"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, December 7, 2011

HAIWAN JADI BANDINGAN.







Lagi cerita di Australia. Hafiz mengajak kami ke tempat di mana kehidupan liar di pelihara, Cleland Wiladlife Park. Ramai kita yang sudah melihat dan berjinak-jinak dengan Kangaroo dan Kaola (bear). Lihat gambar di atas. Kaola sedang tidur. Mengambil foto-shot kaola bagi ku tidak mudah kerana ia tinggi di atas pokok dan biasanya dia membelakangkan apa jua yang cuba mengganggu keselesaannya. Sakit leher mendongak ke atas dan akhirnya dapatlah satu dua shot yang agak mememuaskan hati ku. Maklumlah. tidak cukup keterampilan mengambil gambar.

Aku hanya ingin menyentuh sifat Kaola ,( bukan bear), yang aku belum tahu sebelum ini. Sebenarnya Kaola bukan bear. Kaola sahaja. Ia bahasa orang Asli di sana yang bermaksud "tidak minum".Kaola tidur 20 jam sehari. Ia bangun  jaga hanya untuk makan dan mengawan.Ia makan daun-daun pada dahan pokok dimana ia tinggal. Ia tidak minum secara langsung. Air dari daun itu sudah mencukupi.



Bila diberi tahu Kaola tidur 20 jam sehari, lantas teringat ahli keluarga yang suka tidur berlebihan. Boleh atau tidak kita bandingkan dengan kaola ? Tetapi koala tidur bukan kerana malas. Itu fitrah, ciptaan Allah dan ia tidak sia-sia. Pasti ada hikmahnya. Harus kita pelajari. Kaola tidur 20 jam tidak jadi masaalah kerana di akhirat ia tidak dipersoalkan apa-apa pun. Tetapi kalau manusia sememangnya suka tidur dan tidak mahu mengubah tabiat itu, maka jangan dibanding dengan tabiat kaola. Atau seperti mengatakan ulat dalam batu pun boleh hidup.                                                                            Berasksi dengan koala yang sudah dijinakkan.

Semoga kita menginsafi diri betapa Allah memberi keistimewaan pada manusia.

                                                                                                



 Kami juga ke bahagian "Wetlands" di mana burung-burung dipelihara supaya tidak pupus. Lihat gambar dibawah dimana burung menjaga anak-anaknya, memastikan ia cukup makan dan keselamatannya terjaga. Maka dalam konteks ini  manakan boleh kita kata manusia yang tidak berperikemanusiaan dengan anak, membuang bayi  dan mendera itu kita katakan mereka itu seperti binatang  Amat silap sekali. Binatang sayang pada anak  Jika rajin menonton filem dalam program "Discovery" kita boleh lihat bagaimana gajah, harimau dan lain-lain menjaga anak-anak mereka dengan kasih saya mengikut fitrah kejadian mereka.

Lihat juga kangaroo di bawah ini.Kangaroo ibu akan lari dari manusia kerana memastikan anak dalam "pauch" mereka tidak diganggu. Yang hampir dan makan dari tangan manusia adalah kangaroo yang tidak menjaga anak. Bayi kangaroo yang baru lahir sangat kecil dan ia membesar di dalam 'pauch'. Ibu Kangaroo mengeluarkan dua jenis susu, di dalam dan di luar 'pauch' mereka. Sungguh menakjubkan ciptaan Tuhan. Semua ada kiraannya yang tersendiri.



Maka janganlah kita memaki seranah akan binatang-binatang yang juga makhluk Allah. Jika mereka berlaku ganas jangan mereka yang dipersalahkan tetapi manusia yang harus dipertanggongjawabkan. Gajah mengganas di kampung-kampung, harimau menyerang manusia,  kerana mereka terancam. Diancam oleh manusia. Kawasan mereka dicerobohi dan dimusnahkan oleh manusia. Apabila hutan-hutan ditebang untuk pembangunan, kebajikan binatang tidak diambil kira. Pasti mereka akan mempertahankan diri. Allah memberi manusia akal yang lebih tetapi manusia mengambil jalan mudah dan akan menuduh binatang. Binatang akan mempertahan diri dengan menyerang. Mereka tidak akan menyerang jika mereka tidak rasa terancam. Oleh itu siapa yang bijak dalam hal ini.

Antara binatang lain yang kami lihat adalah seperti di bawah ini.




Maka kita renung firman Allah surah Al Imran, Ayat 191 yang bermaksud:
"Orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi; 'Wahai Tuhan kami tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari api neraka."

Semoga Allah membuka minda kita seluasnya dan semoga kita menuntut ilmu memahami segala ciptaanNya dan sentiasa membesarkannya.

Subhanallah, Allahuakbar.
.....

6 comments:

Temuk said...

Assalamualaikum. Seronoknya bercuti di Australia. Teringat pula excitement cuti dulu di Melbourne + bandar2 lain di situ + pulau utara NZealand. Suka pada kawasan mereka yg bersih & cuaca yg nyaman. Tapi, yalah, hujan emas di negeri orang....

Susah juga kita nak ikut cara kaola tu, sebab 24 sehari - 20 jam tidur = 4 jam baki, tak sempatlah kita buat apa2 lagi. Juga susah nak kena tidur di kawasan atas! Maaf, kelupatan kulo guro-guro niki, enggih hjh.

ngasobahseliman said...

Salam Mas Temuk, sudi mamper. Saya tidak pernah ke NZ. Kalau ada orang sponsor mungkin, apa salahnya. Musafir mentaddabur alam di tuntut dalam Islam. Mas Temuk pastinya sudah ke mana-mana penjuru dunia.

Di negara maju, Autralia, NZ, Jepun dan di mana jua orang selalu memuji kebersihan dan berbagai lagi yang positif. Ada teman-teman saya yang kata sikap dan perilaku mereka sangat 'Islamic'. Orang Islam di negara Islam, perlakunya tidak Islamik. Maka jika kita ikut kriterior yang biasa diguna oleh intelek, orang Islam dan negara Islam teruk sekali. Namun kita jangan terus rasa begitu dan hilang harga diri. Ramai yang malu kerana dikritik begitu. Saya pula saya masih "walk Tall" kerana saya Islam. Alhamdulilah. Itu yang Allah tengok dulu kan !. Lepas itu kita perbaiki perlaku yang tidak Islamik.Saya ikut pendapat teman saya dan saya pasti Mas Temuk pun setuju. Salam. Kesuwon seng okeh2.

Kerabu Jantung said...

Assalam, Sis,
I love gambar gambar burung-burung di dahan kayu, yang di dalam air, itik, angsa ( so majestic! )
and that koala, relax habis!

ngasobahseliman said...

Yes.Tq for the appreciation. My amateur attempt at photography. I have more pictures in my computer for my cucu-cucu to see later in life. When I have enough savings, I would love to get a better camera. HEE HEE...

Kerabu Jantung said...

Oho, dear Sis, I have the same idea as you, to get better camera . I nak camera yang boleh zoom jauh-jauhhhhh....so boleh ambil gambar bagus-bagus, haha!

ngasobahseliman said...

Salam. Ini cerita camera.I have Nikon P100. Itu pun tak habis baca manual what else it can do. Tetapi berangan nak yang lagi canggih. Itulah manusia.......

Related Posts with Thumbnails