Hari cuti Maal Hijrah Isnin 3 Oktober, suami dan saya setuju ikut cadangan anak perempuan saya untuk cruise naik boat di Tasek Putrajaya bersama-cucu-cucu yang belum pernah menaiki boat itu walau pun tinggal di Putrajaya. Kalau ikutkan kederat diri saya kurang sihat. Tetapi demi menhibur cucu saya ikutkan juga. Keluarga anak lelaki saya, Azrul ikut sama tetapi Amirul sudah ada perancangan lain.
Kelihatan suami saya duduk menanti cucu-cycu untuk ambil foto kenanagn. Mengurus 10 orang cucu bukan mudah. Terpaksalah menunggu.......
Akhirnya sebahagianya dapat dikumpulkan, dan cepat-cepat klik, klik
sebelum mereka berlarian ikut suka masing-masing.
Akhirnya jam 10.30 pagi kami menaiki boat. Riuh rendah bersama
anak-anak peserta lain.
Ini Azrul dan Sarah. Saya tumpang semangkuk.
anak-anak peserta lain.
Ini Azrul dan Sarah. Saya tumpang semangkuk.
Cucu saya yang bernama Akif di hujung sekali di atas bumbung katanya.
Dia langsung tidak takut. Foto ini diambil oleh Azrul.
Dia langsung tidak takut. Foto ini diambil oleh Azrul.
Ini Aeysha....patuh sahaja menikut budibicara pengasuh.
Ini juga Akif masuk ke bilik Captain mahu ambil tahu bagaimana kerja seorang Captain.
Captain ini melayani kerana anak saya sudah memberitahunya
bahawa Akif adalah anak istimewa.
Ia otistik dan agak sukar dikawal. Dia akan buat apa yang dia suka
mengikut deria ingin tahunya, tidak kira di mana.
Allah swt cipta hamba-hambaNya berbeza-beza. Dia yang maha mengetahui dan maha bijaksana. Subhanallah.
Ini pemandangan umum di dalam boat...selesa dan
boleh membuat seseorang teruja.
Ini selfie saya buat kenangan diri......sebenarnya duduk kepenatan
memerhati cucu-cucu yang suka berlari.
Pemandangan dari jauh Masjid Putra.
Saujana mata memandang.....
Kata tour guide ini bangunan-bangunan yang tertinggi di Putrajaya.
Deretan rumah sektor swasta yang tidak mampu milik.
Lebih rm3 juta sebuah katanya.
Hanya mampu bermimpikannya.......
Big boss berseotangan....merenung jauh. Agaknya apa yang dalam fikiran?
Anak saya Azra Haida dan cucu-cucu mengacau. Yang baju merah itu
Ammani Farissa, anak Amirul. Saya bertanggong jawab menjaganya.
Mummynya tidak ikut sama.
Si kecil itu Adli namanya. Lekat dengan ibunya.
Relaks sahaja. Cruise itu mengambil masa lebih kurang 50 minit
pergi dan balik.
Menjamu mata sambil berfikir-fikir. Teringatkan rakyat yang tidak mampu
ke sini....jurang perbezaan hidup rakyat amat jauh.
Harus bersyukur, tetapi harus juga muhasabah diri.
Ini cucu saya Huzaifah namanya. Cucu yang tertua, umurnya 11 tahun.
Teringatkan sangat padanya.
Saya menjaganya dari umur 11 hari hingga 6 bulan.
Kemudian saya hantar pada ibunya yang ketika itu
belajar di Waseda University.
Ia juga anak istimewa (ADHD) dan sudah beberapa minggu
ibunya kata ia agak "berkarenah" kerana guru pendidikan khas yang ia berkeyakinan belajar mathematik dan sains darinya telah berhenti kerana melanjutkan pengajiannya.
Huzaifah seperti rasa kehilangan dan tidak dapat menumpu perhatian semasa belajar. Ibunya memberi tahu saya karenahnya sukar diduga.
Ibunya dan guru barunya sedang berusaha mensetabilkan perasaannya.
Saya pujuk dia ambil selfie dengannya.
Semoga Allah memudahkan kami mendidiknya dan membesarkannya.
Semoga ia beransur normal dan boleh membesar
dewasa seperti yang lainnya.

Berehat seketika menanti kenderaan untuk pulang. Sampai di rumah
jam 11.30 pagi lebih kurang begitu.
Alhamdulillah ..... Seronok dapat bersama cucu-cucu di hari cuti.
Dalam keadaan hidup sekarang aktiviti sebegini
jarang-jarang dapat dipenuhi.
Semoga Allah swt terus mengurnia ruang untuk bersama demi
kesejahteraan keluarga dan kesejahteraan ummah.
Aamiin ya Rabb....
.....
No comments:
Post a Comment