"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, October 7, 2016

Menyumbang Bakti....apa jua.




Hari Jumaat, penghulu segala hari. Teringat ingin menulis kegigihan seorang teman sibuk dengan aktiviti menyumbang bakti pada keluarga besar, masyarakat dan negara. Minggu lepas saya menghadiri mesyuarat agong tahunan sebuah NGO tempatan di mana teman saya ini di lantik sebagai Pengerusi. Saya yang mencadangkannya kerana saya tahu kemampuan yang ada padanya. Sekarang ia berumur awal enampuluhan. Dahulu ia bekerja sebagai pensyarah di University Malaya dan menerajui berbagai tugas di mana beliau menjadi ahli seperti NGO Persatuan Anak Pahang. Dulunya beliau juga aktif dalam gerakan politik. Saya tidak sehati dan sejiwa dengan parti politik ini tetapi saya boleh mengerti dan memahami mengapa beliau mahu kehadapan dalam memperjuangkan nasib wanita di negara kita ini melalui Parti Politik ini. 

Tidak mengapa. Kita boleh berbeza pendapat asal sahaja kita tidak berpecah belah dan hilang punca perjuangan. Kita harus ada keterbukaan dan harus bijak mencari jalan tengah supaya niat asas untuk menyumbang pada kesejahteraan ummah tidak terkandas.


grupo
Foto ehsan carian Google.
Dalam santai menulis dan membaca, saya terbaca kisah yang mendebarkan hati saya mengenai perjuangan Dr Fauziah Mohd. Hasan yang kini sedang ditahan bersama-sama wanita-wanita lain oleh kerajaan haram Israel. Beliau menganggotai Woman's Boat to Gaza. Carilah di google mengenai perjuangannya. Tak tertulis saya kisahnya yang mencabar diri saya di sini kerana sumbangannya pada ummah amat mengkagumkan saya. Semasa saya di umurnya tidak terlintas untuk bergiat seperti dia. Kini sudah terlambat dan hanya mampu mendoakanya semoga selamat dan misinya untuk menembusi sekatan Israel berjaya dalam usaha membela hidup rakyat Palestine. Semasa saya baru bersara dan menganggotai Pertubuhan Mawaddah Malaysia, saya membantu AMAN PALESTINE mencari dan mengumpul dana untuk pembebasan Palastine dan Masjid al AQSA. Tetapi usaha saya amat kerdil sekali buat seketika sahaja waktu itu kerana selepas itu saya disibukan dengan hal keluarga yang banyak memerlukan masa bagi saya. Ini alasan yang sering saya kesali.......Semoga Allah mengampuni tekad hati saya yang tidak cukup istiqamah.

Menyumbang bakti untuk kesejahteraan ummah kerana Allah memerlukan komitmen dan kesabaran dan pengorbaanan yang tinggi. Saya ada beberapa teman yang giat membuat-kerja-kerja sukarela walaupun sudah diumur senja. Sedikit-sedikit saya mengheret diri saya untuk mencontohi mereka. Semoga Allah meredhai.....

Dalam pada itu saya ada seorang teman yang membuka sekolah Tahfiz alQuran untuk anak-anak pintar yang miskin dan yatim di Teluk Intan Perak. Ia memulakan kerja-kerjanya dua atau tiga tahun sebelum bersara dan apabila bersara mudah sahaja ia meneruskan usahanya. Tetapi perancangan dan kehendak Allah tidak dapat kita menduga. Kini teman saya ini kurang sihat dan lebih tragic ialah ia menghidap sakit Alzheimer dan kini kami tidak dapat menyelami hatinya dan tidak dapat membatunya secara berdepan dengannya. Ia djaga oleh adik-adiknya dan tinggal berhampiran dengan maahad Tahfiz itu yang kini sudah diambil alih ole sebuah NGO dengan persetujuan mengikut peraturan-peraturan yang tertentu. 

Saya dan teman-teman lain akan menziarahinya lagi dalam masa terdekat ini untuk menghibur hatinya....in sha Allah.

Ini sahaja kesempatan menulis kali ini. Nanti kita sambung lain dengan izin Allah. Salam Jumaat.......


......

No comments:

Related Posts with Thumbnails