"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, December 22, 2011

SEMUANYA BAIK ?








 Akan menjelang perayaan X'mas beberapa hari lagi. Saya teringatkan perhiasan-perhiasan di hotel dan di Mall membeli belah semasa di Adelaide awal bulan ini.  Saya  rasa tertekan dihati  dan fikiran  dan ingin  menyatakan ketidaksedapan perasaan apabila  mendengar di sana sini ada yang berkata semua agama mengajar yang baik. Ada diantaranya yang bertkata itu  beragama Islam dan mereka dengan selesa berkata begitu.  Ini  seolah-olah mengatakan  tidak ada bezanya, atau ada pun amat sedikit sekali perbezaannya antara Islam dan agama yang lain. Kadang-kadang ini diperkatakan juga  oleh media massa dan semasa saya berkerja dahulu di Kementerian Pendidikan pun  ramai guru yang suka mengatakan demikian bila memberi ucapan  umum pada pelajar setiap minggu.

Saya berkeyakinan bahawa amat bahaya untuk mengatakan semuanya "baik" tanpa memberi definasi konsep "baik" itu sebenarnya. Pegangan aqidah boleh terjejas dengan kenyataan seperti itu. Agama yang benar dan diredhai Allah swt hanya sanya satu sahaja, iaitu ISLAM. 

Sejak Islam diwahyukan dan mula disebarkan oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad saw, berbagai persoalan tentang kewujudan Allah telah dibangkitkan dan telah diperbahaskan. Ulamak muktabar dunia telah menjelaskan kepada siapa jua sebagai kesinambungan maklumat setelah wafatnya Rasulullah dan sahabat-sahabat mengenai   sifat-sifat Allah dan bagaimana sifat-sifat ini harus  difahami dan dihayati. Mengikut perkembangan pemikiran manusia dari zaman ke zaman, maka timbulah penjelasan mengikut pendekatan sifat dua puluh dan kemudian aqidah Rubbubiah dan Uluhiah. Ada beberapa fahaman mengenai pendekatan mana yang betul tetapi saya difahamkan itu tidak menjejas aqidah pendekatan mana yang kita ikuti.

Saya tidak bertujuan di sini untuk memberi penerangan yang lanjut kerana saya bukan ahlinya.  Cuma saya ingin mengatakan bahawa kita tidak boleh mengatakan semua agama mengajar yang baik, kerana isu "baik"  pasti terlebih dahulu mejelaskan konsep pengabdian pada Allah swt. 

Saya rasa amat tidak selesa sekarang ini kerana terlalu longgar pegangan  sesetengah dari kita terutamanya bila kita memperkatakan isu kebebasan  berfikir dan bertindak dalam rangka  hak asasi mnusia vis-a-vis pengabdian  diri pada Allah swt. Aliran fikiran orang-orang yang  mendakwa dirinya intelektual dan bijak pandai mirip pada mengatakan bahawa isu yang penting ialah percaya pada Tuhan dan cara bagaimana pengabdian pada Tuhan dibuat dan diaturkan boleh berbeza-beza.

Dari segi aqidah Islam ini amat salah sekali dan orang yang berkata demikian boleh menjadi sesat dan boleh menyesatkan.Seharusnya kita tidak mengambil mudah menggunakan konsep-konsep Barat tanpa kita mengetahui Islam sebenarnya.

Saya berdoa semoga pemimpin Islam mengambil langkah dan tindakan  konkrit untuk memperbetulkan hal ini supaya  jelas dan Iman orang-orang Islam terpelihara. Saya memohon ampun atas segala kekurangan dan kelemahan dan semoga Allah menunjuki jalan yang lurus. Amin.


.....

2 comments:

Kerabu Jantung said...

Salam Sis, yang baik dan beriman itulah yang diambil kira...
yang baik tapi tak beriman dan tak mengikut syariat, bukanlah jalan kita.

ngasobahseliman said...

Ia betul !dear sister. Namun kita sekarang seperti sudah tersasar sedikit dalam haluan kita membangunkan negara. Yang penting diambil ringan dan yang ringan dikira penting. Kebanyakan kita terutamanya mereka yang mahu berkuasa, tidak bersifat penyabar.Mungkin juga tidak ada sifat ehsan. Mahu melihat hasil usaha serta merta.

Senebarnya ini perlu perbincangan yang serious dan meluas. Tetapi siapa yang harus initiate ke arah itu supaya generasi muda kita tidak tersesat, nau'zubilah.

Related Posts with Thumbnails