Saya ada kumpulan Whatsapp yang di namakan Class of '64. Beberapa tahun dahulu (bila Whatsapp bermula) ada beberapa kekawan yang mengusahakan mengumpul seramai yang mungkin untuk kembali bertaut di bawah naungan Class of '64. Ini kumpulan kami semasa belajar di sekolah menengah yang masa itu namanya ialah PONTIAN GOVERNMENT ENGLISH SCHOOL. Kami tamat tingkatan 5 dalam tahun 1964.
Sudah beberapa tahun kami mengadakan reunion (kecil-kecilan dan juga yang besar-besaran bila kami dapat mengumpulkan juga guru-guru kami yang masih ada dan mampu hadir). Kami amat seronok bercerita-cerita. Kini bilangan kami makin mengecil.........
Dalam kumpulan Class of '64 majoriti nya adalah dari keturunan bukan Melayu, terutamanya keturunan Cina. Tetapi untuk makluman generasi muda, kami tidak bercerita hal-hal keturunan. Hubungan amat baik dan kami amat hormat menghormati perbezaan yang ada diantara kami. Malah ketika itu kami tidak rasa siapa kaya siapa miskin. Belajar bersama dengan segala aktiviti ko kurikulum yang ada sudah cukup untuk membuat kami rapat. Suasana persainagan saya rasakan sihat.
Kini lebih 50 telah berlalu namun kami masih dapat bersatu. Saya rasa sekarang ini masih ada hubungan kemesraan yang kami alami semasa sekolah. Pastinya dengan izin Allah.
Saya ada bercerita sedikit mengenai hal kami dalam blog saya dalam entry sebelum ini. Saya ceritakan perihal guru-guru kesayangan yang kini sudah meninggalkan kami buat selamanya.Ramai kekawan juga yang sudah "exit the train". Maka kali ini saya hanya ingin bercerita sedikit mengenai seorang dari teteman itu yang kini sudah menetap di Australia.
Teman yang saya maksudkan duduk di kiri sekali. (Foto ini kami ambil 2 minggu lepas apabila kami meraikannya dalam perjalanannya ke Korea).
Hing Neo kami panggil dia, walaupun dia ada nama yang lain. Bijak menulis pendapat dalam whatsapp mengenai hal-hal global, ekonomi, politik dan juga sosial. Dia lama bekerja dengan the British army maka itu ia mudah hijrah ke Australia. Dia tahu saya tidak memain dengan prinsip saya dalam Islam. Saya bukanlah hebat tetapi dia tahu saya serious. Namun kami boleh berbincang apa sahaja secara santai. Dengan cara santai juga selalu saya tarik perhatiannya bahawa kita ini di cipta oleh suatu kuasa yang maha besar dan maha segalanya. Dia senyum sahaja.
"There is GOD Neo, believe me...." saya katakan bila-bila sahaja keadaan sesuai. Langsung saya berhujah sebaik mungkin, kekadang diselitkan juga humour supaya tidak seperti memaksa untuk percaya pada saya. Saya yakin hanya Allah yang boleh menukar hati manusia. Kita hanya menyampaikan risalah Allah.
"Thank you for caring Ngasobah, but I am comfortable as I am now....really." Selalu ia kata begitu. Tetapi saya tidak putus asa kerana saya tahu bahawa saya perlu berdakwah pada yang bukan Islam dan saya teruja berdakwah pada seorang atheist.
"Neo, please think about what I have said. If you are right, we both have nothing to worry about. Nothing at all. BUT if I am right, you have plenty to worry about...." dia diam seketika tetapi lepas itu senyum sahaja.
Apabila saya bergaul dengan teteman class of '64 ini saya selalu buat lawak tentang diri-diri kami semasa di sekolah. Ini strategi saya untuk menjalin kemesraan supaya apabila saya berkongsikan risalah mengenai Islam dalam apa jua bentuk pun, saya mengharapkan mereka membacanya kerana saya tidak bermusuhan dengan mereka dalam perbezaan mempercayai adanya Tuhan.
Saya tidak ada peluang sebegini dengan jiran buka Islam, maka saya cuba semampu mungkin berdakwah dengan kumpulan ini. Teteman saya yang Islam pun menghantar mesej-mesej Islam yang berbentuk global supaya kefahaman mereka tentang Islam akan lebih menyeluruh.
Semoga satu hari nanti dengan izin Allah kami akan dapat bercerita mengenai Islam dengan lebih giat dan terus terang lagi. Semoga Allah tunjuki jalan dalam usaha yang kerdil ini dan semoga Allah golongkan kami dalam kumpulan yang prihatin Islam dan menyebarkannya seluas mungkin. Semoga Allah meredhainya.
Aamin ya Rabb......
.....
No comments:
Post a Comment