Australia bukan satu destinasi yang aku idam-idamkan selain dari mahu menjejakan kaki ke bumi Allah yang diiktiraf benua. Sewajarnya aku mahu merasai dan melihat sedikit sebanyak keseronokan cerita-cerita yang dibawa balik oleh rakan-rakan yang pernah ke sana terlebih dahulu.
Australia (Adelaide dan Melbourne) yang ku lihat tidak banyak beza dari negara Barat yang lain dari segi kesibukan bandarnya. Cuma pada aku Australia kurang "personality" jika aku banding dengan United kingdom yang ku lihat sebahagian besarnya, melainkan Ireland. Mungkin kini di umur senja maka aku tidak teruja seperti pengembaraan ku ketika muda dahulu. Walaubagaimanapun aku masih kagum dengan apa yang Allah kurnia di bumi Kangaroo dan bumi Kaola ini. Aku pergi juga mengikuti Tour ke daerah Philip Island dan kemudian melihat Penguins di tempat aslinya di mana usaha telah dijalankan untuk memelihara kewujudanya untuk generasi mendatang menikmati terus keindahannya.
Dalam perjalanan ke sana banyak pemandangan yang akan ku bawa balik untuk ku ceritakan pada cucu-cucu. Di bawah ini beberapa foto-shoot untuk aku kongsikan.
" Maka nikmat Allah yang mana yang kamu hendak dustakan"
Kangaroo dan Kaola (bear) telah ku sebut sebelum ini semasa aku di Adelaide. Di Melbourne tidak ternampak kangaroo tetapi kami nampak kaola. Ternakan lembu dan kambing biri-biri ada di sepanjang perjalanan. Kadang-kadang ladangnya seluas mata memandang. Allah kurnia Australia bumi yang subur dan tanaman anggur dan olive mudah didapati.
Kami dibawa ke tempat Penguins dan Tour ini di beri kod "Penguin Parade" kerana mereka akan berbondong-bondong balik dari lautan melalui pantai untuk pulang ke "burrows" mereka membawa makanan untuk anak-anak. Penguins ini pergi waktu subuh sebelum terbit mata hari dan akan balik ke pantai watu senja yang hampir malam. Pada hari itu kami menunggu kepulangan mereka dalam kesejukan suhu hampir 10 darjah Celcius. Kami duduk di tempat khas dalam hujan renyai-renyai. Kami tidak dibenarkan mengambil apa jua foto kerana ini akan menggangu ketenteraman mereka. Tempat ini digazet tempat terpelihara dan mereka mahu memastikan penguin-penguin ini kekal di situ, membiak dan diharapkan terus hidup dan tidak pupus.
Beraksi dengan pengui di bilik pameran. Penguin ini jenis yang terkecil di dunia.
Aku rasa agak kagum dengan cara kerajaan Australia cuba memelihara kehidupan liar yang ada di bumi ini. Berjuta dollar diagihkan bagi tujuan ini. Bukan Penguins sahaja tetapi semua jenis kehidupan liar yang mudah pupus. Aku berharap semoga Malaysia pun begitu juga dengan kehidupan liar yang ada di negara kita. Ini juga tuntutan ajaran Islam yang mulia.
Namun dalam kehebatan cara Australia mentadbir negara, ada satu dua perkara yang aku kira ia satu "irony", iaitu percanggahan antara satu dasar dengan satu dasar yang lain. Aku nampak jelas mengapa mereka bersungguh-sungguh hendak menentukan kehidupan liar mereka tidak pupus, seperti penguins di atas tadi. Tetapi dalam masa yang sama dasar sosial negara mengenai perkahwianan tidak mengambil kira pentingnya kewujudan manusia sebagai satu specie dalam dunia ini berterusan.
Begini maksud aku. Tolong tegur jika pendapat ku ini tersasar.
Aku rasa pelik melihat bagaimana mereka rasa pandai dan bijak untuk mengubah fitrah manusia. Pada aku hakikatnya satu : Kalau Gay dan Lesbian dibenarkan bebas dengan falsafah kebebasan dan keadilan mereka, maka akan pupuslah manusia. Siapa yang boleh dan mahu melahirkan anak? INILAH KEADAAN YANG SESAT LAGI MENYESATKAN.
