"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, October 5, 2016

Wasiat ku...





Selepas "merenungi" wajah kematian semasa menanti "rawatan" di IJN Kecemasan, aqal saya tertumpu untuk melihat semula perbincangan yang telah saya buat dengan sebuah ajensi untuk meninggalkan wasiat sebelum terlambat. 

Sebenarnya sudah lama diingatkan untuk membuat wasiat walau sedikit sahaja "harta" yang kita ada. Ini perlu kerana katanya ramai yang pergi tanpa persediaan ini. Amanah Raya mengatakan Harta terkumpul yang tidak "diwarisi" telah menjangkau berbilion ringgit. Ini amat merugikan buat diri dan bagi umat Islam amnya. 

"Kebetulan" sehari sebelum berkejaran ke IJN saya menghadiri satu sessi penerangan yang diaturkan oleh Masjid Kg Tunku untuk benar-benar memahami mengapa perlu kita menyediakan Wasiat yang rasmi untuk kebaikan keluarga dan waris yang akan ditinggalakn.....mahu atau tidak mahu. Sessi ini dikendali oleh as-Salihin Trustee Berhad. Saya rasa sessi seperti ini amat berfaedah kerana banyak konsep wasiat atau Hibah yang ramai kita tidak memahami dan kerana itu kita tidak yakin bahawa ia satu tindakan yang amat dituntut jika kita mahu memudahkan waris apabila kita tidak ada nanti. 

Saya juga memahami konsep 'Harta sepencarian'. Rupa-rupanya prinsip Harta Sepencarian ini tidak ada dalam feqah Islam. Ia berasaskan apa yang diterima pakai dalam masyarakat sebagai adat dan kemudian prinsip ini di ambil sebagai boleh diguna pakai dalam prosidur warisan yang dikendali oleh Mahkamah Syariah kerana ia tidak bercanggah dengan mana-mana hukum hakam dalam Islam. 

Saya tersenyum sendirian dan dalam hati mengatan bahawa bukan satu kewajipan suami isteri mesti "berkongsi" harta. Satu proses permohonan rasmi harus dibuat oleh isteri atau suami di mahkamah Syariah sebelum ia boleh diambil kira dalam wasiat rasmi atau Hibah rasmi. Apa jua harta yang kita ada harus ditolak dahulu sebelum pembahagian harta dalam Wasiat atau Hibah. Harta Sepencarian bukan suatu Hak yang otomatik.

Sebenarnya ada perbezaan besar antara pembahagian harta pusaka yang ada wasiat atau hibah dengan yang tiada prosidur yang kita wakilkan kepada mana-mana syarikat Amanah yang berdaftar untuk maksud ini.

Dengan menghadiri sessi ini juga saya lebih jelas bahawa kita boleh mewasiatkan harta kita untuk diinfakan sebagai amal jariah kita yang bermunafaat untuk kita di Akhirat nanti. Biasanya jika tidak ada wasiat maka Si Mati tidak dapat apa-apa munafaat sebagai infak amal jariah jika kita mati mengejut dan belum sempat membelanjakan sedikit harta kita untuk infak amal jariah. Semuanya akan dibahagikan pada waris. Jika waris kasihan pada kita maka kita akan dapat habuan. Jika tidak, maka tidaklah......

Saya telah mengambil keputusan untuk menyegerakan hal wasiat dan hibah ini yang saya telah bincang dengan sebuah syarikat teman saya. Saya juga ingin menasihat pembaca blog saya untuk memikirkan hal ini walaupun belum sampai umur senja kerana kematian tidak mengira umur.

Harta saya tidaklah banyak. Alhamdulillah Allah kurnia amat mencukupi sebagai manusia biasa-biasa sahaja. Menulis wasiat amat dituntut kerana ia memudahkan waris. Katanya yuran bayaran adalah dalam kemampuan kita.










Jom kita berwasiat.


......

No comments:

Related Posts with Thumbnails