"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, December 13, 2011

KENANGAN SERONOK

Kenagan musafir ke Adelaide dan Melbourne ada yang seronok dan yang kurang seronok. Alhamdulilah, yang kurang seronok cuma pemeriksaan immigration dan customs di Airport Melbourne. Proses itu mengambil masa lebih satu setengah jam. Ia seperti yang dilihat dalam TV program "Border Control" di Astro. Saloran yang diarah bagi suami dan saya tidak kena dihidu anjing. Tetapi kami menunggu lama untuk beg-beg di x-ray. Saloran adik ipar saya berlainan dan mengalami proses di hidu oleh anjing-anjing khas.





Kenangan seronok saya rakam di sini sekadar melihat kebesaran Allah yang jarang-jarang kita lihat. Di pantai yang indah ini katanya ada kumpulan anjing laut (seals) tetapi hari itu tidak kelihatan. Namun melihat ombak memukul pantai yang berbatu besar membuat hati berdetik. Maha teliti ciptaan Allah. Tidak ada yang wujud secara kebetulan.
Allahuakbar.

Kami menaiki bas pelancung yang membawa kami ke beberapa tempat menarik. Saya rakam juga di sini sekadar satu perkongsian santai. Di bawah ini kesan hakisan ombak selepas beribu tahun. Kami lihat ini mengikuti Tour "The Great Ocean Road".


Gambar di bawah ini pula hanya kenagan untuk cucu-cucu lihat. Tok Ayah with the birds.


Seronok rasa bebas tiada masalah buat seketika.
"Maka nikmat Allah yang mana yang hendak kamu dustakan"


ooo

2 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum kak

Tumpang menikmati keindahan alam ciptaan Allah al-Khaliq, al-baari' dan al-Musawwir sebaik-baik pencipta.

Entah bilalah dapat ke sana..

ngasobahseliman said...

Salam Dear Werdah, TQ for dropping by. You're always in my thoughts. Dulu masa kerja jarang sekali keluar negara dengan suami. Maka diumur senja ini bila ada peluang Allah kurnia, dan sihat, maka kami ambilah kesempatan itu. Semoga ia membawa munafaat dunia akhirat.

Related Posts with Thumbnails