-pohon berhampiran sebuah Ranch di Philip Islands.
Dahan pohon besar di Wetlands di Adelaide.
Ingat Hati Nak Peluk Gunung, Apakan Daya Tangan Tak Sampai !
Besarnya Pohon ini ! MasyaAllah !
Besarnya pohon-pohon ini amat menakjubkan pemerhatian saya. Semoga perkongsian ini memberi makna. Semua nya menggambarkan luasnya kuasa dan qudrat Ilahi. Dalam alQuran di rakam seperti berikut:
"Dialah jua yang memiliki segala yang ada di Langit-langit dan yang ada di Bumi, serta yang ada diantara keduanya, dan juga yang ada di bawah Tanah basah di Perut Bumi." Surah Ta Ha, Ayat 6.
Diriwayatkan dalam sejarah bahawa ini adalah antara ayat yang didengari oleh Saidina Umar Al Khatab yang menariknya untuk beriman. Semoga kita mendapat barakahnya. Amin.
ooo
5 comments:
Assalamu'alaikum Kak
Samalah dengan saya kak, membesar daripada keluarga yang agak susah namun membesar dalam memerhati , menikmati kebesaran Allah, Syukur alhamdulillah kita dapat nikmat iman dan Islam daripada orang tua yang memegang amanah; (saya membesar dengan ketiadaan bapa semasa berumur 1 tahun lebih).
Semoga kita semua tetap dalam pemeliharaan Rabb al-'aalamiin.
Dan kita di Malaysia ni tak boleh tengok ada pokok besar @ hutan besar,main tarah je sampai jadi padang jarak padang terkukur.
Bila mari banjir besar, banjir kilat atau tanah runtuh rakyat jugak yang menderita, yang tukang tarah/jarah/ bulldoze dan kuncu-kuncu mereka buat derk aje!
Eh, dorang tu tak kena penalty ke?
ps. lawa bunga kat template tu! I love it
Dear Werdah. Alhamdulilah atas segala kurniaan. Saya akan cuba terus menghayati konsep "tidak dapat itu dapat". Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik bagi kita. Semoga Allah sentiasa memerhati dan mendengari hati-hati kita. Salam
p.s: Bapak saya meninggal dunia saya berumur 16 tahun. Saya bongsu dalam keluarga.
Yes sis. I cannot agree more. Sama-sama kita doa dapat pemimpin yang beriman dan bertaqwa dan tahu tanggongjawabnya bila memegang kuasa.
TQ for appreciating my template. I have a few shots of the wild flowers in Adelaide and Melbourne. I love flowers but my garden is all shrubs.
Post a Comment