Tak mungkin, amat tidak mungkin. Dalam umur senja ini, adat kata, mana mungkin dapat ke sana. Itu hanya satu cita-cita untuk menjelajah dunia ini semasa remaja. Tetapi perjalanan hidup tidak seperti yang diinginkan. Kita merancang, Allah menentukan. Ada teman yang mengatakan jangan kita berangan-angan terlalu besar. Kecewa sahaja nanti jadinya.
Subuh di Udara, nayaman dan tenang.
Tetapi aku tidak kecewa, sedikit pun tidak. Aku hanya ingin menjejak kaki kesemua benua ciptaan yang maha Esa. Itu sahaja. Allah kurnia, aku mula melihat dunia di luar sana dalam umur 20 tahun dan bermula di benua Amerika Utara. Ah...dekat dengan Iceland. Malahan ketika itu jika ada orang Amerika tidak tahu dimana Malaysia, aku katakan ia dekat dengan Iceland, ke Utara sedikit sahaja. Mereka terpinga-pinga tetapi aku biarkan begitu kerana pasti satu hari mereka akan cari. Kata orang "Melayu tidak akan hilang di dunia". Semoga Melayu tidak hilang haluan dan mengerti siapa Penciptanya.
Kalau bapak ku boleh mengharong lautan dari Jawa ke Malaya, mengapa pulak aku tidak boleh sekadar beranga-angan mahu menjelajah ke Antartica di khutub Selatan. Ini Jawa keturunan orang yang berani mencari rahsia hakikat kejadiannya..... lintasan hati kecil sahaja takut menjadi sombong takabur tidak tentu hala pula.
Berangan-angan besar apa salahnya. Anak-anak ku tidak percaya aku akan kemana-mana diumur senja. Tidak mungkin ada tenaga, katanya.Tetapi di izin Allah aku dan suami dan adik ipar dan adik sepupu ke Australia 2 minggu yang lalu dan melawat Adelaide dan Melbourne menziarah anak saudara yang hampir punya PR (status penduduk tetap) di sana. Aku mahu mencukupkan jejak kaki ku ke semua benua semoga aku dapat merasai nikmat Allah yang tidak terhingga.
Kembara musafir untuk taddabur Alam eluk ketika usia muda kerana munafaatnya boleh disebarkan pula pada generasi seterusnya. Aku tidak menjelajah kesemua tempat di Amerika Selatan mahu pun di Amerika Utara. Aku belajar di Wisconsin dan berkursus di Washington DC dan hanya melancung secara sepintas lalu dibeberapa tempat menarik, itu sahaja. Lepas itu aku ke Colombia, Amerika Selatan buat seketika. Kemudian aku melancung sambil bertugas di beberapa negara di benua Eropah dan Asia (termasuk Timur Tengah). Semuanya diusia muda. Masih banyak tempat yang belum dilihat dan dirasai keindahannya. Baru sekarang pula berkesempatan ke Australia. Aku bersyukur mendapat peluang ini dan rasa teruja kerana pastinya cara aku melihat kejadian ciptaan Allah dan cara memahami tata budaya pastinya tidak serupa seperti yang pernah aku alami ketika muda, ketika ilmu masih tiada dan kesedaran dan kebijaksanaan amat terhad ruangnya.
Adelaide kata anak buah ku Hafiz, adalah bandar 20 minit sahaja. Ke hala mana sekalipun kita cuma perlu lebih kurang 20 minit sahaja. Ini pada perhatian ku adalah bandar warga tua. Tidak boleh melebihi 60 km/jam di mana jua melainkan di kawasan luaran dan ladang-ladangnya. Kuala Lumpur lebih sibuk dan sesak dari Adelaide watu mana sekalipun. Tetapi badarnya cantik dan pohon-pohon hijau dipelihara dengan baik dan teratur. Waktu lawatan sudah memasuki musim persediaan untuk Krismas maka sibuk sedikt katanya. Di bawah ini gambar kenangan buat keluarga.
Perjalanan di kawasan Pantai menuju rumah Hafiz.
Dihadapan Rumah Hafiz, Apt. 2 bilik.
Di Pasarraya berhampiran, membeli barangan untuk kenangan.
Pemandangan senja dihadapan rumah Hafiz.
Kami di Adelaide selama 5 hari. Hafiz sibuk dengan kerjanya dan tidak dapat mengambil cuti. Maka kami meminjam keretanya dan menjelajah ke komplex membeli belah dan di luar bandar untuk melihat tanah ladang dan rumah-rumah di perkampungan. Tiada yang luar biasa kerana sudah banyak yang kita dengar dan baca. Cuma Hafiz memberitahu bahawa peratusan tertinggi di dunia orang-orang yang obese ialah di Adelaide. Saya kata saya sendiri melihatnya sambil saya duduk berehat menunggu suami mencari keperluannya. Pepatah Inggeris kata: "We are what we eat". Maka kerana itu Islam menyarankan kita harus sederhana dalam apa jua tindakan kita.