Tetapi aku yakin yang akan pupus adalah golongan yang tidak ada pegangan dan keyakinan atas hakikat fitrah kewujudan manusia yang Tuhan telah tentukan. Mereka hanya percaya pada konsep kebebasan yang mereka rasakan betul tetapi tidak berfikir langsung fitrah sex yang Tuhan kurnia. Aku sebenarnya ingin bertanya golongan ini sama ada mereka betul-betul melihat sifat kejadian diri mereka. Tidakkah pernah mereka membelek-belek anggota mereka? Haiwan pun tidak ada yang mengawan sesama sex. Saya ingin bukti jika ada yang percaya ada. Fikiran songsang seperti ini semakin berleluasa.
Maka aku merasakan bahawa kesimpulannya ialah haiwan terus wujud dan manusia akan pupus. Cuba kita fikir-fikirkan.
Di Malaysia aku perhatikan sudah mula nampak fenomena mahu ikut orang Barat dalam menegakan apa itu kebebasan, apa itu keadilan dan apa itu hak asasi manusia mengikut cara akal semata-mata. Tetapi pada aku mereka tidak ikut akal pun. Akal letak dikepala lutut. Bagaimana manusia boleh membiak?
Bila manusia mengaggap diri mereka terlalu bijak, pandai dan pintar, maka otak mereka menguasi rohani mereka. Yang ada semata-mata nafsu. Bukan nafsu binatang, sebab binatang ikut fitrah kejadiannya dan binatang tidak songsang. Mereka yang tunjuk pandai ini ikut entah apa. Bodoh tidak boleh diajar dan pandai tidak boleh diikut.
Marah?
Tidak. Cuma kecewa.
Sewajarnya kecewa kerana mereka membuang masa dan tenaga masyarakat umumnya. Mereka menyebabkan wujudnya penyakit-penyakit yang berkaitan dengan perilaku songsang ini. Manusia berzaman telah diberi contoh kerosakan yang berlaku bila manusia berfikiran dan bertindak songsang. Allah telah larang seperti tersebut dalam al Quran bila menceritakan perihal kaum Nabi Lut AS. Orang bukan Islam tidak percaya yang Quran kata, tetapi ada orang Islam yang tidak mahu bertegas dengan erti kata yang sebenar-benar tegas walau pun mereka ada memgang kuasa. Cuba kita perhatikan dan semoga kita sebagai ahli masyarakat turut mencegah yang songsang ini mengikut kemampuan yang ada. Allah maha mendengar dan Allah maha melihat.
Barang diingat Surah Al Qamar, ayat 33-36.
"Kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan kebenaran. Sesungguhnya kami telah menghembuskan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu-batu kecil kecuali keluarga Lut. Kami selamatkan mereka pada waktu jauh malam sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab siksa Kami tetapi mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu."
Ya Allah, jadikanlah kami manusia yang menginsafi kelemahan diri dan berlindung dengan Mu dari kerosakan tangan-tangan dan akal manusia yang mengabdikan diri pada yang selain dari Mu.
.....
.....
4 comments:
Sis,betul tu, antara akibat hubungan sejenis ialah kepupusan baka manusia. Ada juga yang mengambil anak angkat, sebab naluri manusia inginkan zuriat!
Kalau kerajaan kita kalah dengan desakan kumpulan hak asasi ni, tak taulah apa nak jadi!
“maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu”
(Surah Hud : 82)
Nampaknya kita hanya menanti ketikanya saat-saat petanda kemurkaan Allah.
Astagfirullah.
Salam Sis. According to an Ustaz friend, they find another way to get a child. They swap partners, (gay and lesbians). Then they decide which one to own. Keji sungguh. Bila Allah tutup Hidayah, maka berterusan sesatnya. Semoga Kita Allah pelihara selalu.
Salam dear Makbonda. Semoga Allah memelihara kita dan keturunan kita. Saya cari HUD 92. Padanlah tak kena. Tq kerana singgah dan saya dapat ayat yang betul.
Post a Comment