Antara bintang ternakan yang dilihat, tidak pasti jenisnya.
Kecantikan dan kehijauan
Di celah-celah melihat dan meninjau kami banyak "bersembang dakwah" ingat mengingati sesama keluarga. Pada ku ini nikmat musafir yang tidak ku jangka ku rasai kerana jarang-jarang sekali kami dapat berbincang hati ke hati bersama adik beradik keluarga besar yang ada. Rupanya diperantauan kami berpeluang bercerita. Kami bercerita-cerita mengenai perlunya berlapang dada, bersabar, mendengar apa yang tidak dikata, melihat apa yang tidak tertara. Ada ketika-ketikanya kita tidak perlu membela diri jika kita ditegur atas apa jua. Kita hanya perlu dengar dan fikirkan semula. Tabiat sentiasa hendak membela diri bila diperingat adalah suatu yang merugikan diri kerana kita tidak mendengar apa yang hendak di rumuskan oleh orang yang mahu menasihati kita. Kita sibuk berfikir apa hujah yang kita mahu ketengahkan. Biar kita belajar mendengar dan berfikir ke lubuk hati sendiri.Untuk jangka panjang ini lebih menguntungkan.
Tajuk memilih jodoh dan perkahwinan juga kami bincang sedikit kerana Hafiz sedang berfikir-fikir untuk berumah tangga. Aku katakan bahawa kita ada ikhtiar dalam memilih jodoh pertemuan. Bukan ketentuan Allah dari awal mula. Kalau ketentuan Allah dari awal mula mengapa pula kita diajarkan kriterior memilih jodoh. Agama menjadi faktor utama. Ini ada kaitan dengan Qadha dan Qadar Allah swt dan kami bersetuju untuk amat berhati-hati dalam memahami prinsip ini. Hafiz hanya tersenyum sahaja.
Ada beberapa hal lagi yang kami sembangkan semasa sarapan pagi. Semoga Allah meredhai usaha kami untuk sentiasa mregingatiNya di mana jua kita berada. Itu prinsip utama dalam kehidupan. Ingat pada Allah, maka Allah ingat pada kita.
Tidak ke Antartica pun tidak mengapa...................
ooo
Tajuk memilih jodoh dan perkahwinan juga kami bincang sedikit kerana Hafiz sedang berfikir-fikir untuk berumah tangga. Aku katakan bahawa kita ada ikhtiar dalam memilih jodoh pertemuan. Bukan ketentuan Allah dari awal mula. Kalau ketentuan Allah dari awal mula mengapa pula kita diajarkan kriterior memilih jodoh. Agama menjadi faktor utama. Ini ada kaitan dengan Qadha dan Qadar Allah swt dan kami bersetuju untuk amat berhati-hati dalam memahami prinsip ini. Hafiz hanya tersenyum sahaja.
Ada beberapa hal lagi yang kami sembangkan semasa sarapan pagi. Semoga Allah meredhai usaha kami untuk sentiasa mregingatiNya di mana jua kita berada. Itu prinsip utama dalam kehidupan. Ingat pada Allah, maka Allah ingat pada kita.
Tidak ke Antartica pun tidak mengapa...................
ooo
4 comments:
Assalam, Sis
Patutlahlah lama tak update blog, rupanya berjalan jauh!
Kita selalu ingat bila dah pencen dah tak aktif lagi, tapi rupa-rupanya tidak begitu .Ada orang yang tak pernah pergi ke mana-mana semasa bekerja, tapi bila dah berumur banyak pulak peluang untuk melancong dan berziarah!
Assalamu'alaikum Kak
Alhamdulillah dapat membaca perkongsian perjalanan ini. Perjalanan mentadabbur ayat-ayat Allah di muka bumi ini tidak sia-sia jika kita menyedari hakikat tujuan kita dicipta..
Banyak pengajaran boleh dititip daripada N3 ini..
WaSalam, Terima kasih jenguk saya. Rasa penat dikaki masih terasa. Maklumlah. Dah lama tak exercise. Musafir sekarang beza dengan dulu secara fisikal dan secara mental. Kini bila tengok atau dengar sesuatu, tidak terus suka atau benci. Berhenti berfikir sejenak, baru buat keputusan. Masa muda dahulu, tidak sangat begitu. Banyak guna akal dan emosi dari Ruh. Allahua'lam. Tq
WaSalam, Werda.
Semoga Werda sihat. Betul kata Werda itu. Maka Akak seberapa boleh tidak mahu jalan-jalan tanpa memikirkan ada atau tidak nilai tambah dalam apa yang Akak lakukan.Masa untuk Akak ikut adatnya, tinggal sedikit. Doakan Akak tidak mensia-siakannya. Terima kasih datang singgah.
Post a Comment